Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

12/30/13

Kemantapan wanita usia 40-an

Tertarik Ninie pada artikel yang disiarkan Sinar Harian.... Terfikir yang ada betulnya juga.....


MUHAMAD MAT YAKIM
27 Disember 2013

BEBERAPA hari lalu, saya tengok Buletin Utama di kedai kopi - berita  seorang guru penolong kanan wanita  terkantoi aksi bertukar-tukar ‘cenderamata’ dengan kekasihnya, warga Pakistan.

Lelaki itu 27 tahun manakala si cikgu, 49. Khabarnya, penolong kanan sebuah sekolah di Melaka itu sudah punya anak enam dan suaminya pula sedang sakit.

Ini bukan kes khalwat biasa tetapi ada kaitan dengan rakaman video. Wah!  Sungguh terlampau nampaknya.

 Tidak! Saya bukan hendak bercerita panjang mengenai pasangan itu tetapi yang menarik perhatian saya adalah komen seorang kawan – Li – yang ada bersama tonton berita itu.

Li, 48, tiba-tiba berkata, wanita umur  40-an hingga 50an memang makin 'hot'.

“Ini pengalaman...,” katanya untuk lebih meyakinkan saya.

Ya, saya tahu Li tidak pernah buat kajian saintifik mengenai perkara itu. Dan saya juga sedar bahawa apa yang dikatakannya, boleh jadi betul, mungkin juga tidak.

Walau apa pun, apabila dia menyebut ‘ini pengalaman...’ saya tahu dia cuba bercakap benar, sekurang-kurangnya dari pengalamannya sendiri.

Li orang baik, bukan pengatur tangga rumah tumpangan di Belakang Mati. Itu saya pasti!

Untuk perkasakan lagi hujahnya, Li berkata, pada usia itu, wanita tidak lagi sibuk dengan anak kecil dan juga hal-hal lain yang menjadikan mereka begitu sibuk setiap hari.

“(Pada) tahap itu, depa sudah relax, sudah boleh fikir untuk diri sendiri, termasuk juga hal-hal seks,” katanya.

Bab itu, saya setuju dan saya semakin yakin bahawa apa yang Li katakan, ada benarnya.

Saya sendiri pernah beberapa kali menulis topik ini, termasuk daripada pengakuan wanita sendiri.

Ada yang mengaku pada usia 40-an, mereka bersedia untuk jatuh cinta kali kedua.

Tidak! Bukan bercinta dengan lelaki lain atau cari ‘anak ikan’  tetapi jatuh cinta dengan diri sendiri.

Maksudnya kalau sebelum itu katanya, terlalu banyak hal yang nak dikisahkan setiap hari tetapi dalam usia 40-an, mereka ada ruang yang lebih untuk  membelai diri dengan sebaik mungkin.

Dalam soal bajet juga sudah stabil dan boleh dibuat bajet khusus untuk penjagaan diri. Bukan untuk  beli beg tangan atau losen penggebu sahaja tetapi juga untuk spa dan aerobik.

Pendek kata, dalam dalam usia 40-an, wanita sudah benar-benar bersedia untuk tampil dengan lebih ‘mantop’.

Bukan hanya mahu memuji orang lain, pada isteri sendiri pun saya nampak berbeza banding dahulu.

Tetapi masalahnya isteri, apabila kita puji “awak makin tua makin cantik,” dia akan tanya balik, “ooo... dulu tak cantiklah ye?”
Ke situ pulak!

Kalau diambil kira pandangan  sendiri, memang sejak  remaja dahulu lagi pun, saya suka ‘ushar’ wanita yang lebih berusia, lewat 30an hingga 40-an.

Bagi saya, wanita pada usia itu sedang berada di kemuncak keanggunan. Justeru, mereka amat indah lagi harmoni untuk dipandang. Macam gunung. Tidak ada orang yang suka pandang busut, jarang ada yang suka pandang bukit tetapi ramai yang suka pandang gunung.

Ini kerana berbanding yang lain, gunung adalah lebih anggun.

