Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/30/13

Awan Pelangi?

30.06.2013 Sabtu

Waktu ni sekitar jam 6.00petang dan kami sekeluarga sedang dalam perjalanan ke Batu Hitam, Kuantan... Nak bawa anak² mandi laut... Asyik menikmati pemandangan alam... Terpampam pada langit yang tak biasa dilihat oleh Ninie... Mungkin anda dah biasa agaknya... Ninie first time gitu.... Bukan kamera effect ok! Original...

6/22/13

Bila Mood Berkraf Hilang

Sebenarnya sekarang Ninie dah datang angin mood agak malas nak berkraf. Asal pegang benang dan jarum mula naik jemu... adoiya.. parah ni... beberapa minggu ni memang no mood sungguh! Gagahkan juga sikit² kerana baik buat 1@2 dari tak buat langsung... Bak kata pepatah "Sikit², lama² jadi bukit.."

Hail usaha sejak 2 minggu lepas... Hanya bunga² Zip untuk headband dan juga brooch...






Zipper Flower : Rainbow ni dah masuk kedai ye... leh tengok di sini...
http://darlingninie-shoppe.blogspot.com

6/21/13

Cara Buat Semakan Saman PDRM Dan JPJ Secara Online Atau SMS

Zaman teknologi yang canggih sekarang memudahkan kita untuk membuat pertanyaan ataupun perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan seharian kita secara online. Tidak terkecuali, sekarang anda boleh check saman secara online untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui beberapa cara samada di laman web atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Antara cara-cara yang biasa di lakukan oleh pengguna di Malaysia adalah seperti berikut :

1. Semak saman PDRM Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ada 3 cara semak saman melalui SMS :

Cara #1 :

Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor pendaftaran/Plat kenderaan. Hantarkannya ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728

Cara #2 :

Taip POLIS SAMAN<jarak>No Plat kenderaan dan hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke15888

Cara #3:

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728

2. Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM

1) Untuk yang sudah mendaftar - boleh login di sini
2) Untuk belum mendaftar sila daftar di sini

3. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi

Sila klik link ini : Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan

4. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

Taip JPJ your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773

6/10/13

Bila Mood Nak Join 'CGL' Kembali... Tapi...

Sekarang ni Ninie datang balik mood nak join GA, Contest, Lucky Draw bagai... Tapi kan... Penat betul nak Follow sorang demi sorang blog sponsor yang ramai tu. Pergh nak tunggu loading rasanya kalau makan tu sampai siap basuh tangan la. Tapi takpe... Lagi ramai sponsor, lagi banyak hadiah, lagi banyak peluang untuk menang kan??? Ninie siap wujudkan blog khas hanya untuk tujuan ini di >>> http://darlingninie-cgl.blogspot.com/

Cumanya sekarang ni memang trend erk blog warna tulisannyanya samar² @ pastel. Sakit mata ni terkelip² / membulat habis mata nak membaca entry/syarat²nya. Itu belum lagi yang bannernya ada tapi tak boleh nak copy paste/ save untuk membolehkan Ninie join CGL tu. Dah tu syarat²nya mesti ambil banner dan link balik dekat blog penganjur kan? Nak tak nak, pergi kat post comment dan pergi link ke salah seorang peserta. Alhamdulillah... bolehpun save. Pastu baru pergi balik ke blog penganjur. Yang mana tulisan macam nak tak nak je bagi baca tu kenalah highligtkan agar dapat baca. Macam tu juga la nak klik link agar boleh follow. Selalunya blog remaja yang Ninie perasan tulisan nak tak nak ni...urm belum dikira lagi yang mana masuk je blog tersebut nak gugur jantung dibuatnya disebabkan lagu yang dipasang.

Pastu bila penganjur ada komen, jujur ye... Alhamdulillah setakat hari ini, Ninie jujur okay! Klik la satu persatu link blog/iklan/fb dan sebagainya walaupun nak menunggu tu aduhai....

Twitter pula, huhuhuhu malu nak khabo weh... Seriously Ninie tak pandai nak guna Twitter ni. Buka akaun pun sebab nak join CGL sahaja. Kui3x... Facebook? Ok la..pandai la juga walaupun tak sehebat/semahir orang lain.

