Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

10/31/11

Hidung Kakak Berdarah (Hidung Berdarah & Rawatannya)

Pagi ini agak kelam kabut sedikit sebab terbangun agak lewat dari pagi² seperti kebiasaannya. Selalu paling lambat jam 5.30pagi. Tapi hari ni jam 6.10 pagi. So, memang lambatlah tu. Mama sempat goreng ayam dan masak nasi je untuk makan tengahari anak Mama Muhammad Ihsan. Ihsan ok je... takde halnya...Nasi + Ayam Goreng + Kicap la.

Tengah bersiap² dan kejut semua anak² Mama masuk dalam kereta, Mama terpandangkan seluar Kakak (Khalisah) yang kelihatannya seperti ada tompokan darah di seluar Kakak. Masa tu Kakak sibuk duk cari selipar nak dipakai dan masuk dalam kereta. Bagi Mama takde apapun... Sebab bila ditanya pada Kakak, Kakak cakap takde apa.

Bila Mama hidupkan enjin kereta, Mama pun tengok anak² Mama kat tempat duduk belakang. Tangan Kakak banyak darah. Pipi Kakak pun sama. Bila Mama tengok betul², rupa²nya hidung Kakak berdarah. Mama yang dah siap nak pandu kereta, terus keluar balik masuk rumah capai lampin dan berikan pada Kakak. Kakak releks aja... Actually, Mama memang tak pernah tengok hidung Kakak berdarah. Along (Ihsan) memang dari kecil lagi Mama dah biasa tengok. Ada masanya, dah besar ni pun Along kadangkalanya berdarah di hidung. Tapi tak macam masa kecil² dulu. Kerap juga rasanya.

Sampai di rumah Mak, terus bagitahu pada Mak. Ayah tanya, Kakak demam lagi ke? Pada hari Khamis dan Jumaat yang lalu, memang Kakak demam. Badannya suam² dan Kakak tidak ke sekolah. Tapi hari Sabtu dan Ahad baru ni, Kakak dah sihat sepenuhnya. Mak cakap, Kakak memang macam tu kalau demam. Selalunya hidung dia berdarah. Macam Along dulu. Panas dalam badan tu... Ooo.... Ya Allah... baru Mama tahu. Patutlah Kakak releks aja. Dah pernah kena rupanya. Mama yang baru pertama kali nampak.

Aduhai... agaknya inilah cabaran Ibu yang bekerja, tak semua pasal anak kita tahu. Apa yang berlaku pada mereka seharian kita takkan tahu kalau si anak @ si pengasuh tak ceritakannya perkara itu pada kita dan kita juga tak lembik mulut nak bertanya bila bersama² mereka. Lepas ni, Mama kenalah banyak meluangkan masa dengan anak² Mama ni....
Mengapa Hidung Berdarah Sebenarnya? Apakah Cara Rawatannya?
Mama google dan hasilnya...


Dalam kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan situasi-situasi yang mencemaskan.Tidak kira sama ada ia menimpa diri sendiri, ahli keluarga atau jiran tetangga kita. Sebagai ahli sebuah masyarakat penyayang, biasanya ramai yang akan tampil kehadapan untuk membantu.

Namun, pada kebanyakan masa, niat luhur ini hanya terkubur sebagai hasrat semata-mata. Sumbangan kebanyakan daripada kita berakhir dengan menjadi penonton sahaja disebabkan tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat atau kita sendiri berada dalam keadaan terkejut apabila berhadapan dengan situasi berkenaan.

Apa lebih membimbangkan ialah jika sesuatu langkah yang diambil, pada mata kasarnya nampak seolah-olah ingin membantu tetapi sebenarnya ia amat berbahaya kepada pesakit atau mangsa yang berada dalam keadaan kecemasan itu sendiri.

