Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

12/10/12

Durian Runtuh! RM 5000

12.11.2012 (Isnin)

Hantar anak pagi² ke rumah mak sepertimana biasa. Sebelum nak mengudur keluar, ayah hulurkan sepucuk surat.... "Bacalah"..Kata Ayah....Surat jemputan mengambil Cek sempena duit durian runtuh fasa ketiga rupanya... Keesokkan harinya di dewan besar Felda Lepar Utara 04.

Ooo... Alhamdulillah... Sekarang Fasa ke-3 pula. Fasa pertama (Ayah) & Fasa Ke-2 (Ibu) dah selesai.. Kini tiba Fasa Ke-3... Giliran anak² pula... Kami3 beradik.. So... Berapa RM seorang ye...? (Mencongak sambil tersenyum)

NOTA : Ninie tak pergi ambil pun... yang pergi ambil Ayah... Ninie cash kan sahaja...

12/6/12

Sibuk Menyiapkan Tempahan Pelanggan Dari Perak (Mimi)

05.12.2012 Rabu  

Alhamdulillah... rezeki dari Allah...
Sepanjang seminggu ini sibuk menyiapkan tempahan dari pelanggan yang mahukan hasil kraf Ninie dalam kuantiti yang banyak. Penat tapi puas....Thanks kepada Mimi dan tahniah juga diucapkan kerana berjaya membuka kedai/perniagaan sendiri...




Tangan Ninie sewaktu nak menyiakan Zipper Headband...Penuh dengan 'hot glue'... Ada masanya sakit juga...
Antara item yang diorder...
Zipper Headband






Cute Felt Hair Clip

6petal Zipper Flower Brooch

Couple Keychain

Others Keychain yang masih belum siap sepenuhnya
Jom jenguk² Blogshop Ninie khas untuk hasil kraftangan dari Ninie...
http://darlingninie-shoppe.blogspot.com/

Juga sudi²kanlah jenguk² FB PAGE Ninie ye...
Darling Ninie Shop (NINIEshop2u)

Pertama Kali Makan Durian Crepe

05.12.2012 Rabu 

Sekarang ni kalau buka je Facebook, status yang paling popular adalah Durian Crepe. Mula² keluar warna kulitnya kuning...Lepas tu hijau... lepas tu macam² warna pula. Sekali tengok macam biasa je tak ada keistimewaannya... Tapi berkali² tengok dan baca testimoni mereka yang dah makan... Teruja juga dibuatnya... Menelan air liur juga dibuatnya. Umpama mengidam pun ada.Huhuhu...

 Tapi di Bandar TAR Jengka ni mana nak cari ye? Satu hari tu duk menyembang dengan Boss pasal Durian Crepe ni dan secara kebetulan pula minggu lepas, Boss ada terjumpa orang yang membuat Durian Crepe ni dan boleh menghantarnya ke Jengka. Alhamdulillah... Dapat juga merasa... Pengusahanya menetap di Maran.... Walaupun dah google cara² membuat Durian Crepe ini dan nampak seperti mudah. Tapi selagi tak rasa macamana nak tahu jika kita buat sendiri tu menjadi...

Alhamdulillah... rezeki... Nyum²... sedap... cuma Ninie cepat muak. Baru habis sebiji dah tak boleh nak teruskan dengan yang kedua lagi. Kena tunggu dulu. Tak apa... Peti ais kan ada....

Anak²... Alhamdulillah... boleh menerima/memakannya walaupun nampak juga kekok pada mulanya....
Ninie beli dengan harga RM10 = 6biji dalam satu bekas.



11/26/12

Pulut Cicah Kuah Durian (Serawa Durian) Hasil Tangan Ibu Mertuaku

25.11.2012 Ahad

Tengah² duk ke hulu, hilir mengemas beg pakaian dan buat spot check sana sini takut² ada barang yang tertinggal, terbau haruman yang menyucuk hidung dan juga menyelerakan.... Bau durian yang sedang dimasak. Nyum² rasanya... My MiL sedang sibuk membuat pulut serawa durian rupanya. Memandangkan kami sekeluarga sudah hendak bergerak pulang ke rumah dan masakan My MiL masih lagi panas umpamanya kalau makan juga boleh melecur lidah (*acah je). Maka, Mak tolong tapaukan untuk dibawa pulang ke rumah... Alhadulillah... rezeki...


Setibanya di rumah... dah siap² mengemas... Malamnya..Ninie capai bekas tapau Ibu Mertuaku itu... Tak sabar² rasanya nak makan. Anak² bertuah memang tak pernah makan pulut cicah durian ni. Bila diajak semuanya tak nak. Ninie suruh jamah semuanya kata tak sedap. Aduhai anak... Hakikatnya mereka memang tak pandai makan. Keempat² anak Mama ni memang tak dai nak makan. So rezeki Mama aja la... Hubby? Jamah sehaja sebab dah kenyang katanya. Aduhai...sedapnya.... Nyum²...

