Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/29/12

Mesin Jahit Lama Yang Banyak Berjasa



Lihat gambar mesin jahit di atas. Siapa yang pernah guna mesin jahit ni? Mesin jahit ni selalunya Ibu²/ Mak² kita dahulu kebanyakkannya guna inilah kan?...

Mesin jahit ni Mak Ninie yang bagi sebelum Ninie beli mesin jahit sekarang ni. Mesin jahit ni banyak sangat berjasa pada Mak. Sumber rezeki buat keluarga kecil kami. Keluarga Ninie ada 5 orang je... Dari kecil lagi baju kami semuanya dijahit oleh Mak. Tak ada yang hantar ke kedai² ni untuk tempah baju kurung bagai bila tiba hari raya. Semua Mak jahitkan guna mesin jahit hitam ni la. Sekarang Mak dah ada mesin jahit baru. Tetapi bukanlah jenis yang boleh sulam bagai. Jenis biasa je. Boleh lah jahit² lubang butang tu... Tak payah dah guna jahit tangan. Mesin jahit tepi pun Mak dah ada. Ayah la yang rajin tolong Mak sekarang.

Cerita Mak, mak tak pernah diajar oleh sesiapapun pasal nak jahit baju segala bagai. Seingat Ninie, rumah arwah Embah pun tak ada mesin jahit. Tapi arwah Embah dulu pandai menganyam tikar dari daun mengkuang sebagai salah satu sumber rezeki. Asalnya Mak hanya telek² baju dan buka semula baju untuk dijadikan contoh sebagai permulaannya. Mak kata, kalau nak diingatkan kisah dulu, nak tergelak pun ada. Baju pertama yang Mak jahit senget benget. Tapi tak apalah, baju sendiri.

Mak jahit baju tak ada pola bagai... Pembaris yang menjadi kemestian ada pada setiap tukang jahit berbentuk 'L' tu pun sampai sekarang Mak tak pandai nak guna. Mak nak kena bagi baju yang dah siap sebagai ukuran/ contoh sampai sekarangpun masih macam tu. Kalau nak kecil/besarkan cuma beritahu je berapa inci, pandailah Mak nanti.

Mak juga cerita, Mak mula ambil tempahan dulu sebab ada seorang ahli blok (Ninie duk FELDA, anak Peneroka) tahu Mak boleh menjahit dan tak tahu nak hantar baju kat mana² tukang jahit pada masa tu. Almaklumlah... tak ramai yang pandai menjahit pada waktu dulu dan jika pandaipun tak diwar²kan. Mak kata puas Mak tolak, tapi rakan tersebut suruh juga Mak buatkan. Mak tetap kata tak pandai, kalau suruh juga, senget benget nanti baru tahu. Rakan Mak tak kira, tinggalkan kain kat Mak suruh buatkan juga. Hasilnya Mak cakap, memang senget benget pun. Tergelak masa Mak cerita tu. Tapi sikit² Mak belajar, Alhamdulillah... tempahan datang menyinggah. Mak ambil atas kemampuan Mak sahaja. Cukuplah untuk tolong Ayah dan kelurga keluarga kecil kami.

Mak juga rajin melayan Ninie. Kalau raya selalu suruh Mak buatkan baju fesyen². Tak mahu baju kurung. Siap lukis lagi bagi kat Mak suruh buatkan. Mak pula, walaupun cakap taknak... Tahu² bajunya dah siap pun. Teringat lagi, pernah satu hari tu tengok berita di TV3, pembaca berita kan selalu pakai baju yang kot tu... wah cantiknya kata hati. Kemudian suruh Mak buatkan. Mak kata tak reti, tapi layankan juga anaknya ni. Ingat lagi Mak buatkan warna coklat. Gembiranya bukan kepalang... Terima kasih Mak! Mak juga rajin buatkan baju untuk Ninie sebagai 'eksperimen' bila keluar je fesyen baru. Contohnya macam kebarung yang pernah popular dahulu. Untungnya Ninie lah kan?

