Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

5/22/15

Air Detox / Infused Water Kurangkan Berat Badan

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita hadapi kemudian hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan. Sedar-tak sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan.

Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda. Apa yang penting sentiasa mendispilinkan diri, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat serta kerap melakukan aktiviti membuang toksik atau lebih mudah lagi melakukan senaman ringan.

Infused water / Air detox sangat bagus untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Ia merupakan satu alternatif bagi mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan di dalam minuman.

Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear.

Hari ni kita belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
mencuci dalaman perut dan usus
menurunkan berat badan
mengempiskan perut
melegakan sakit tekak
mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
membuang toksin dalam badan
mengurangkan masalah selsema

AIR DETOX

Anda boleh gunakan apa-apa sahaja buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox.

Buah-buahan ini anda pilih lah beberapa biji yang anda suka. Kalau boleh berlainan warna kerana fungsi warna juga membantu dalam proses detox

Anda juga boleh tambahkan daun pudina untuk rasa yang lebih segar
beberapa jenis buah dan herba yang ada khasiatnya yang tersendiri bila dibuat Air Detox

1) Lemon – membantu proses pencernaan dan menyegarkan nafas
2) Oren – membantu peredaran darah
3) Halia – imun booster
4) Rasberi – mempunyai ciri-ciri anti radang
5) Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran toksin
6) Anggur – melawan kanser
7) Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
8) Kulit Kayu Manis – penggalak metabolisme
9) Strawberi – anti oksidan
10) Limau – anti penuaan
11) Nenas – membantu melegakan sakit sendi
12) Pudina -menyokong sistem penghadaman

Cara Buat Air Detox1) Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri.
2) Masukkan potongan buah-buahan ke dalam jar, kemudian tambahkan ais diatasnya.
3) Tambahkan air hingga penuh satu liter dan tutup jar tersebut.
4) Biarkan semalaman dalam peti ais.





1. Strawberi dan kiwi Untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan sistem kekebalan, menurunkan gula darah, dan melancarkan pencernaan.

2. Teh hijau + daun pudina + limau nipis Sesuai untuk pembakaran lemak, meningkatkan metabolisma, melancarkan pencernaan, mengurangkan sakit kepala, mengatasi susah buang air besar, dan menjaga kesihatan pernafasan.

3. Timun + limau nipis + lemon Bermanfaat untuk mengatasi kembung perut , mengawal nafsu makan, mengatasi dehidrasi, dan menjaga kesihatan pencernaan.

4. Lemon+limau nipis Manfaatnya sebagai sumber vitamin C dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

4/23/15

Kenali Tepung Beras



TEPUNG BERAS..

yang patut anda tahu bila nak membeli...
Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI
*Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup

Sumber : FB : Sembang Resepi

3/7/15

TUTORIAL : Cara Ubah Fail Format PES Ke Format JEF Guna PE7

Ada yang bertanya pada saya berkenaan software PE7 samada boleh digunapakai untuk mesin jahit jenama/model lain selain daripada brother?

Jikalau sebelum ini saya katakan tidak... Namun setelah saya sendiri 'mengodek²' rupa²nya boleh... Dan ada seorang customer yang beli pun kata memang boleh tapi ada caranya ye...

Sebelum itu... Ini format fail yang boleh digunakan dengan PE 7 ini...

Tajima (.dst)
Melco (.exp)
Pfaff (.pcs)
Husqvama/Viking (.hus)
Husqvama/Viking (.vip)
Husqvama/Viking (.shv)
Janome (.jef)
Janome (.sew)
Singer (.csd)
Singer (.xxx)

Dalam banyak² senarai tu yang saya faham cuma mesin jahit Janome je sebab kebanyakkan yang tanya saya samada PE7 ni boleh tak guna untuk format .jef? Jadi jawapannya boleh ye.... Dah siap editing sila ikut cara² yang ditunjukkan di bawah ye....



PE7 bila kita save automatik akan simpan fail/gambar/design yang kita telah edit itu ke dalam format .Pes  . Jadinya nak tukar ke format lain agar sesuai dengan mesin jahit anda... Sila ikuti step by step tutorial bergambar di bawah. In Sha Allah boleh... Selamat mencuba...
(FILE -> EXPORT->FILE NAME -> SAVE)





2/24/15

Cara Download Video Dari Facebook Tanpa Software

Selalunya bila buka Facebook ada rakan² yang share video² yang menarik hati dan Ninie selalunya tertarik dengan video animasi kanak² mahupun yang mengandungi unsur² pembelajaran yang mana sesuai untuk tontonan anak².

Pada mulanya memang agak buntu sebab tidak tahu cara nak download video tersebut dari FB. Setelah di google search... Bagi Ninie sebenarnya ianya mudah je.... Hihihihi... Kat hp pun boleh... Mungkin bagi anda yang dah biasa download dan save tapi menggunakan cara lain... Bolehlah kongsikan ilmu ye...

A. Buka FB... Jumpa yang berkenan? Ha klik pada video tersebut agar ianya dimainkan.


B. Masa video tu dah bergerak... Tengok link/url video tersebut... Kemudian 'COPY' link tersebut dan PASTE kan di new tab.


C.
1)  Dah 'PASTE' lihat pad url/link tersebut. Fokus pada www (sepertimana dalam kotak merah tu)
2) Gantikan @ tukar www. kepada m.



D.
1. Dah ganti? Ok... Step seterusnya...
2. Klik icon play pada video ye....


E. Ketika video sedang dimainkan... Klik kanan pada video tersebut dan ambil 'save video as...'

F. Simpan lah dalam folder yang dikehendaki dan 'rename' nama video tersebut jika anda mah. Macam Ninie, Ninie guna 'Tanya Sama Pokok Comel' macam dalam kotak merah tu. Klik 'save'.... Dah siap....

Selamat mencuba!
..

11/7/14

Lirik Lagu Hargai Aku – Armada


Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...