Alhamdulillah... Rezeki masih ada walaupun tak la sehebat orang lain. Menyertai CGL di Facebook pula, Ninie baru je berjinak² dan setakat ni tak pernah lagi ‘sangkut’ @ masih belum berpeluang nak merasa hadiah dari Facebook... Belum ada rezeki kata orang.

Kepada anda para penganjur dan juga sponsor yang rajin anjurkan CGL ni... Syukur Alhamdulillah... Terima kasih diucapkan... Ada juga peluang dan jika ada rezeki, bertambah²lah syukur kepada Nya.. Insya’Allah, setakat ni mana² yang Ninie menang blog @ FB kalian akan Ninie masukkan dalam blog list Ninie di ‘DARLING NINIE WITH CGL’ sebagai memori terindah. Terima kasih...

Pengalaman duka tetap ada...

* Hadiah telahpun diposkan oleh penganjur mahupun sponsor, namun item tak diterima. Bukan salah mereka, tapi salah Ninie. Ada beberapa item yang Ninie ingat seperti fridge magnet, keychain dan juga shawl. Masa tu Ninie buat alamat rumah, selalunya item sampai, kita yang kena pergi ambil sendiri. Almaklumlah pedalaman cuma ada pos mini sahaja. Tapi, selalunya orang yang ambilkan untuk Ninie dan beri pada En. Hubby, Hubby bagi Ninie. Entah kenapa beberapa item tak sampai ditangan. Sedarpun sebab si penganjur/sponsor tanya balik semula siap bagi tracking number. Bila Ninie check, Jadi Ninie tahulah siapa yang ambil. Urm... Nak pergi minta tak sampai hati. Terfikir juga kenapa orang tu buat Ninie macam ni? Semoga Allah sahaja yang membalasnya. Sekarang ni letak alamat rumah MIL pula. Alhamdulillah... setakat ini tiada masalah lagi.-Mood sedih-

* Ada penganjur yang tak umum keputusan berbulan lamanya dan juga terus tak umum langsung! (setahun lebih). Sebab musababnya pula tidak diketahui... Ninie terus keluarkan dari listing jika dah lebih 6bulan. Dia main² la tu agaknya. Bagi Ninie, tak salahpun kalau bagitahu yang CGL tu dibatalkan. Janganlah buat macam ni. Ada juga yang abaikan terus blog lama dan buka blog baru. Sampai bila²pun tak akan umumkan pemenangnya.

* Ada hadiah yang sampai sudah Ninie tak dapat. Ha, yang ni betul² salah penganjur sebab alasannya dia terlalu busy dengan tugas²nya..mulanya sebulan, 3bulan, 6bln... last² setahun... Amboi busy nya lah kan. Ninie anggap ‘burn’ ajalah. Takkanlah melampau sangat tahap kesibukkannya. Nak pos barang kepada customer ada masa pulak! Alahai... Ini cerita tahun 2011.

Ada juga... yang anjurkan CGL, Ninie pun follow la satu² syarat²nya... Kemudian ada pula nota kaki berbunyi... jika penyertaan kurang dari jumlah XX maka secara automatiknya terbatal. Amboi...macam² ragam nak naikkan earning churp², nuffnang, @ apa² sahaja jenis iklan.

Sekarang langkah demi langkah bila Ninie join CGL ni...

1) Baca dulu semua syarat²nya... If hadiah menarik macam top up/ buku/ brooch/keychain etc selalunya Ninie join. Kalau hadiahnya macam header @ watermark @ riview... Sangat² jarang untuk Ninie join.

2) Pastikan semua syarat dipatuhi baru buat entry. Contohnya siap follow itu ini, klik itu ini, like itu ini dulu baru Ninie buatkan entry siap masukkan dalam bloglist dan bannernya sekali. Senang diri sendiri juga nanti.

3) Mesti ada buku catatan – tertulis tarikh tutup CGL dan nama blog penganjur (Senang nak cari nanti). Buku ini ditulis setelah semua entry dan komen diletakkan dalam blog penganjur. Dah tulis baru la join yang lain pula.

4) Hujung minggu selalunya Ninie akan semak balik buku catatan tadi dan terus ke blog penganjur nak tengok keputusan samada dah dikeluarkan atau belum dan jika dah diumumkan automatiklah akan cari nama/link Ninie juga ada rezeki di situ @ tidak.

5) Jika rezeki memihak, Alhamdulillah...selalunya ninie akan print screen dulu dan buatkan entry terima kasih sebelum redeem hadiahnya dari penganjur mahupun sponsor.

