Nak buat sendiri? Boleh ikut tutorial dibawah ye... Ini cara Ninie ye... terpulang kepada anda. Boleh juga tanya En. GOOGLE... (^_^)


A. Ninie menggunakan plain grosgrain ribbon saiz 16mm. Potong kepada lebih kurang 22cm x 2 helai.
B. Jahitkan lebih kurang 6cm lebihan sepertimana gambar.
C. Rupa setelah dijahit.
D. Ambil sebelah kiri ribbon dan lipatkan ketengah. Anggaran (ninie main agak² je seimbang kiri kanan) sepertimana gambar.
E. Hasilnya setelah dijahit.
F. Ambil pula hujung sebelah kanan dan lipatkan/bawa ketengah dan jahit. Ulang langkah B hingga F kepada 1 lagi bahagian ribbon.
G. Jadi, akan ada 2 ribbon yang sama saiznya sepertimana gambar.
H. Ambil kedua² ribbon, cantumkan/satukan sepertimana gambar dan dijahit kemas sekali lagi.
I. Hasilnya mestilah kelihatan seperti ini. (rujuk gambar)
J. Guntingkan hujung ribbon agar menjadi tajam seperti dalam bulatan biru gambar di atas.
K. Untuk kemaskan agar jahitan tidak nampak, Ninie menggunakan ribbon hitam bersaiz 1cm dan juga buckle/ribbon slider. Anda boleh menggunakan kreativiti sendiri.
L. Ribbon dan bucle diletakkan ditengah² untuk menutup jahitan supaya nampak lebih kemas. Ninie menggunakan gam UHU sahaja. Insya'Allah... kuat... boleh juga menggunakan hot glue gun.
M. Hasilnya.... Terpulang pada anda untuk dijadikan Brooch / Hair Clip.


TUTORIAL : Ribbon Bow (Type C)
Hasil kerja tangan Ninie boleh dilihat di sini ye :
http://ninieshop2u.blogspot.com/2012/04/cute-gg-ribbon-type-c-vol-01-plain.html
atau sila klik SINI
Jom kita mulakan...
Hasil kerja tangan Ninie boleh dilihat di sini ye :
http://ninieshop2u.blogspot.com/2012/04/cute-gg-ribbon-type-c-vol-01-plain.html
atau sila klik SINI
Jom kita mulakan...














3 comments:
nampak menarik :) tapi tangan ni tak berseni bab-bab mcm ni heheh...nak wat camana agaknya?
@Princess Solehah
Ninie asalnya pun xberseni... keras keko gitu... Tapi cuba² juga sebab tertarik. Bila dapat buat 1 (walaupun hasilnya xkemas) suku hati sesangat. Kemudain cuba buat lagi...
cantik la..boleh try ni :)
Post a Comment