Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

12/10/12

Durian Runtuh! RM 5000

12.11.2012 (Isnin)

Hantar anak pagi² ke rumah mak sepertimana biasa. Sebelum nak mengudur keluar, ayah hulurkan sepucuk surat.... "Bacalah"..Kata Ayah....Surat jemputan mengambil Cek sempena duit durian runtuh fasa ketiga rupanya... Keesokkan harinya di dewan besar Felda Lepar Utara 04.

Ooo... Alhamdulillah... Sekarang Fasa ke-3 pula. Fasa pertama (Ayah) & Fasa Ke-2 (Ibu) dah selesai.. Kini tiba Fasa Ke-3... Giliran anak² pula... Kami3 beradik.. So... Berapa RM seorang ye...? (Mencongak sambil tersenyum)

NOTA : Ninie tak pergi ambil pun... yang pergi ambil Ayah... Ninie cash kan sahaja...

12/6/12

Sibuk Menyiapkan Tempahan Pelanggan Dari Perak (Mimi)

05.12.2012 Rabu  

Alhamdulillah... rezeki dari Allah...
Sepanjang seminggu ini sibuk menyiapkan tempahan dari pelanggan yang mahukan hasil kraf Ninie dalam kuantiti yang banyak. Penat tapi puas....Thanks kepada Mimi dan tahniah juga diucapkan kerana berjaya membuka kedai/perniagaan sendiri...




Tangan Ninie sewaktu nak menyiakan Zipper Headband...Penuh dengan 'hot glue'... Ada masanya sakit juga...
Antara item yang diorder...
Zipper Headband






Cute Felt Hair Clip

6petal Zipper Flower Brooch

Couple Keychain

Others Keychain yang masih belum siap sepenuhnya
Jom jenguk² Blogshop Ninie khas untuk hasil kraftangan dari Ninie...
http://darlingninie-shoppe.blogspot.com/

Juga sudi²kanlah jenguk² FB PAGE Ninie ye...
Darling Ninie Shop (NINIEshop2u)

Pertama Kali Makan Durian Crepe

05.12.2012 Rabu 

Sekarang ni kalau buka je Facebook, status yang paling popular adalah Durian Crepe. Mula² keluar warna kulitnya kuning...Lepas tu hijau... lepas tu macam² warna pula. Sekali tengok macam biasa je tak ada keistimewaannya... Tapi berkali² tengok dan baca testimoni mereka yang dah makan... Teruja juga dibuatnya... Menelan air liur juga dibuatnya. Umpama mengidam pun ada.Huhuhu...

 Tapi di Bandar TAR Jengka ni mana nak cari ye? Satu hari tu duk menyembang dengan Boss pasal Durian Crepe ni dan secara kebetulan pula minggu lepas, Boss ada terjumpa orang yang membuat Durian Crepe ni dan boleh menghantarnya ke Jengka. Alhamdulillah... Dapat juga merasa... Pengusahanya menetap di Maran.... Walaupun dah google cara² membuat Durian Crepe ini dan nampak seperti mudah. Tapi selagi tak rasa macamana nak tahu jika kita buat sendiri tu menjadi...

Alhamdulillah... rezeki... Nyum²... sedap... cuma Ninie cepat muak. Baru habis sebiji dah tak boleh nak teruskan dengan yang kedua lagi. Kena tunggu dulu. Tak apa... Peti ais kan ada....

Anak²... Alhamdulillah... boleh menerima/memakannya walaupun nampak juga kekok pada mulanya....
Ninie beli dengan harga RM10 = 6biji dalam satu bekas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...