Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/19/12

Bila Mesin Basuh Rosak....

Aduhai... dah tentu²nya, nak atau tidak kena basuh juga kain baju yang menimbun kan? Kalau tak dibasuh... terperap busuk... Hubby, Ninie & anak² nak pakai baju ke tempat kerja @ sekolah bagaimana?... Jawabnya basuh guna cara tradisional la.... Pakai tangan....haish...

Dah tentu²nya yang nak kena basuh tu Ninie. Wakakaka... nak suruh siapa lagi? Hubby? urm... (Boleh dear.. wink3) Sebenarnya masuk minggu ni dah hampir dua minggu mesin basuh kat rumah ni rosak. Mesin basuh automatik... tapi fungsi wash dah rosak. Fungsi spin sahaja yang masih elok. Bila jadi macam ni baru tahu nak menghargai nikmat hidup yang pernah kita kecapi.

Tapi kan... kalau mesin basuh tu tak rosak, Ninie kalau boleh semua baju nak basuh guna mesin termasuklah baju² kurung Ninie yang ada manik² tu... (maunya baju² tak rosak..haih..)Sebab tu baju² Ninie kalau beli mesti pilih yang tak ada manik.. Tlebih menjurus ke arah sulaman. Tapi ada beberapa helai baju Hubby yang Ninie kena basuh guna tangan. Kalau tak alamatnya baju kerja Hubby tu tak tau macamana rupanya nanti @ dalam erti kata lain... hayatnya makin pendek dari yang sepatutnya... (faham ke?)

07.06.2012 - Khamis : Mula perasan mesin basuh tu rosak bila duk tunggu² air yang masuk ke dalam mesin basuh tu berhenti dan berputar. Tapi yang kedengaran hanyalah air yang terus mengalir. Ish... lain macam je bunyinya. Haih... membazir dah ni.. air dah penuh dalam mesin... tapi air tak auto stop dan mesin tu tak berputar. Pergh... Kompem dah buat hal dan kompem juga kerja Ninie makin bertambah... Uwa....

Nak tak nak, guna cara tradisional aja la... Guna tangan. Ninie basuh selang dua hari sekali. Tapi sakit pinggang juga dibuatnya... sekali basuh maunya tiga bekas. Aduhai... Mujur juga fungsi spin masih elok. Syukur Alhamdulillah...

Hubby yang kesian berkata... Takpe nanti kita beli yang baru termasuk peti ais sekali...Aduh... Ni yang tambah sayang ni... Muah sikit... wink3... Kedua² peralatan tersebut dah hampir masuk 12tahun digunakan. Agaknya sebab tu barang² tu meragam (Eleh alasan...haih... orang lain guna lebih lama pun ada kan?)...

Ha... ini la rupanya bila nak kena basuh cara tradisional ni... Lama tak basuh baju banyak macam ni guna tangan sekaligus kecuali masa kecil² dulu. Ingat lagi masa darjah empat (umur 10 tahun) my mom dah ajar basuh baju. Mula² sikit...lama² membukit. Almaklumlah... zaman Ninie kecil² dulu tak ada mesin basuh... Elektrik pun kejap ada, kejap takde... Untung anak² zaman sekarang ni...

Ninie membasuh betul² dibelakang rumah... di kaki lima belakang rumah... sebab tu kalau perasan gambar yang kat bawah ni... depan besen dan bakul kain tu ada pokok²...

Mesin basuh yang banyak berjasa... sebab tu merajuk agaknya...
Nota Mama : Sakit pinggang dibuatnya...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...