Ninie pula, masa kecil dulu selalu curi² guna mesin jahit Mak. Tak pandai, tapi tetap nak mencuba. Akibatnya, selalu benang bergumpal² kat bawah bobbin dan selalu juga jarum mesin jahit Mak patah. Mujur Mak tak marah sangat. Membebel² kecil tu biasalah...

Perca² kain Mak, selalu Ninie ambil buat main dan pernah juga jahit buat riben. Agaknya menurun bakat Mak pada Ninie. Ninie juga pernah bantu Mak dengan buat tulang belut di leher (Dulu pandai, sekarang tak pandai dah. Sekarang pandai buat mata lalat je), jahit sembat baju dan Mak selalu bagi upah. Seronoknya bukan main lagi.

Tapi.... Sampai sekarang pun Ninie tak pandai nak jahit baju. Apatah lagi nak potong kain nak dijadikan baju.Aduhai... Tahu jahit kain batik, sarung bantal je. Maksudnya, jahit lurus je. Kalau disuruh jahit kat leher tu pun belum tentu pandai. Niat dalam hati nak belajar, lepas untuk baju sendiri dan anak²pun jadilah. Tapi faktor kekangan masa tu la sekarang ni. Lebih² lagi bila dah bekerja jauh ni.

Sekarang mesin jahit hitam ni ada di rumah Ninie. Mak bagi untuk jahit² lurus baju²/seluar² yang terkoyak. Lebih² lagi seluar si Along yang selalu koyak kat celah kangkang. Sekarang mesin jahit ni rosak, niat nak hantar ke kedai tapi tak terhantar²pun lagi sebab dah ada mesin baru. Tambahan pula bila pergi kedai tanya, dia kata sekarang ni banyak sangat mesin nak kena baiki. Mungkin lepas raya baru boleh. So 'hold' dululah. Rosaknya,bila kita nak jahit tu kainnya tak bergerak. Lagi pula amat berguna bila elektrik tak ada kan, kan, kan.... Bak kata pepatah... Ada yang baru... yang lama jangan dilupakan...
Nota Mama : Biarpun lama, tapi amat² berjasa dan masih berguna.

6/28/12

Amalan Romantik Suami Isteri


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”

Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.

Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.

Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

6/27/12

Hasil Pertama Menggunakan NV950

Alhamdulillah.. Berjaya juga siapkan satu projek dengan ahli group alam maya (FB : Hasil² Crafting Untuk Dikongsi Bersama). Projek Pencil Case untuk ditukar²kan bersama² ahli yang turut serta. Buatlah seikhlas hati... Insya'Allah.

Ninie kena buatkan untuk Sopan Muslimah/ Cikgu Syila. Gambar pun dah diupload dalam FB cuma masih belum diposkan pada tuannya sahaja lagi atas sebab kekangan masa. Alhamdulillah... tuannya suka...

Percaya atau tidak, inilah pertama kali Ninie buat pencil case... Guna mesin jahit baru ni le. Semuanya menggunakan asas²/sulaman yang memang telah sedia ada di dalam mesin... Hasilnya seperti gambar di bawah :

Salah satu pandangan :



Pandangan sebelahnya :
Riben putih tu adalah brooch ye...



Bahagian dalam...


Nota Mama : Alhamdulillah, walaupun pertama kali buat, tapi tak ada banyak masalah silap sebagainya.

6/25/12

Download Percuma Gambar Format PES (Mesin Jahit Brothers)


Ramai rasanya yang baru beli mesin jahit BROTHERS NV950 dan mencari² gambar yang cantik untuk disulam. Macam Ninie yang juga baru berjinak² ni juga tak terkecuali. Ada masa terluang, rajin mencari² gambar² percuma yang mana boleh di download secara percuma dan sekaligus boleh dicuba. Bagi anda yang rajin bolehlah mencarinya melalui GOOGLE.