Maksud anggun bagi saya ialah kombinasi rupa paras fizikal yang cantik dengan kematangan. Itulah anggun dan keanggunan itu kemuncaknya adalah pada usia lewat 30-an atau awal 40-an.

Bagi wanita yang lebih muda, mereka mungkin cantik tetapi apakah mereka matang?

Jawapannya sudah tentu tidak dan walaupun mereka cuba tampilkan kematangan ataupun dilihat matang namun dalam situasi tertentu, sifat keremajaan atau keanak-anakan mereka pasti terdedah jua.

Itu bukanlah masalah, cuma bagi lelaki, tarikan dalam diri seseorang wanita pada mata mereka sesetengahnya lebih memberatkan penampilan yang matang secara semula jadi.

Ini kerana semacho mana pun seorang lelaki, ada ketika tertentu  dia masih mengharapkan kematangan pasangan sebagai pelengkap. Malah jangan tidak percaya atau mencebik jika dikatakan lelaki juga ada kemanjaan yang diselindungkan.

Kerana itu, wanita yang matang tidak akan menolak apabila suami minta dibelai dan dimanjakan dan wanita yang tidak matang, mungkin hanya mahu dia sendiri dibelai oleh suami pada setiap masa.

Sumber : Sinar Harian

11/20/13

Design Sulaman Format PES Sahaja

Alhamdulillah...rasanya sekarang ni ramai yang dah ada mesin jahit sendiri. Tahniah! Rasanya ramai juga yang mempunyai @ memiliki mesin jahit jenis Brother sepertimana Ninie model NV 950 yang mana boleh digunakan untuk membuat sulaman dengan menggunakan hoop 4"X4". Memang seronok bila ada mesin jahit... Sepertimananya entry² sebelum ini mengenai NV, hingga sekarang Ninie masih belum pandai apatah lagi mahir nak guna mesin jahit ini. Sekadar jahit gitu² je...jahit lurus la maksudnya.

Terima kasih buat anda yang add Ninie di FB : Darling Ninie serta yang like page : Darling Ninie Shoppe (NINIEshop2u). Ada yang masih mencari software? ha, emailkan pertanyaan anda ke : darlingninie.shoppe@gmail.com ye @ sms : 0199574252. Diingatkan lagi...Sila rujuk di youtube mengenai PE-DESIGN 7, tentang cara² penggunaannya. Ninie juga tak pandai nak guna software tersebut. Disertakan sekali manual penggunaannya sebanyak 300++muka surat untuk panduan anda.

Walaupun Ninie tak mahir nak guna mesin jahit tu. Tapi tatkala rajin, Ninie cuba² cari gambar yang menarik untuk disulam.Mana tahu kan..Untuk projek akan datang. Pergh.... berpeluh juga serta memakan masa nak cari gambar² cantik format PES untuk di download. Walaupun tak banyak mana, namun bolehlah... bak kata orang 'biar ada dari tiada'. Ada masa rajin Ninie datang...tunggulah gambar percuma yang boleh didownload setiap 10minit tu. Gambar² ni bagi Ninie cantik dan sesuai untuk disulam di baju, t-shirt, bantal @ apa sahaja mengikut kreativiti anda. Jadi tak salah rasanya Ninie jual gambar² yang Ninie ada jikalau ada yang berminat. Jangan tanya Ninie apa link download nya...sebab Ninie tak simpanpun. Cari pun secara random dan menggunakan keyword yang bermacam². Senang kata amat² payah juga la. Sebab ada folder yang didownload tapi zip la, itu la, ini la... Sesiapa yang pernah alami je yang tahu.....

Diantara gambar² yang Ninie ada..... Nak lebih lagi sila ke Page : Design Sulaman Format PES Sahaja




Design Sulaman Format PES Sahaja @ sila klik gambar di bawah untuk terus ke Page yang Ninie yang baru ni ye....
Design Sulaman Format PES Sahaja

11/5/13

Awal Muharam 1435H @ 2013 : Merebut Kelebihan Bulan Muharram

01 Muharram 1435H @ 05.11.2013 Selasa  


ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sumber :  http://www.islamituindah.my/merebut-kelebihan-bulan-muharram

10/29/13

Tutorial/DIY : Mini Tasbih

Alhamdulillah.... Dah berjaya buat mini tasbih sendiri... Sekarang Tutorialnya pula... Jom belajar buat sendiri... In Sha Allah senang je...