6) Ninie akan remove mana² link dan juga gambar yang nama pemenangnya dah diumumkan samada Ninie berjaya @ tak. Jika ada rezeki Ninie di sana, blog @ Link FB mereka akan Ninie masukkan dalam Blog list Ninie... Insya’Allah ianya kekal di situ selagi tidak ada masalah dengan blog Ninie tu...

Dunia alam maya ni macam² ada. Termasuklah jika anda rajin berusaha tentunya anda dapat ganjarannya. Ninie setakat ini hanya rajin menceburkan diri yang kecil² sahaja. Yang besar² nak kena fikir² segala bagai, Ninie masih belum tahap untuk kreatif lagi. Contohnya jika mahukan slogan. Ninie pastinya ‘angkat tangan’ awal² lagi nak memikirkankanya. Entry kreatif...pergh... pun tak pernah lulus weh... uwa... Ninie tak berbakat rupanya... Mungkin Ninie belum sampai ke tahap itu lagi. Insya’Allah, akan datang mana kita tahu kan?

Jika menang hadiah/ bertuah apa Ninie buat dengan hadiah tersebut?

Hahahaha setakat ni menang pun kecil² comel² je... setakat keychain, brooch, fridge magnet... apalah sangat jika nak dibandingkan orang lain yang menang RM ribu raban, melancong sana sini... Tak apalah dah itu rezeki Ninie kan? Ninie selalunya akan simpan sahaja hadiah² tu dalam satu kotak. Tak akan guna rasanya sebab sayang.. Kenangan tu.. Nak² pula jika ianya handmade. Anak nak pun tak kasi... Teruknya Mama... Tapi jika menang hadiah macam vitamin/supplemet... Ninie makan la sebab ada tarikh luputnya kan??? Giler apa nak biokan macam tu aja.

Cerita macam² lah Ninie ni... setakat yang ada sekarang pun cumalah :

Keychain

Brooch

Beg

Buku

Lain²

Gambarnya? Next entry ye... Anyway thanks a lot♥

Anda juga suka join segmen, giveaway,contes dan lucky draw? wink3x... dipersilakan tag Ninie ye... di.... http://darlingninie-cgl.blogspot.com/

6/7/13

Siapakah Kita Sebagai Ibu Bapa Melalui Anak

1.Jika anakmu BERBOHONG,itu kerana engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT.

2.Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI,itu kerana engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT

3.Jika anakmu KURANG BERBICARA,itu kerana engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA

4.Jika anakmu MENCURI,itu kerana engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.

5.Jika anakmu PENGECUT,itu kerana engkau selalu MEMBELANYA.

6.Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN,itu kerana engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.

7.Jika anakmu MARAH,itu kerana engkau KURANG MEMUJINYA.

8.Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, itu kerana engkau TIDAK BERBAGI DENGANNYA.

9.Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN,itu kerana engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.

10.Jika anakmu LEMAH,itu karena kerana SUKA MENGANCAMNYA.

11.Jika anakmu CEMBURU,itu kerana engkau MEMBELAKANGINYA.

12.Jika anakmu MENGANGGUMU,itu karena engkau KURANG MENCIUM& MEMELUKNYA

13.Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU,itu karena engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya.

14.Jika anakmu TERTUTUP,itu karena engkau TERLALU SIBUK.

6/4/13

Kembara 4X4 Lightcore Family Trip 2013 - Lubuk Berok, Sungai Lembing, Pahang

03.06.2013 Ahad

Jam 7.30pagi Mama mula mengejutkan Ayah dan Anak² tersayang. Mengikut perancangannya, hari ini nak ke Lubuk Berok, Sungai Lembing? Buat apa? Buat apa lagi... berkelah ler... Moh kite... Mama dah siapkan awal² lagi beg baju dan box yang mengandungi peralatan untuk perkelahan. Semua dah ada di atas roof box kereta dan tak bawa turun sejak sampai Kuantan. Semua anak² bangun dan diarah mandi. Ayah? Sedikit moody berikutan Ayah mudah je, mandi, pakai baju, gerak...urm.... sokmolah gitu....

Ambil gambar dulu apa² hal pun... kenangan tu...

Cerita selanjutnya>>sila KLIK SINI
@ http://darlingniniefamily.blogspot.com/2013/06/kembara-4x4-lightcore-family-trip-2013.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...