Sejujurnya Ninie tiada asas langsung mengenai penggunaan mesin jahit BROTHERS NV950 ni. Apatah lagi nak menjahit baju segala bagai. Hanya pandai jahit lurus sahaja. Software PE Design7 memang ada (Perlu untuk design, edit dan sebagainya). Tapi Ninie masih belum mempunyai masa yang benar² terluang untuk meneroka software tersebut. Software tersebut perlu dibeli. Jika tanya pada Ninie, Ninie serahkan sepenuhnya kepada Hubby... Harga @ sebaliknya, Ninie tak tahu...

Pada anda yang mempunya akaun Facebook, bolehlah Add Darling Ninie untuk menambah kenalan maya @ LIKE page Darling Ninie Shoppe (NINIEshop2u).

Ada laman web yang memaparkan gambar yang boleh di download secara percuma setiap 10minit. Anda cuma perlu tunggu sahaja, bila cukup 10minit, gambar baru akan muncul. Jika anda berminat, boleh download. Jika tidak, tunggu hingga gambar baru muncul.

Antara hasil carian Ninie melalui GOOGLE yang mungkin boleh dikongsikan bersama² anda... : (Sila klik Link yang disenaraikan di bawah)
Nota :
* Ada yang perlu 'create' akaun, kemudian boleh download.
* Ada yang boleh download terus
* Risiko anda untuk download adalah tanggungjawab sendiri.
* Pastikan gambar yang anda download adalah format PES (Untuk mesin jahit BROTHERS) dan dinyatakan 'free' @ percuma

Freebie Lover
Embroidery Show
Embroidery Free Web
Embroidery Friend
Embroidery is Free
Embroidery by Us

http://www.embrofree.com/

http://www.embroiderydesigns.com/freeembroiderydesigns.aspx

hthttp://www.blogger.com/img/blank.giftp://www.dorriadesigns.com/tag/embroidery-designs-free-download/

http://www.needlework.ru/shop/CID_124.html

http://www.suebox.com/store/cart.php?m=product_list&c=7


http://www.sewterific.comhttp://www.blogger.com/img/blank.gif/Freebies.htm

http://slodive.com/inspiration/free-machine-embroidery-designs/

http://www.4-hobby.com/Free-Machine-Embroidery-Designs-sp-2.html

http://www.embroworld.com/embroidery/category/free-embroidery-designs/


http://www.abc-free-machine-embroidery-designs.com/archive/
Nota Mama :Sekadar berkongsi info

6/21/12

Pra Halaqah - Bakal Pemimpin Keluarga?

08.06.2012 (Jumaat)

Kali ini Ninie berkesempatan lagi mengikuti program anjuran UiTM Cawangan Pahang buat kali kedua. Untuk kali pertama dahulu, sila rujuk entry ini @ klik SINI. Program Pra Halaqah (Salah satu slot Program Minggu Haluan Siswa) sempena kemasukkan pelajar² baru ke UiTM Kampus Jengka.Macam² ragam @ cerita yang boleh didengari dari para Fasilitator setelah program tamat. Aduhai anak² muda sekarang.

Program Pra Halaqah pada kali ini Ninie dapat kelas yang terdiri daripada pelajar siswa. Wah bakal² pemimpin/ketua keluarga ni... Sama sepertimana sebelumnya, para pelajar harus menjawab 3soalan wajib dan 2 soalan pilihan.

Kelas kali ini tak perlu dipanggil nama. Ada sahaja yang sukarela nak mulakan dahulu. Selalunya yang terawal² ni adalah yang boleh dikatogerikan 'OK'. Manakala yang hujung² pula agak 'KO'. Bukanlah langsung tak boleh. Boleh membaca Al-Quran, tapi merangkak².

