Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

12/30/13

Kemantapan wanita usia 40-an

Tertarik Ninie pada artikel yang disiarkan Sinar Harian.... Terfikir yang ada betulnya juga.....


MUHAMAD MAT YAKIM
27 Disember 2013

BEBERAPA hari lalu, saya tengok Buletin Utama di kedai kopi - berita  seorang guru penolong kanan wanita  terkantoi aksi bertukar-tukar ‘cenderamata’ dengan kekasihnya, warga Pakistan.

Lelaki itu 27 tahun manakala si cikgu, 49. Khabarnya, penolong kanan sebuah sekolah di Melaka itu sudah punya anak enam dan suaminya pula sedang sakit.

Ini bukan kes khalwat biasa tetapi ada kaitan dengan rakaman video. Wah!  Sungguh terlampau nampaknya.

 Tidak! Saya bukan hendak bercerita panjang mengenai pasangan itu tetapi yang menarik perhatian saya adalah komen seorang kawan – Li – yang ada bersama tonton berita itu.

Li, 48, tiba-tiba berkata, wanita umur  40-an hingga 50an memang makin 'hot'.

“Ini pengalaman...,” katanya untuk lebih meyakinkan saya.

Ya, saya tahu Li tidak pernah buat kajian saintifik mengenai perkara itu. Dan saya juga sedar bahawa apa yang dikatakannya, boleh jadi betul, mungkin juga tidak.

Walau apa pun, apabila dia menyebut ‘ini pengalaman...’ saya tahu dia cuba bercakap benar, sekurang-kurangnya dari pengalamannya sendiri.

Li orang baik, bukan pengatur tangga rumah tumpangan di Belakang Mati. Itu saya pasti!

Untuk perkasakan lagi hujahnya, Li berkata, pada usia itu, wanita tidak lagi sibuk dengan anak kecil dan juga hal-hal lain yang menjadikan mereka begitu sibuk setiap hari.

“(Pada) tahap itu, depa sudah relax, sudah boleh fikir untuk diri sendiri, termasuk juga hal-hal seks,” katanya.

Bab itu, saya setuju dan saya semakin yakin bahawa apa yang Li katakan, ada benarnya.

Saya sendiri pernah beberapa kali menulis topik ini, termasuk daripada pengakuan wanita sendiri.

Ada yang mengaku pada usia 40-an, mereka bersedia untuk jatuh cinta kali kedua.

Tidak! Bukan bercinta dengan lelaki lain atau cari ‘anak ikan’  tetapi jatuh cinta dengan diri sendiri.

Maksudnya kalau sebelum itu katanya, terlalu banyak hal yang nak dikisahkan setiap hari tetapi dalam usia 40-an, mereka ada ruang yang lebih untuk  membelai diri dengan sebaik mungkin.

Dalam soal bajet juga sudah stabil dan boleh dibuat bajet khusus untuk penjagaan diri. Bukan untuk  beli beg tangan atau losen penggebu sahaja tetapi juga untuk spa dan aerobik.

Pendek kata, dalam dalam usia 40-an, wanita sudah benar-benar bersedia untuk tampil dengan lebih ‘mantop’.

Bukan hanya mahu memuji orang lain, pada isteri sendiri pun saya nampak berbeza banding dahulu.

Tetapi masalahnya isteri, apabila kita puji “awak makin tua makin cantik,” dia akan tanya balik, “ooo... dulu tak cantiklah ye?”
Ke situ pulak!

Kalau diambil kira pandangan  sendiri, memang sejak  remaja dahulu lagi pun, saya suka ‘ushar’ wanita yang lebih berusia, lewat 30an hingga 40-an.

Bagi saya, wanita pada usia itu sedang berada di kemuncak keanggunan. Justeru, mereka amat indah lagi harmoni untuk dipandang. Macam gunung. Tidak ada orang yang suka pandang busut, jarang ada yang suka pandang bukit tetapi ramai yang suka pandang gunung.

Ini kerana berbanding yang lain, gunung adalah lebih anggun.

Maksud anggun bagi saya ialah kombinasi rupa paras fizikal yang cantik dengan kematangan. Itulah anggun dan keanggunan itu kemuncaknya adalah pada usia lewat 30-an atau awal 40-an.

Bagi wanita yang lebih muda, mereka mungkin cantik tetapi apakah mereka matang?

Jawapannya sudah tentu tidak dan walaupun mereka cuba tampilkan kematangan ataupun dilihat matang namun dalam situasi tertentu, sifat keremajaan atau keanak-anakan mereka pasti terdedah jua.

Itu bukanlah masalah, cuma bagi lelaki, tarikan dalam diri seseorang wanita pada mata mereka sesetengahnya lebih memberatkan penampilan yang matang secara semula jadi.

Ini kerana semacho mana pun seorang lelaki, ada ketika tertentu  dia masih mengharapkan kematangan pasangan sebagai pelengkap. Malah jangan tidak percaya atau mencebik jika dikatakan lelaki juga ada kemanjaan yang diselindungkan.

Kerana itu, wanita yang matang tidak akan menolak apabila suami minta dibelai dan dimanjakan dan wanita yang tidak matang, mungkin hanya mahu dia sendiri dibelai oleh suami pada setiap masa.

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...