Senario Mencemaskan
Salah satu senario yang mencemaskan ialah apabila melihat darah keluar melalui hidung atau mulut. Lebih mengejutkan ialah apabila ibu bapa melihat tompokan darah yang besar pada bantal atau cadar anak kesayangan mereka sebaik sahaja anak mereka bangun dari tidur.

Gejala hidung berdarah merupakan suatu situasi yang sering mencemaskan, sebagaimana yang sering ditonjolkan dalam drama dan filem di kaca televisyen. Apatah lagi jika ia berlaku pada mereka yang belum pernah mengalaminya. Situasi menjadi bertambah cemas jika pendarahan berlaku dalam kuantiti yang banyak.

Pendarahan hidung sering kali dikaitkan dengan kanak-kanak lelaki yang aktif bermain. Namun, gejala ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan usia.

Oleh sebab itu, setiap satunya memerlukan pemeriksaan lanjut dan langkah-langkah pencegahan yang sesuai, terutamanya terhadap punca yang telah dikenalpasti.

Gejala Penyakit
Pendarahan hidung sebenarnya ialah satu gejala atau tanda kepada sesuatu penyakit dan ia sendiri bukanlah sejenis penyakit. Ia berlaku apabila salur darah yang berada di dalam rongga hidung pecah.

Ada kalanya, ia boleh berhenti dengan sendiri di rumah, namun tidak kurang juga bilangan mereka yang terpaksa mendapatkan rawatan di klinik atau harus dimasukkan ke wad akibat pendarahan yang banyak dan sukar berhenti.

Punca Pendarahan
Pendarahan hidung boleh tercetus akibat pelbagai punca. Ia boleh dibahagikan kepada faktor lokal atau setempat (masalah di dalam hidung) dan faktor umum atau sistemik, yang melibatkan sistem badan gagal mengawal proses pembekuan darah sewaktu pendarahan.

Sungguhpun begitu, tidak kurang juga jumlah keadaan yang mana punca pendarahan itu tidak dapat dikenalpasti walaupun pelbagai kaedah penyiasatan dilakukan. Keadaan ini disebut pendarahan hidung jenis idiopatik.

Faktor-faktor lokal di dalam hidung sendiri yang boleh menyebabkan pendarahan ialah seperti trauma atau luka yang berpunca daripada kemalangan, pembedahan dan jangkitan kuman dalam hidung atau rongga sinus seperti sinusitis dan barotrauma (trauma disebabkan perbezaan tekanan dalam sinus dan atmosfera).

Benda asing yang termasuk ke dalam hidung pula, terutamanya di kalangan kanak-kanak, jika dibiarkan begitu sahaja tanpa dibuang boleh mengeras menjadi seperti batu (rhinolith).

Apabila keadaan ini berlaku, bahan keras yang mempunyai permukaan kesat ini boleh mengakibatkan pergeseran dan pendarahan kepada lapisan mukosa hidung yang sensitif.

Selain itu, struktur abnormal dalam hidung itu sendiri seperti tulang tengah hidung yang bengkok boleh mencetuskan pendarahan.

Walaupun ramai antara kita yang mempunyai tulang hidung tengah yang tidak lurus, namun tidak semestinya ia mengakibatkan pendarahan.

Pendarahan boleh berlaku akibat bahagian yang bengkok itu tersentuh dengan bahagian hidung lain lantas menyebabkan iritasi.

Jika pendarahan berlaku terutamanya di kalangan orang dewasa atau golongan di usia emas, ketumbuhan dalam hidung adalah salah satu daripada puncanya.

Biasanya pendarahan yang berpunca daripada ketumbuhan ini akan disertai dengan gejala-gejala lain seperti tersumbat sebelah hidung, kesakitan dalam rongga hidung, kebengkakan pada kelenjar limfa di leher, kurang dengar pada sebelah telinga dan sebagainya.

Namun begitu, ada juga pesakit yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung yang datang hanya dengan simptom pendarahan.