"Ustazah" boleh bagi ayat yang senang² tak? Ujar salah seorang pelajar.
Pada kali ini Ninie pilih surah² pendek sahaja. Akan tetapi melihatkan kepada keadaannya, mereka lancar membaca atas sebab dah hafal dalam kepala. Jadi Ninie tukar ayat yang agak panjang sikit dan bermula dari tengah surah. Aduhai... mulalah terkial², sedangkan sebelumnya lancar bukan main lagi..

Macamana nanti nak pemimpim /menjadi ketua keluarga kalau dah asanya pun dah tunggang langgang? Aduhai... Tapi tak seperti pengalaman lalu yang awal² lagi ada yang menyerah diri langsung tak tahu membaca...

Ninie bukanlah Ustazah ye... sekadar memberikan bantuan kepada pihak yang menguruskan kerana tidak cukup staf untuk menguruskan pelajar baru yang hampir/lebih dari 3000 orang.



Nota Mama : Semoga anak² Mama menjadi insan soleh dan solehah

6/19/12

Bila Mesin Basuh Rosak....

Aduhai... dah tentu²nya, nak atau tidak kena basuh juga kain baju yang menimbun kan? Kalau tak dibasuh... terperap busuk... Hubby, Ninie & anak² nak pakai baju ke tempat kerja @ sekolah bagaimana?... Jawabnya basuh guna cara tradisional la.... Pakai tangan....haish...

Dah tentu²nya yang nak kena basuh tu Ninie. Wakakaka... nak suruh siapa lagi? Hubby? urm... (Boleh dear.. wink3) Sebenarnya masuk minggu ni dah hampir dua minggu mesin basuh kat rumah ni rosak. Mesin basuh automatik... tapi fungsi wash dah rosak. Fungsi spin sahaja yang masih elok. Bila jadi macam ni baru tahu nak menghargai nikmat hidup yang pernah kita kecapi.

Tapi kan... kalau mesin basuh tu tak rosak, Ninie kalau boleh semua baju nak basuh guna mesin termasuklah baju² kurung Ninie yang ada manik² tu... (maunya baju² tak rosak..haih..)Sebab tu baju² Ninie kalau beli mesti pilih yang tak ada manik.. Tlebih menjurus ke arah sulaman. Tapi ada beberapa helai baju Hubby yang Ninie kena basuh guna tangan. Kalau tak alamatnya baju kerja Hubby tu tak tau macamana rupanya nanti @ dalam erti kata lain... hayatnya makin pendek dari yang sepatutnya... (faham ke?)

07.06.2012 - Khamis : Mula perasan mesin basuh tu rosak bila duk tunggu² air yang masuk ke dalam mesin basuh tu berhenti dan berputar. Tapi yang kedengaran hanyalah air yang terus mengalir. Ish... lain macam je bunyinya. Haih... membazir dah ni.. air dah penuh dalam mesin... tapi air tak auto stop dan mesin tu tak berputar. Pergh... Kompem dah buat hal dan kompem juga kerja Ninie makin bertambah... Uwa....

Nak tak nak, guna cara tradisional aja la... Guna tangan. Ninie basuh selang dua hari sekali. Tapi sakit pinggang juga dibuatnya... sekali basuh maunya tiga bekas. Aduhai... Mujur juga fungsi spin masih elok. Syukur Alhamdulillah...

Hubby yang kesian berkata... Takpe nanti kita beli yang baru termasuk peti ais sekali...Aduh... Ni yang tambah sayang ni... Muah sikit... wink3... Kedua² peralatan tersebut dah hampir masuk 12tahun digunakan. Agaknya sebab tu barang² tu meragam (Eleh alasan...haih... orang lain guna lebih lama pun ada kan?)...

Ha... ini la rupanya bila nak kena basuh cara tradisional ni... Lama tak basuh baju banyak macam ni guna tangan sekaligus kecuali masa kecil² dulu. Ingat lagi masa darjah empat (umur 10 tahun) my mom dah ajar basuh baju. Mula² sikit...lama² membukit. Almaklumlah... zaman Ninie kecil² dulu tak ada mesin basuh... Elektrik pun kejap ada, kejap takde... Untung anak² zaman sekarang ni...

