Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/5/12

Sendiri...

05.06.2012 Selasa


Masuk malam ni dah 2 malam Mama tidur sendiri. Tanpa Hubby dan anak². Kemanakah mereka?... En. Hubby & anak² pulang ke bandar... Kui3... Bukan ke Kampung ye... Ye la... Dah kampung halamannya di Bandar, so balik bandar la takkan nak kata balik kampung pulak. Semalam Hubby & anak² ke Kuantan. Ada hal. Kenapa Mama tak ikut? Soal anak²... Mama banyak 'work' ye sayang.... Ayah & Anak² Mama je yang cuti... Mama kena 'work'..

Pertama kali tinggal sorang² ni. Selalunya kena tinggal dengan Hubby sebab 'outstation' tapi masih lagi ada anak² di sisi. Rumah terasa sunyi sepi sungguh. Cuma malam ni ditemani bunyi hujan & ribut diluar sana. Mujur tiada petir, guruh bagai. Takut juga dibuatnya.

Dari semalam asyik terbayangkan suasana rumah yang selalunya hingar bingar bila Mama opulang dari kerja. Kalau tengok jam kat dinding tu dah tahu waktu tersebut anak² Mama buat apa. Waktu mandi kat bilik air riuh rendahnya sebab bermain, waktu mengaji, waktu makan, waktu tengok tv, waktu main 'game', waktu kena hambat suruh masuk tidur... Kalau masa semua anak² ada... Waktu ni mesti mulut Mama dah bising² sebab ada je yang datang mengadu nak itu, ini... Ada je yang datang mengadu si dia buat saya, tak kurang juga ang bergaduh waktu bermain dan juga menangis. Tapi 2 malam ni sunyi je... Hu3... baru 2 malam... Dah duk terbayang²...

Miss you all a lot...
En. Hubby & Anak² Comel Mama...

Jangan nakal² duduk rumah Aki & Mak Tok ye...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...