Faktor Penyumbang
Faktor-faktor umum yang boleh menyumbang kepada gejala ini adalah seperti masalah kegagalan sistem pembekuan darah di kalangan pesakit sama ada berpunca daripada penyakit hati, ginjal atau kanser yang melibatkan sel-sel darah seperti leukemia dan limfoma.

Mereka yang mempunyai masalah jantung dan mengambil ubat untuk mencairkan darah juga terdedah untuk mengalami gejala pendarahan hidung. Disebabkan itulah pesakit dinasihatkan supaya mengambil ubat dalam dos yang betul dan sentiasa patuh kepada temujanji susulan untuk pemeriksaan darah.

Tekanan darah tinggi yang kronik juga boleh menyebabkan struktur dinding salur darah menjadi lemah dan tidak tahan kepada tekanan darah lantas apabila pecah akan mengakibatkan terjadinya pendarahan.

Kajian perubatan menunjukkan salur darah mereka yang telah meningkat umurnya atau yang mengalami hipertensi kronik turut mempunyai deposit plak kolestrol (ateroskelorosis). Keadaan ini menyebabkan dinding salur darah menjadi tidak kuat untuk mengecut (vasokonstriksi) sekiranya pendarahan berlaku (untuk mengurang dan menghentikan pendarahan).

Selain itu, ada pendapat juga mengatakan bahawa faktor paras tekanan itu sendiri yang jika terlalu tinggi akan menjadikan keadaan bertambah teruk.

Jenis Pendarahan Hidung
Pendarahan hidung secara amnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, bergantung kepada di kawasan mana salur darah dalam hidung yang pecah.

Jenis-jenisnya ialah pendarahan hidung hadapan (anterior epistaxis) dan pendarahan hidung bahagian belakang (posterior epistaxis). Kedua-dua jenis ini agak berbeza daripada beberapa aspek. Pendarahan hidung bahagian hadapan biasanya lebih kerap berlaku, terutamanya di kalangan kanak-kanak atau golongan belia.

Ia seringkali dikaitkan dengan trauma, dan kebiasaannya lebih mudah untuk dikawal atau dihentikan.

Pendarahan jenis ini biasanya dapat dilihat apabila pesakit berada dalam posisi duduk. Darah akan kelihatan mengalir keluar dari bahagian hadapan lubang hidung.

Pendarahan hidung bahagian belakang lebih kerap dilihat dalam kalangan mereka yang lebih berusia walaupun ia adalah sesuatu yang jarang berlaku. Salur darah yang pecah berada di bahagian belakang hidung dan ini menjadikan pendarahan jenis ini lebih sukar untuk diberhentikan.

Biasanya ia dikaitkan dengan tekanan darah tinggi atau kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan pada lantai tulang tengkorak.

Pesakit akan menelan darah ini memandangkan ia akan mengalir ke bahagian belakang tekak. Apabila amaun darah yang ditelan terlalu banyak, ia tidak lagi dapat ditampung oleh isipadu perut, maka pesakit akan mengalami muntah.

Pendarahan hidung jenis belakang ini juga lebih meningkatkan risiko darah termasuk ke dalam paru-paru.

Tindakan Segera
Apabila berlaku situasi hidung berdarah, pesakit seharusnya bertenang dan jangan panik. Keadaan panik akan menyebabkan denyutan nadi dan tekanan darah meningkat. Ia akan memburukkan lagi keadaan.

Tambahan pula, pesakit akan sukar diberi arahan dan mengikut langkah-langkah bantuan yang akan diberikan.

Pesakit sepatutnya tidak disuruh baring untuk berehat. Sebaliknya, pesakit harus dinasihatkan berada dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk ke hadapan. Picit bahagian hadapan hidung dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dan tunggu selama 5 minit.

Pesakit akan diminta bernafas melalui mulut sementara seseorang membantunya meletakkan sedikit ais yang dimasukkan dalam plastik atau bungkusan kain pada bahagian dahi.