Ninie membasuh betul² dibelakang rumah... di kaki lima belakang rumah... sebab tu kalau perasan gambar yang kat bawah ni... depan besen dan bakul kain tu ada pokok²...

Mesin basuh yang banyak berjasa... sebab tu merajuk agaknya...
Nota Mama : Sakit pinggang dibuatnya...

6/17/12

Bersama Salah Seorang Peserta Masterchef Selebriti Malaysia 2012

10.06.2012 - Ahad

Amboi²... Kompem satu Malaysia ni kenal dengan AA @ Azwan Haji Ali. Sebenarnya, hari Ahad hari tu Hubby bawa kami jalan² ke Kuantan Parade. Secara kebetulan pula team ASTRO tengah buat promosi tentang Masterchef Selebriti ni di Kuantan. Masa lalu di ruang promosi tu, ternampak AA ni tengah sibuk 'touch up' dan takde orang disekelilingnya. Hubby pula rajin nak melayan. Nak ambil gambar dengan dia ke? Soal Hubby.... Wah... tersengih sampai telinga dibuatnya.... Anak² malu pada mulanya... tapi nak juga...AA pula so 'friendly'

Musim Masterchef Malaysia siri 1 hari tu masa Ezani jadi juara... Ninie dengan Ihsan rajin sangat tengok. Tapi yang edisi selebriti ni langsung tak pernah tengok. Cuma tengok iklan je.... Ish... nanti ada masa terluang² Ninie tengoklah ye....

Sekitar gambar di kawasan Masterchef Selebriti di Kuantan Parade. Adalah sekeping dua...





*****Sedikit Info (Peserta MasterChef Selebriti Malaysia)******

Berikut adalah Senarai peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang bakal memulakan rakaman pertama pada 27 Mac 2012 . Pastinya rancangan ini mendapat sambutan yang hangat kerana program anjuran Astro Ria ini menampilkan artis untuk turut serta menyertai pertandingan ini. Saksikan Materchef Selebriti yang akan disiarkan Astro Ria mulai 25 Mei 2012.

Senarai 15 Peserta Masterchef Selebriti
  1. Serina Redzuawan
  2. Siti Sarah
  3. Jehan Miskin
  4. Tomok
  5. Karl Shafek
  6. Datuk Fazley Yaakob
  7. Farouk Hussein
  8. Major Dr. Faiz
  9. Angah Raja Lawak
  10. Raja Azmi
  11. Soo Wincci
  12. Julizan Adzlizan
  13. Thanuja
  14. Salamiah Hassan
  15. Louisa Chong


6/15/12

Cara Nak 'Convert' Fail Format JPEG/GIF ke Format .PES (Untuk Mesin Jahit BROTHERS - Sulaman)


Hakikat...
* Ninie dah ada mesin jahit sulam BROTHERS NV-950.
* Hubby dah masukkan software PE DESIGN dalam komputer dan juga telah print manual penggunaan sofware tersebut sebanyak 300++ mukasurat.
* Hubby juga dah installkan Embroidery Reader (Boleh baca / lihat gambar dalam format PES menggunakan komputer)
@>--- Thanks MY LOVE...wink3...

Akan Tetapi....
* Ninie cuma pandai guna sulaman yang telah ada diberikan secara percuma sahaja.
* Ninie masih 'blur' tentang cara nak edit / 'create' gambar yang cantik/kemas guna software tersebut. Dalam erti kata lain, masih merangkak² nak belajar tentang semua ni.