11/13/12

Ekspedisi Ke Jerangkang Waterfall, Maran, Pahang (Part 2)

11.11.2012 (Ahad) 
Sambungan...

Pemilik² Kereta Kembara..... Bergambar sebelum bergerak pulang...

Ha yang gambar dibawah ni kata orang melepaskan gian. Ada jambatan tapi nak redah sungai juga... Ninie dah elok² salin baju yang basah ke baju yang kering jadi seluar pula yang basah. Mana taknya... turun ke dalam sungai semata² nak ambil gambar kereta mereka ni. Sekali sekala tergelincir disebabkan batu yang licin. mujur tak jatuh.... Sungai dipenuhi batu...






Dah siap meredah sungai....



Ini kali kedua dalam meredah sungai.... Sungai berpasir pula...

Kereta Najib

Kereta Abe Shukrie

Kereta My Beloved Husband...


Amboi My Hubby...Seronoknya ye....


Garmin yang menjadi peneman setia....

Bertemu sebelum berpecah ke destinasi masing². Home Sweet Home

Sempat lagi patah balik semata² nak bergambar di papan tanda. Hutan Lipur Jerangkang. Tapi perkataan Hutan dilitupi pokok liar.

Seronok tapi penat! sampai rumah terus a...bum... tido... termasuklah en. suami... tidur tak ingat² disebabkan letih.

11/12/12

Ekspedisi Ke Jerangkang Waterfall, Maran, Pahang (Part 1)

11.11.2012 (Ahad)

Bangun pagi, pergi Jeti di Tanjung Api untuk mencari ikan segar... Kali ni beli 4kg... Hari ini perancangannya ekspedisi ke Jerangkang Waterfall, Maran, Pahang bersama ahli Kelab Kembara Pantai Timur... Jam 10.00pagi, bertolak dari rumah MIL... Kami sampai di kawasan selekoh Hutan Lipur Jerangkang lebih kurang jam 11.00pagi. Berhenti minum di Restoran/Gerai Syafiqah sebentar sambil bertanyakan laluan pada pekedai. Alhamdulillah... mesra orangnya...

Perjalanan kami diteruskan pada jam 11.25pagi dan tiba di destinasi pada jam 12.15tghari... dan sewaktu kami sampai, hujan mulai turun. Aduhai... Hajat nak menapak ke atas menuju ke kawasan air terjun yang dikatakan cantik serta bertingkat dimatikan sahaja memandangkan tak sesuai rasanya bersama anak² kecil ni. Mungkin lain kali.Kami ambil port di baahagian bawah sahaja yang mana terdapat dewan makan, dewan memasak dan beberapa Gazebo serta tandas disini. Layan gambar :

Si Kakak yang demam. OTW tadi dah suap ubat siap². Masa sampai, badan Kakak dah mula sejuk balik... Nampak je sungai... Lagi bertambah² sihat dia... Amboi... Hilang demam ye Kakak.....

Di sini ada Gazebo, Ada tempat untuk makan, tempat memasak, tandas dll (Dll tu sebab sekali lihat keliling kelihatannya macam² ada. Tapi kurang pasti sebab Ninie tak pergi ronda satu kawasan ni.) Kelihatannya amat sesuai jika nak berkhemah sekali pun. Ha, gambar kat bawah ni tempat untuk memasak. Siap ada tempat nak membakar lagi... Tapi arang dan jaring besi @ BRC jangan lupa bawa ye...


Sebenarnya gambar kat bawah ni kawasan tempat makan. Tapi Najib & wifenya Aida memasak di sini memandangkan kawasan ni bersih sikit berbanding tempat memasak. Aida memasak menggunakan 'portable gas'. Makan tengahari kami hari ini : Nasi putih + sardin + telur goreng + ikan bakar (cicah air asam/sambal kicap)

Hubby melayan anak² bertuah mandi sungai. Tak sabar² nak mandi siap menggigil² kesejukan. Airnya tak usah nak cakaplah. Kompem sejuk! Kami mandi di bahagian bawah ini sahaja yang mana kawasannya landai dan berpasir cukup sesuai buat anak². Cuma senantiasa berpesan jangan bermain di kawasan air terjun itu sahaja.






Sebab dah menggigil, si gegurl membuat istana pasir pula. Sesekali anak² girl bertuah ni naik ke atas berjemur dengan cahaya matahari untuk hilangkan rasa sejuk.





Lepas makan, Mama pun turun sekali berendam...Aduhai, sejuk giler air. Macamanalah anak² bertuah ni boleh bertahan. mama baru masuk 5minit pun dah menggigil kesejukan.

Along yang rajin melayan adik²nya mandi sungai...



Dah puas mandi, naik salin baju... Ambil gambar kenang²an dahulu.... Adik nampak Mama capai kamera terus dikejarnya nak bergambar juga....




Both of us....

Bersambung....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...