Jika keadaan mengizinkan, pesakit juga elok diberikan ketulan ais kecil untuk dikemam. Proses ini dapat menyejukkan bahagian dalam mulut serta rongga hidung dan ini dapat membantu proses pengecutan salur darah (vasokonstriksi).

Sekiranya kaedah ini tidak berkesan, pesakit biasanya perlu dibawa ke klinik atau hospital yang berdekatan.

Jika perlu, pegawai perubatan akan memasukkan 'ribbon gauze' atau span kecil ke dalam hidung. Span ini akan mengembang sedikit dan menghalang pendarahan daripada terus berlaku.

Biasanya, selepas 2 atau 3 hari, pendarahan akan berhenti dan pesakit dibenarkan pulang ke rumah.

Dalam situasi-situasi yang jarang berlaku, kaedah intervensi susulan seperti menghentikan tempat pendarahan menggunakan sentuhan bahan kimia (cauterization), atau prosedur mengikat salur darah yang pecah mungkin dilakukan. Embolisasi untuk menyumbat salur darah yang berdarah juga merupakan salah satu kaedah rawatan yang berkesan.

Rawatan Susulan
Selepas pendarahan dihentikan, biasanya pesakit akan diminta untuk datang semula bagi mengenalpasti apakah yang menjadi punca kepada episod pendarahan tersebut.

Bagi mereka yang mengalaminya di rumah, adalah lebih baik jika mendapatkan pemeriksaan di hospital terutamanya bagi kes-kes pendarahan hidung yang berulang-ulang.

Rawatan yang sebenar dan langkah-langkah pencegahan daripada terjadinya insiden yang sama adalah bergantung kepada masalah utama yang menjadi punca berlakunya pendarahan.

Penyiasatan yang dilakukan termasuklah pemeriksaan hidung dengan menggunakan endoskop, pengambilan sampel darah untuk melihat masalah pembekuan darah, merawat masalah lokal dalam hidung dan seumpamanya.

Prosedur-prosedur penyiasatan ini amatlah mudah dan tidak menyakitkan berbanding dengan kesan pendarahan hidung itu sendiri yang ada kalanya boleh mengancam nyawa.

Sumber : Sihat Selalu
*****************************************************************************

PENDARAHAN HIDUNG

Pengenalan
Perdarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ianya boleh
berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebabsebabnya tidak dapat dikenalpasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam
hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Apakah yang menyebabkan hidung berdarah?
Terdapat banyak sebab-sebab termasuk
• Sejuk dan alahan
• Jangkitan pada salur hidung (sinus)
• Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat,memicit hidung,kecederaan
pada bahagian dalam hidung,benda asing didalam hidung.
• Dinding tengah hidung senget
• Ketumbuhan di dalam hidung(contoh: polyps,tumor)
• Penyakit lain yang berkaitan(contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik,
trombosaitopenia (bilangan platlet yang rendah) dan penyakit darah contoh
hemophilia.
• Ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
• Tindakbalas bahan kimia.
Kebanyakan kes tidak dapat dikenalpasti sebab-sebabnya.

Apakah tanda-tanda dan gejala?
• Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung.
• Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah.
• Merasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak.

Apakah rawatan untuk hidung berdarah?
Langkah kecemasan:
• Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
• Dudukan dia didalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
• Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.

Sumber : Info Sihat
*****************************************************************

Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan. Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.

Punca
Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
- Selsema
- Suhu dalam badan terlalu tinggi
- Alahan
- Menghembus nafas terlalu kuat
- Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
- Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
- Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan

Jenis-jenis
Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:

1) Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.

2)Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun

Cara merawat
Hentikan hidung berdarah dengan cara:

1) Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.

2) Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).

3) Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.

Cegah hidung daripada berdarah semula:
- Jangan menghembus hidung.
- Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.