So...
* Ninie merajin²kan diri mencari info cara² nak tukar format file gambar yang kebanyakkannya JPEG ke format .PES (untuk digunakan pada mesin jahit BROTHERS).
* Walaupun hanya asas sahaja. Mungkin dapat membantu Ninie yang masih dalam proses nak belajar ni...
* Hasil carian Ninie : Sumber eHow


****************************************************************************
How to Convert a JPEG to a PES Using PE-Design

The Brother PE-Design application will open and convert a JPEG (.jpg) file to a PES file, the native PE-Design file format. To convert a file to the PES format, you need to have the SD card used to transfer files to the Brother sewing machine. The SD card must be connected to the computer via an SD card reader. Make sure you have the Brother SD card inserted into the computer, because the conversion of the JPEG file format to the PES file type occurs when saving the embroidery file to the Brother card.

Instructions

1. Right-click on the JPEG file to show the File context menu.

2. Click the “Open With” option in the context menu. A list of available programs opens.

3. Click the “Brother PE-Design” option in the programs list. The JPEG file opens in the PE-Design program.

4. Click the “File” option on the top navigation bar, and then click “Write to Card.” The File Save dialog box opens.

5. Click the “PES (*.pes)” option from the “Save as Type” drop-down list.

6. Click the “Save” button. The JPEG file is converted to the PES file format.


********************************************************************************
How to Make a PES Format From a JPEG

Although Brother, Babylock and Bernina embroidery machines come with several default designs, you might find yourself wanting to embroider your own personalized design using the machine. To do this, you must convert your design from a commonly-used image format such as JPEG to the specialized PES file format used by the embroidery machines. Since this file format contains stitching information, you will need a special program to convert the image.


Instructions

1. Download and install a digitizing program for embroidery machines, such as Stitch Era Universal.

2. Launch the program and open your JPEG image.

3. Convert the image into an embroidery pattern using the program.

4. Make any necessary adjustments and save the image in the PES format.


**********************************************************************
How to Convert a JPEG to PES

JPEG is a popular file extension used for digital images. PES is a file extension created for the Brother/Babylock/Bernina Home Embroidery Format, which was created by Buzz Tools Plus. Basicallly, PES is a file used for home embroidery designs created with software produced by Buzz Tools. Converting a JPEG to a PES file can only be accomplished if the JPEG file was previously created by the Buzz Tools Plus program, meaning that it is a PES file that was converted to a JPEG.

Instructions

1. Find the JPEG file on your computer. Right-click the "Tools" menu on the top of the folder.

2. Choose the "Folder Options" from the "Tools" menu. Click on the "View" tab then uncheck the box next to "Hide extensions for known file types." Click "Apply" and "OK" to save the changes and close the Folder Options window.

3. Right-click the JPEG file in the window and select the "Rename" option (you will see ".jpeg" or ".jpg" behind the file name now). Erase the ".jpeg" part and type ".pes" in its place. You will receive a warning telling you that this can change the way that the file is opened. Click "OK" in the warning window to finalize the process.


***********************************************************************************
How to Convert a GIF to PES

Buzz Tools Plus is an embroidery software that clothing makers use to digitize, edit and quilt custom designs. PES is a file format in Buzz Tools that contains stitching design image files used by embroidery machines such as Babylock, Bernina and Brother. The software does not support GIF files. You must convert a GIF file into a BMP file before converting it into a PES file.

Instructions

GIF to BMP
1. Open MS Paint application. To open Paint in a Windows-based system , click "Start" located at the bottom left corner of the screen, click "Programs" then select "Accessories." Select "Paint."

2. Open the GIF file that you want to convert. To open the file in Paint, click "File" and select "Open." Find the GIF file and double-click on it.

3. Click "File" and click "Save As." Click the drop-down option titled "Save type as" and select ".bmp." Click "Save" to save the bitmap image file onto your computer.

BMP to PES
4. Download and install Buzz Tools Plus on your computer. It is a paid software but gives you a free trial period of 21 days.

5. Launch the installed Buzz Tool Plus application.

6. Click "File" and select "New Catalog." You will see a browser window titled "Select Files." Select the converted BMP file and click "OK."