Mini tasbih ni amat² comel untuk dijadikan door gift sempena majlis cukur jambul anak²/ aqiqah, majlis tahlil, majlis bacaan yasin, majlis perkahwinan dan sebagainya....

Ada yang berminat? boleh je.... PM kat FB pun boleh.... Cari Darling Ninie Shoppe ye....
 Pst..: Tutorial bergambar ye.....

















10/28/13

Jagalah Bicara Mu

Semarah mana pun kita
Se'angin' mana pun kita
Kecil besar, kecil besar kita tengok dia
Meruap rasa amarah di jiwa
Menyucuk² kepala jadinya...
Namun, seboleh² beristigfar lah kita agar tidak terlepas kata² yang mungkin/akan menyakitkan tatkala berbicara meluahkan marah yang bersarang di jiwa...
Ingatlah....
Mereka yang kita marah juga manusia...









10/23/13

Mak Aku Tak Belajar Tinggi...Tapi....


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya biasa je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa.

Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu.

Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

10/21/13

Republik : Sandiwara Cinta

Lirik Lagu : Sandiwara Cinta - Republik
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
 Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

10/13/13

Tasbih Mini : Hobi Baru Mama Dengan Glass Pearl

13.10.2013 Ahad

Tasbih Mini In The House....
Dah beberapa minggu, asal cuti Sabtu & Ahad je mesti tak sihat...Asyik demam. Pastu makan ubat, mood tidur la jawabnya. Minggu ni agak ok sikit walaupun belum sihat sepenuhnya. Semangat nak buat benda baru....Dari Jumaat lepas, Hubby pula yang tak sihat. Takpe jururawat ni kan ada...mamam ubat jangan tak mamam tau... anak² pula jap ada yang tak sihat selesema, baru je baik, sorang lagi pula kena dan begitulah seterusnya.

Seronok buat tasbih ni sebab benda baru kan.... Namanya pun benda baru.... Talinya guna tali tangsi memancing En. Hubby sebab dah tak sabar² nak membuatnya... Mula² tu terkial² juga bila sampai part nak mengikatnya.... try and error. Alhamdulillah... berjaya distasi dan siap! Ada 19 warna semuanya.... tapi baru dapat yang ni je dulu.

In box. Berat rupanya glass pearl ni.... aiyark....


10/11/13

Hobi Baru Berkreativiti Dengan Glass Pearl

11.10.2013 Jumaat

Alhamdulillah... Barang yang Ninie order dahpun selamat diterima pagi tadi menggunakan alamat opis sebab owner kata nak guna pos Kangaroo Ekspress. Kalau guna poslaju, sure Ninie kena guna alamat pejabat pos sini la sebab gara² pentadbir tempat Ninie bekerja tak bagi guna pengeposan barang peribadi menggunakan alamat opis. Kesian Ninie kan.... huhuhuhu.... Tak apalah... Allah tu Maha Kaya....

Agak²nya berapa utas dan saiz glass pearl Ninie ni? Apa yang Ninie nak buat? hihihi... tunggu... barang dah ada, idea pun dah ada cuma masa je yang masih belum ada..... projek akan datang lah kiranya ni..... Bila tengok banyak² macam ni rasa sayang sangat nak guna... hihihihi.....



9/18/13

Doa Memohon Supaya Dimudahkan Segala Urusan

Mari kita amalkan bersama²... In Sha Allah...Dengan Izin Nya

RABBI YASSIR
WALA TU'ASSIR
RABBI TAMMIM
BI KHAIR

Oh Allah, make it easy for me, and not make it difficult and end it with goodness

Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulit, ya Allah sempurnakan dengan kebaikan

Negeri² Di Malaysia (Ibu Negeri, Bendera Negeri & Jata Negeri)

Sekarang ni dah makin berumur..Adakalanya terlupa dan terkira² dibuatnya. Walhal masa zaman sekolah siap hafal bagai. Bila Cikgu tanya, confident je jawab dengan cemerlangnya...


Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. 11 negeri dan dua wilayah persektuan terletak di Semenanjung Melayu manakala dua negeri dan satu wilayah persekutuan lain terletak di pulau Borneo.

13 negeri ini berasaskan Kerajaan-Kerajaan Melayu bersejarah, dan setiap negeri dibahagikan lagi kepada daerah (atau jajahan di Kelantan, dan bahagian di Sabah dan Sarawak), kemudian dibahagikan lagi kepada mukim. Sembilan Negeri Melayu mengekalkan kerabat diraja masing-masing.

Yang di-Pertuan Agong dipilih (secara bergilir-gilir) dari kalangan sembilan Raja Melayu untuk penggal lima tahun. Setiap negeri ada sebuah Dewan Undangan Negeri. Negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia Timur mengamalkan dasar dan kawal selia imigresen berasingan serta status kediaman yang tersendiri.

Berikut merupakan senarai negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. 13 negeri dan Wilayah Perseketuan (terdiri daripada 3 daerah) berikut dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di dalam Bendera Malaysia:

Bendera Malaysia JALUR GEMILANG
 Ibu Negara MALAYSIA - Kuala Lumpur
 

Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


Jata Negara Malaysia

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.


Bendera WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN



Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.

Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.

Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.


BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.

Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.


BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.

Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.

Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.

Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya


BENDERA NEGERI SABAH 
(Sabah Negeri Di Bawah Bayu)
Ibu Negeri - Kota Kinabalu


Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kadar 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. B

ahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.


LAMBANG NEGERI SABAH
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi.

Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V.

Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.

Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan.

Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.


BENDERA NEGERI SARAWAK
(Sarawak Bumi Kenyalang)
Ibu Negeri - Kuching


Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.

Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

LAMBANG NEGERI SARAWAK
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.


BENDERA NEGERI TERENGGANU
(Terangganu Darul Naim)
Ibu Negeri - Kuala Terengganu


Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

LAMBANG NEGERI TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.


BENDERA NEGERI SELANGOR 
(Selangor Darul Ehsan)
Ibu Negeri - Shah Alam


Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.


LAMBANG NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

BENDERA NEGERI PULAU PINANG
(Pulau Pinang Pulau Mutiara)
Ibu Negeri - George Town


Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.


LAMBANG NEGERI PULAU PINANG

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.


BENDERA NEGERI PERLIS
(Perlis Indera Kayangan)
Ibu Negeri - Kangar


Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja.

Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.


LAMBANG NEGERI PERLIS 
Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.


BENDERA NEGERI SEMBILAN
(Negeri Sembilan Darul Khusus)
Ibu Negeri - Seremban


Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN 
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.


BENDERA NEGERI MELAKA
(Melaka Bandaraya Bersejarah)
Ibu Negeri - Bandar Melaka


Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.


BENDERA NEGERI KELANTAN
(Kelantan Darul Naim)
Ibu Negeri - Kota Bharu
 

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

LAMBANG NEGERI KELANTAN

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. 

 "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini. 


BENDERA NEGERI PAHANG 
(Pahang Darul Makmur)
Ibu Negeri - Kuantan


Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.


BENDERA NEGERI PERAK
(Perak Darl Ridzuan)
Ibu Negeri - Ipoh


Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

LAMBANG NEGERI PERAK 

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.


BENDERA NEGERI KEDAH 
(Kedah Darul Aman)
Ibu Negeri - Alor setar

 

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya

LAMBANG NEGERI KEDAH 

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.


BENDERA NEGERI JOHOR 
(Johor Darul Takzim) 
Ibu Negeri - Johor Bahru


Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.


LAMBANG NEGERI JOHOR 


Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. "KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

Banyak lagi info boleh rujuk di sini ye,...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_ibu_kota_di_Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...