Berjumpa doktor:
Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:

- Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
- Berasa hendak pitam atau pengsan.

Sumber : Wikipedia

Cara Tradisionalnya :

Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.

10/27/11

Al-Fatihah Kepada Allahyarham Muhammad Dzuhil Abqari

Al- Fatihah buat Allahyarham Muhammad Dzuhil Abqari yang telahpun kembali ke Rahmatullah pada 25/10/2011 -Selasa pada jam 9.00pagi yang lalu. Abqari (nama panggilan) yang seusia dengan anak sulung Ninie Muhammad Ihsan 9tahun pada tahun ini telah dipanggil oleh Allah di usia yang masih muda.

Pemergiannya sememangnya tidak diduga. Menurut Ibunya, Abqari Demam panas beserta cirit birit dan juga muntah². Doktor mengatakan Abqari menghidap radang hati. Ajal maut sudah ditentukan oleh-NYA. Ninie agak sebak tatkala bersalaman dan mengucapkan takziah. Ibunya yang mesra dengan panggilan Mak De (Ibu saudara sebelah Hubby) berbisik. "Yan, Arwah sebaya dengan Ihsan Yan". Ye.. cukup tersentuh naluri seorang Ibu membayangkan betapa peritnya harga sebuah kehilangan itu. Ditambah pula Ibu Saudara Ninie ni telah berkahwin hampir 12tahun baru dikurniakan cahaya mata. Betapa hebat ujian dan dugaan Allah buat hambanya. Sesungguhnya pemberian dariNya adalah pinjaman cuma.

Muhammad Dzuhil Abqari merupakan anak ke dua dari 4 beradik. Semoga Allah mencucuri rahmat buat Abqari dan menempatkan beliau dikalangan orang² beriman. Amin.... Al-Fatihah.

Allahyarham Muhammad Dzuhil Abqari hujung sekali sebelah kanan bersama adikberadiknya.

Petikan dari FB Ibu beliau. Semoga tabah dengan ujian dariNYA

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

Klik Banner untuk join
End : 29/10/2011

Jom kita sama2 join segmen KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS..
Insya'Allah melalui segmen ini kita akan dapat lebih ramai kenalan di samping dapat menambahkan bilangan followers..

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!

Tengah Rest Ni... Berblog walking dan tengok ramai yang join segmen dari Si Comel Nih.Mana yang nak join tu... cepat²lah ye... sebab jam 4.00ptg CLOSE. Klik pic di bawah untuk ke blog Lyssa... Jangan tak tahu... Glamour Cik Lyssa nih... Tengok aja pada jumlah followernya tu... Best masuk blog Lyssa, Banyak Tutorial yang boleh dipelajari.
Sila Jawab Soalan Dari Cik Lyssa Ye...'

1) Cerita Mengenai Latar Belakang Diri Korang'

Ninie seorang Mama kepada 1 Putera (9yrs old) dan 3 Puteri (5yrs old X2orang -Twin & 4yrs old). Berasal dari Sungai Besar, Selangor tetapi membesar, berkahwin dan bekerja di Negeri Pahang.

2) Kenapa Korang Buat Blog ??
Salah satu tujuan utama buat blog ni dulu adalah sebagi diary maya didedikasikan untuk family tersayang. Anak² Ninie selalu tanya itu ini... Kalau dah berumur nanti, masih ingatkah apa yang berlaku pada hari ini semuanya untuk diceritakan kembali? So buat anak² Mama, Inilah rujukannya yea... Ada juga Info² yang dimasukkan untuk di'refresh' balik bila Ninie ingat² lupa nanti...Start aktif (tak la aktif sangat pun) bermula awal tahun 2011 walaupun dah lama buka akaun untuk berblog ni yang sebenarnya.

3) Siapa Orang Yang Telah Menarik Anda Untuk Ceburkan Diri Dalam Dunia Blog ??
Diri sendiri dan juga anak². Telah diizinkan oleh suami. Di samping mengenali rakan² di alam maya yang sememangnya ramai dan so friendly walaupun tak kenal secara bersua muka.