7. Click "Tools" and select "Convert Design Files." A window titled "Convert Design Files" will open.

8. Select "PES" as the file type from the drop-down menu titled "Convert Files to Type."

9. Click "Select Design" in the "Files to Convert" box. Check "Delete Original Files After Conversion" if you want to remove the original BMP file after conversion. Click "Next."

10. Click the "Converted File Only" button for the converted file to be displayed in your catalog. Click "Next."

11. Check the "Convert If Still Too Big To Fit in Hoop" box in case you have a large image file. Click "Next." The BMP file will now be converted into a PES file.

6/12/12

Kau Milikku (Mesin Jahit Brother NV-950)

29.05.2012 (Selasa)
Sambungan dari entry ini : (Klik SINI)

Dari Kuala Lumpur setelah selesai mencari segala keperluan komputer En. Hubby, Kami bergerak ke Centerpoint Bussiness Park .Kg Baru Hicom, Shah Alam. Perjalanan kami sepenuhnya berdasarkan Garmin Hubby... Teramat² membantu...

Sebelum ke Kuala Lumpur lagi, Ninie dah 'survey' tentang mesin jahit Brother ni. Akan tetapi, ejen yang dihubungi sentiasa mengatakan stok di tangan sudah habis. Jika mahu juga, perlukan deposit dan bila barang sampai, kami akan dihubungi kelak... Uwa... tak mau... lambat.... Hubby pula kata... cari yang ada 'ready stok'. Tak apa kalau terpaksa pergi ambil sendiri pun.

Kemudian tengok di laman MUDAH.... Alhamdulillah tertera pada penjual tu ada 'ready stok'. Kebetulan ada stok pada penjual tersebut namun di Shah Alam. Hubby bagi lampu hijau. "Tak apa, kita pergi sana"... katanya... Takkan Ninie nak cakap tidak bukan? Tersenyum riang lagi adalah... Thanks SAYANG.... Sebenarnya tempoh promosi dah tamat. Dari harga RM 3999 hanya RM 1999 tetapi sehingga 25.05.2012 sahaja. En. Kamani adalah seorang ejen mesin jahit dan kebetulan dia ambil stok banyak. Terlalu laris katanya... dan dia juga bagi harga promosi pada kami walaupun tempoh promosi telah tamat. Anda boleh klik SINI untuk terus ke akaun mudah En. Kamani.

Sebenarnya sudah lama Ninie nak sebuah mesin jahit. Sejak dari jenis Epal yang begitu popular sebelum ini. Namun melihatkan sekarang Brother yang begitu popular, dibantu pula Hubby yang rajin buat 'research' dan bagi lampu hijau... "So grab' cepat... sebelum Hubby berubah fikiran... ngeeee

*******************************************************************************
'Story Mory' Mesin Jahit Brother :

Entry ini sepenuhnya Ninie ambil dari SINI
Sumber : Baisuddin Mesin Jahit



MESIN JAHIT : BROTHER NV-950


Mesin jahit sulam brother NV950 merupakan mesin jahit mudah alih yang kecil dan mudah dikendalikan. Dengan ciri-ciri tambahan seperti skrin sentuh dan port USB, mesin ini menjadi pilihan surirumah, pelajar, sulaman t-shirt dan penggiat seni kraf tangan sulam. Dengan dilengkapi dwi-fungsi iaitu jahitan biasa dan sulam berkomputer, pada harga yang ditawarkan amat berpatutan.


Mesin ini juga dilengkapi dengan paparan antaramuka yang mudah dan senang dikendalikan iaitu paparan skrin sentuh. Cara memasukkan benang mesin jahit brother ini juga adalah sangat senang, hanya dengan mengikut susunan nombor sehingga selesai.

Mesin ini juga dilengkapi dengan alat memasukkan benang kedalam jarum dengan sekali tekan sahaja tanpa memegang benang. Mesin ini juga dilengkapi dengan lampu LED putih pada ruang jahitan bagi menyinari dan menerangkan kawasan jahitan bagi memudahkan anda melihat hasil jahitan dengan lebih jelas.


