Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/31/12

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 55... MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

31.08.2012 (Jumaat)

Semoga negara ini bertambah lebih aman & makmur...


Nota Mama : Hubby busy dengan sambutan Merdeka di sekolah... Mama terkejut bila dengar bunyi bunga api dari rumah. Mengintai dari tirai kamar cuma... Nampaklah sayup² percikan bunga api dari rumah ni ha disertai sorakan dari pelajar² sekolah. Tapi yang pasti, anak² Mama sure happy!

8/30/12

'Birthday Girl'' 30an... Wink3

29.08.2012 (Rabu)
Thanks to Boss Pn. Rosnita Binti Hj Ja'afar dan semua staf Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang yang tak pernah lupa nak sambut birthday anak² buah/rakan² setiap bulan. Tahun ni makan kek dari Secret Recipe pula...(Sambutan hari lahir bulan Ogos & Sept)









Email dari NC... Thanks a lot. Inisiatif yang teramat bagus dari seorang ketua kepada anak buahnya.... bermula dari tahun lepas....

8/29/12

Terima Kasih Buat Rakan Alam Maya Ku...


Darling Ninie Shoppe (NINIEshop2u)



Antara kita ada yang langsung tak kenal, apatah lagi berurusan... Ada yang pernah berbual (chat/pm) ada juga langsung tak pernah... Namun ada kalanya... sikap prihatin membuatkan masing² kian dekat antara satu sama lain walaupun hanya di muka buku sahaja...

Terima kasih diucapkan kepada anda saudara/saudari yang sudi meluangkan masa untuk menaip ucapan buat Ninie.... Thanks a lot... Semoga antara kita kian dekat antara satu sama lain..
Nota Mama : Walaupun tak rajin komen/update status hakikatnya hari² Ninie buka Facebook tu... (silent reader)

Usiaku Sudah Menjangkau 30an

29.08.2012 (Rabu) : 11 Syawal 1433H


Doaku
Ya Allah, Ya Tuhanku...
Berikanlah petunjuk & hidayah Mu kepada diri ini tidak terputus walau sedikitpun agar Aku tidak hanyut dalam dunia yang penuh rintangan dan dugaan... Jauhilah aku dari perkara² yang dilarang oleh Mu Ya Allah... Dekatlah hatiku, diriku, perjalanan hidupku ke arah setiap kebaikan di dunia ini yang mana dapat membantuku di akhirat kelak.

Berikanlah Aku kekuatan dan tidak sesekali rebah mahupun berputus asa dalam menghadapi setiap dugaan/ujian yang kau berikan. Berikanlah Aku sifat kesabaran yang tinggi, pemikiran yang panjang, senantiasa mengingati Mu setiap waktu, dalam menjadi seorang anak, ibu, suami, rakan @ kata lainnya sebagai khalifah di bumimu ini... Limpahkan rezeki Mu terhadap diri ini dan janganlah Kau lalaikan Aku dengan segala nikmat yang telah Kau berikan kepada diri ini. Amin....

Thanks My Beloved Husband sebab wish hari ni... Alhamdulillah... tahun ini ulang tahun kelahiran Darling diingati... (selalunya lupa sebab busy)... LOVE YOU DEEP, DEEP MOHAMAD ADLI....


Hadiah? Cukuplah insan² tersayang ♥ masih berada di sisi ini. Suami tercinta MOHAMAD ADLI BIN ABDUL GHANI , anak² ( MUHAMMAD IHSAN, KHALISAH BATRISYIA, KHAIRINA BASIRAH & AQILAH QISTINA) yang sungguh bernilai... Tiada galang gantinya... Penyeri, suka, duka & tawa buat diri ini... Kalianlah duri dan kalian jugalah penawar... Sayang kalian sangat....
Nota Mama : Bersyukur masih ada didunia ini bersama² insan tersayang...


8/26/12

Pusing² di Pekan Bandar Di Raja, Pahang

Aktiviti kami sekeluarga selepas pulang dari menziarahi kubur di Kg. Ganchong, Pekan, Pahang.... Hubby bawa kami sekeluarga pusing²/jalan² di Bandar Pekan, Pahang.

Walaupun sekadar bergambar, tapi seronok bila melihat anak² juga seronok... Sekitar gambar kami sekeluarga di sini... :

-Di hadapan Istana Abu Bakar-






Kesemua gambar di atas tidak terdapat gambar Adik disebabkan Adik sedang tidur di bonet kereta...

Gambar yang di bawah ini pula semasa pada mulanya kami sekeluarga yang teragak² untuk bergambar dengan keretapi yang dapat dilihat dari jalan raya. Berhenti sahaja di pintu pagar, pintu pagar hanya terbuka 1/4 sahaja. Mula² suruh si Twin Mama pergi dahulu, manalah tahu kan... kut² ada yang menjaganya dan marah jika kami masuk untuk bergambar. Dicari² papan tanda dilarang masuk, tiada pun... walaupun dalam teragak², kami masuk juga. Adik yang masih tidur juga dikejutkan. Karang mengamuk pula si kecil tu bila lihat gambarnya tak ada. Muka si Adik bukan main ceria bila melihat keretapi.

Pada asalnya hanya keluarga kami sahaja yang bergambar di sini. Tak lama kemudian beberapa keluarga lain yang mungkin juga mengambil kesempatan bersiar² di Bandar Pekan ini turut serta mengambil gambar di keretapi ini.










Ada tragedi pada gambar dibawah ini. Oleh kerana hari ini Along terlalu excited, ditegur pun sibuk nak meneroka itu ini di keretapi, masa bergambar di sini, kepala Along terhantuk pada no plate keretapi tersebut. Kurang berhati²... Benjolnya bukan main besar... Cuma tak berdarah sahaja. Kesian Along... Lain kali... beringat ye sayang...

Ha... Gambar yang kat bawah ni pula Hubby pusing semula ke tempat yang sama disebabkan Kakak² menceritakan kepada Adik yang mereka bergambar di sana tadi, sedangkan Adik masih tidur. Merengeklah si Adik... Hubby pusing semula sebab nak melayan karenah si Adik bergambar la...


Ok, selesai sudah di sini, kemana pula? Jom ke Muzium Pekan... Tapi Muziumnya masih tutup ye... Seladar bergambar di perkarangan luar Muzium sahaja.. Layan..












Dah puas bergambar. Kami bergerak pulang ke Kuantan. Dalam perjalanan, Hubby berhenti di persisiran pantai kejap... Pantai apa pun tak tahulah... tapi sepanjang² Pantai Sepat rasanya....




Nota Mama : Seronok... Tapi penatnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...