Nota Mama Comel : Salam Kenal Buat Semua & Terima Kasih Kepada Anda Yang Sudi Berkunjung Di Sini

10/23/11

Cute Mum! : Mama Comel Dapat Capture 080808!




Alhamdulillah...
Semalam Ninie berblog Walking dan juga dah follow Cute Mum. Sebab tu tahu tentang entry Cute Mum ni.

Tapi tetiba teringat tengahari tadi n terus wait n wait sambil baca entry...
Then bila refresh... 080808... yes... Ninie tak sangka... betul no tu... erus print skrin....

Actually tengah bersiap nak ke rumah MIL di Kuantan. Buat entry jap. Thanks Hubby coz sudi tunggu Darling mu ini siapkan entry untuk Cute Mum nih....

10/18/11

Lelaki Merajuk?

Ada orang kata, buruk sangat rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernahkah anda melihat lelaki merajuk? Pernahkah anda lihat lelaki tarik muka? Sebenarnya semua manusia, tak kira lelaki atau perempuan memang ada perasaan merajuk.

Merajuk biasanya terjadi apabila seseorang memendamkan rasa tidak puas hati atau marah terhadap orang yang rapat atau baik dengannya. Reaksi muka dan tindakan akan ditunjukkan seiring. Apakah tanda-tanda awal seseorang lelaki merajuk? Anda selidiki tanda-tanda di bawah dan jika salah satunya ada pada si dia, maknanya si dia sedang merajuk dengan anda.

Tanda-tanda lelaki merajuk:

1) Diam seribu bahasa
Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.

2) Buat tidak tahu
Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.

3) Menolak untuk keluar atau makan bersama
Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.

4) Bermuka masam
Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yangs sedang merajuk.

5) Baca surat khabar
Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.

6) Menonton TV
Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tapi hatinya ke lain.

7) Keluar rumah tanpa memberitahu
Ada lelaki tidak mahu memberi keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.

8) Matikan telefon bimbit
Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu disaat peraannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah kerana tidak mahu mendengar suara anda dikhuatiri kan menjadi lebih bengang.

Cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. Jika tak boleh, diam saja, biarkan dia reda sendiri.
Nota Mama Comel : Urm... Cam ada gak betulnya kan Sayang kan... wink3

10/15/11

{Resepi} Roti Telur

Pagi Sabtu nan indah hari ini Kami sekeluarga bersarapan dengan roti telur version Mama Comel ni je. Memang menjadi kegemaran anak² pun. Asal Mama cuti je, awal² pagi lagi dah mengadu lapar. Roti Memang Ninie dah standby awal² kalau tahu esok hari cuti. Lagi pula ringkas dan cepat.
Bahan²nya :

Roti - bagi resepi ni Ninie gunakan 10keping
(Ikut kesukaan masing² jenama apa pun)

4biji telur gred C
Sedikit serbuk perasa dan garam
Mentega / Marjerin untuk menggoreng.

Cara²nya :
Roti dipotong kepada 4bahagian (Ikut suka anda)
Pecahkan telur dan gaulkan bersama serbuk perasa serta garam menggunakan garpu hingga rata/sebati.
Celupkan roti ke dalam telur dan gorengkan dengan mentega/marjerin menggunakan api yang kecil/sederhana sahaja. balik²kan ye biar rata masaknya.

* Nota : Marjerin tu letak sikit.... je. Maksudnya asal nak goreng kepingan lain baru letak lagi...Tidak le berminyak roti tu...


10/12/11

Mama Comel "Lucky Follower For This Month (October) Di Miz Irya Boutique (^_^)"

Alhamdulillah... 1st word yang keluar dari mulut Ninie bila buka blog hari ni... Di shoutbox ada rezeki yang diwar²kan oleh Miz Irya Boutique... Syukur sangat²....