Mesin ini berlainan dengan mesin sulam brother NV-90E kerana mesin ini boleh jahit biasa dan juga membuat sulaman. Sebanyak 129 corak jahitan abstrak dapat anda jahit selain 10 pilihan corak lubang butang yang dijahit secara automatik. Anda juga boleh memilih samada untuk menjahit menggunakan pemijak kaki atau terus menggunakan butang mula/berhenti untuk memulakan jahitan.

Untuk menjahit sulam, anda perlu memasangkan attachment yang disediakan bersama mesin ini, iaitu bahagian sulaman. Anda hanya perlu menyorong masuk bahagian sulaman ke arah mesin, memasang tapak sulam, dan menggunakan ram sulam. Saiz ram sulam untuk mesin ini ialah 100x100mm. Mesin NV-950 ini dibekalkan dengan 70 corak sulaman, 6 jenis font, dan juga sehingga 10 jenis border tersedia di dalam mesin. Selain itu, mesin ini didatangkan juga dengan CD yang memuatkan 126 corak sulaman tambahan yang boleh anda sulam menggunakan mesin ini. Dengan menanggalkan bahagian sulaman, paparan LED terus bertukar kepada paparan untuk menjahit biasa.


Selain daripada itu, mesin ini juga dilengkapi dengan slot memori card & slot USB. Oleh itu, anda dapat memperlbagaikan corak jahitan sulaman dengan memasukkan kad memori yang boleh dibeli dari Brother. Dengan upgrade slot USB daripada USB jenis ‘B’ kepada UBS jenis ‘A’, anda boleh terus cucuk pendrive anda terus ke mesin untuk mendapatkan corak sulaman dari dalam pendrive tersebut. Untuk pengetahuan anda, mesin sulam Brother NV-90E menggunakan slot USB jenis ‘B”. Anda boleh rujuk Wikipedia tentang jenis USB ini.

Mesin ini juga dilengkapi dengan kotak aksesori yang kiut dan mudah diselanggarakan. Kotak ini dilengkapi dengan tempat letak tapak mesin yang dapat memudahkan anda memilih tapak yang dikehendaki dengan cepat dan betul. Jaminan mesin ini adalah selama 1 tahun dari tarih pembelian. Harga bagi mesin jahit sulam NV-950 adalah RM3,999.00.

Berikut merupakan gambar yang saya ambil untuk rujukan semua. Klik pada gambar untuk besarkan gambar.
Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 tanpa sebarang attachment.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan meja tambahan yang memang disediakan bersama mesin.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan kotak aksesori yang sangat kiut yang dimuatkan pada mesin untuk tujuan penyimpanan.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan kotak aksesori yang telah dibuka. Tapak aksesori yang banyak dan pelbagai lagi aksesori diberi percuma.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 yang telah dipasang attachment sulam.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 yang sedang beroperasi. Ram akan bergerak sendiri, dan anda hanya perju duduk goyang kaki je sambil tunggu sulaman siap.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dan projek sulaman yang telah siap. Walaubagaimanapun, sulaman angry bird ini tidak didatangkan dengan mesin. Anda memerlukan software sulaman Brother iaitu PE-Design NEXT untuk pelbagaikan sulaman anda seperti ini. Sulaman seperti ini boleh anda pelbagaikan lagi dengan idea kreatif anda. Semoga berjaya.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dan hasil jahitan yang sangat memuaskan. Sila klik pada gambar untuk gambar lebih jelas. Tag nama tu memang saya hasilkan dengan mesin jahit ini tanpa software, hanya gunakan gabungan font dan border yang disediakan didalam mesin. Saya boleh ajarkan cara membuat name tag sulam tersebut apabila mesin sulam pelbagai fungsi ni menjadi milik anda.
Nota Mama : Alhamdulillah... Thanks A Lot to My Hubby : MOHAMAD ADLI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...