Credit to Miz Irya Boutique : Thank you so much... (^_^)

Di Miz Irya Boutique ni ada menjual berbagai jenis tudung yang semestinya mengikut perkembangan fesyen semasa dan cantik² belaka. Harga pun amat berpatutan... Klik banner di bawah untu masuk ke Blogshop beliau ataupun anda boleh klik di sini : MIZ IRYA BOUTIQUE...


Contoh tudung yang terdapat di Miz Irya Boutique... Credit to Miz Irya Boutique...



Seee cantik²kan... nak tengok banyak lagi? Jangan segan² masuk ke blog beliau tau..
Sesiapa yang belum lagi menjadi follower Miz Irya Boutiqe... cepat²lah ke sana dan klik button follow tu ye... Mana tahu... Hari ini Ninie bertuah... esok Anda pula...

Nota Mama Comel : Terima Kasih Miz Irya Boutique. Pst... leh dapat follower bertuah lagi tak Ninie lepas nih?... (^_^)

Segmen : Aku cuma seorang blogger

Berikan sebab kenapa rakan blogger patut masuk blog korang ?
: Sebab ada info² menarik yang boleh dikongsi bersama walaupun tak lah banyak mana pun.

Apakah keistimewaan blog korang dan beri 1 blog yang senantiasa memberi semangat pada korang untuk terus berblog.
: Menarik mungkin (pandangan sendiri ler...)
: Blog/web yang memberikan semangat : RED MUMMY... sebabnya dia boleh buat duit dengan berblog.... bestnya...

10/11/11

{Made With Love By DarlingNinie} Kuntuman² Bunga

Cuti hujung minggu 2 minggu yang lepas busy menyiapkan order rakan se'opis' yang mahukan 60pcs (30-30) kuntuman bunga yang nak digunakan ketika majlis kenduri kahwin Adik Iparnya (bulan 10) dan Juga Kakaknya (bulan 11)

Tema hijau pucuk pisang + putih untuk majlis kenduri adik ipar beliau...





Tema Silver + Purple untuk majlis kenduri kakak beliau




Sampai je ditangan tuannya, rajin betul K.Su ni melipat² duit RM1 menjadi bentuk kipas dan diletakkan di belakang bunga. Bunga² ni menurut K.Su nak diberikan kepada orang² yang terlibat menjayakan kenduri tersebut. Penolong² rewang la ni... yang perempuan aja ler....Thanks K.Su... lain kali meh order lagi ye..

Saiz bunga ni besar ye.... bukan 'comel²'. RM 2.50/pcs. minimun order 30pcs.... Cantik juga dijadikan hairclip @ cekak rambut @ headband buat diri sendiri mahupun si comel tersayang.

Ada yang berkenan? Ada lagi bentuk bunga yang ada di Blogshop Ninie... leh klik link nih :
Nota Mama : Agak penat dan lenguh jari jemari ni. Tapi puas hati bila dapat siapkan semuanya.

10/7/11

Bunga Bakawali (Blooming Night)

Alhamdulillah... Sejak pertama kali pokok Bakawali di rumah Ninie yang ditanam oleh Hubby berbunga sehingga kini, bunganya tetap berganti bila habis je gugur semua bunganya... Akan ada kudup baru yang muncul. Tapi ini paling banyak kuntumannya... ada 19kuntum... Hubby rajin ambil pic gambar ni yang berkembang penuh pada jam 12.00tgh malam dan kembali kuncup pada siang harinya. Kembangnya hanya 1 malam sahaja.

Sekarang ni ada 13kuntum kudup bunga yang sedang menunggu hari untuk berkembang wangi... Klik untuk eentry berkaitan BUNGA BAKAWALI yang lepas. (^_^)

Paling banyak berkembang pada 1malam setakat ini. 7 kuntum semuanya..









Di waktu siangnya... mula menguncup...

10/4/11

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI


Klik banner untuk join
End : 31/10/2011

Segmen Mari Berkenalan


Klik banner untuk join
End : 15/10/2011

10/2/11

SEGMEN 1hari : Tambah rakan blogger


Klik banner untuk join
End : 03/10/2011

Segmen : Kenapa nickname saya begini ?


Kenapa Nickname saya begini?

Pada permulaan nak berblogging dulu... pening sesangat nak cari nama yang sesuai untuk menggambarkan diri sendiri. Tambahan pula tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk didedikasikan buat anak² dan juga family tersayang. Memang sukar nak cari Nickname yang menepati rasa hati.

Akhirnya Darling Ninie @ Mama Comel dipilih sebagai pengenalan diri di dunia maya ini. Kenapa? DARLING = Merujuk panggilan hubby buat diri ini (panggilan manja sayang gitu). NINIE = panggilan merujuk ke dalam rakan² alam maya dan juga ditempat kerja. Jika diikutkan, banyak panggilan untuk diri ini. Boleh klik SINI. Ninie pernah buat entry tentang nama panggilan ni dulu.

MAMA COMEL = bukanlah merujuk kepada cantiknya rupa.... tapi merujuk kepada Ninie yang kian 'comel' kerana pertambahan berat badan. Ala² baby gitu. 40 orang sebut 'MAMA COMEL' harapan Ninie bukanlah bertambah naik berat badan. Tapi bertambah comel pada wajah. ala² baby gitu. hik3...

So itu ajalah ye....

Alhamdulillah... berblogging ni pun dengan izin Hubby... Anak² pun dah faham dengan Mama mereka ni dan selalu minta nak tengok blog. Mama selalu pesan... Mama buat blog ni untuk anak² Mama. Mana tahu, bila dah besar nanti mereka banyak soal itu ini... tapi Mama dah lupa. Jadi inilah jawapannya...

Jom tambah trafik blog!


Klik banner untuk join
End : 05/10/2011

Segmen Miss Nadya :: Selamat Datang October


Klik banner untuk join
End : 31/10/2011

Dolly² Sebut aaa....

Malam tadi 01/10/2011 -Sabtu, blackout sekejap tidak le sampai 5minit pun. Siap disusuli hujan ribut (hujan ni lama gak tau... habis basah balik baju kat ampai yang dah pun kering bawah garaj kete nun). Tapi kesannya, streamyx terus down sampai jam 3.00ptg tadi. Aduhai... so boring... kebetulan lak tengah ngadap Komputer... edit pic letak watermak bagai last² aci try tesy guna paint.net wat dolly. Sejujurnya jelous tengok blogger² sekarang yang memang dah advance buat dolly dan boleh buat side income lak tu... bestnya...

Hu3... orang dah guna photoshop bagai... Ninie still guna paint je... pst... Ninie mana pandai langsung pun guna photoshop tu. Hasilnya.... hik3... bolehlah kan...kan...kan....
Nota Mama Comel : Nak belajar la guna photoshop lepas ni. Urm nampak macam payah je. Tapi tak cuba mana nak tau kan! Caiyok, caiyok...

10/1/11

SEGMEN JUST GOOGLE IT - AZURIN RAMLI


Klik banner untuk join
End : Not Sure

SYARAT ?
1. follow blog http://belogjuryn.blogspot.com
2. copy banner atas tue,link kan sekali kat entry nie
3. buat entry dengan tajuk SEGMENT JUST GOOGLE IT- AZURIN RAMLI
4.masuk kan SYARAT sekali dalam entry korang tue
5.hantar link entry korang kat komen box aku kat entry nie.

SOALAN :

1.NICKNAME


2.AGE



3. HOBBY (s)




4.I WANT TO BE?





5.I LOVE TO EAT?





6.I WISH I CAN ?


All Done!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...