Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.
Showing posts with label DarlingNinie Family. Show all posts
Showing posts with label DarlingNinie Family. Show all posts

8/11/13

Aidilfitri 1434H @ 2013 Kami...

08.08.2013 Khamis (01 Syawal 1434H) 

Update later... 




Lagi Cerita & Gambar sila klik >>SINI<<

7/8/13

Ekspedisi Lepar Utara-Jerangkang-Berakit

06.07.2013 Sabtu 

Hujung minggu ini aktiviti kami sebelum bermulanya Ramadhan pada minggu hadapan... Ekspedisi Lepar Utar -> Jerangkang -> Berakit....


Seperti biasa, mesti ada gambar kami berdua yea.....

Cerita selanjutnya sila rujuk SINI >>> http://darlingniniefamily.blogspot.com/2013/07/ekspedisi-lepar-utara-jerangkang-berakit.html

4/8/13

Santai Di Sungai Hakim, Lepar Utara

07.04.2013 Ahad

Tiba² En. hubby yang kelihatannya macam dilanda kebosanan mengajak kami semua masuk hutan... saja jenjalan dan kalau air sungai ok, boleh mandi terus. Si anak² bertuah apa lagi... melompat suka ria lah... Jam 5.00ptg, lepas Asar baru gerak.. Lagipun tak jauh...

Lokasi : Sungai Hakim, Lepar Utara...
Layan gambar...



Anak² tak kira dah... bagi green light boleh mandi..cepat je...



Mama, tak mau mandi ah...air tak berapa nak cantik... siap bawa guntig dan zip lagi...

Ha... Si Ayahnya..pun tak mandi... cuma nak test kereta je...



11/13/12

Ekspedisi Ke Jerangkang Waterfall, Maran, Pahang (Part 2)

11.11.2012 (Ahad) 
Sambungan...

Pemilik² Kereta Kembara..... Bergambar sebelum bergerak pulang...

Ha yang gambar dibawah ni kata orang melepaskan gian. Ada jambatan tapi nak redah sungai juga... Ninie dah elok² salin baju yang basah ke baju yang kering jadi seluar pula yang basah. Mana taknya... turun ke dalam sungai semata² nak ambil gambar kereta mereka ni. Sekali sekala tergelincir disebabkan batu yang licin. mujur tak jatuh.... Sungai dipenuhi batu...






Dah siap meredah sungai....



Ini kali kedua dalam meredah sungai.... Sungai berpasir pula...

Kereta Najib

Kereta Abe Shukrie

Kereta My Beloved Husband...


Amboi My Hubby...Seronoknya ye....


Garmin yang menjadi peneman setia....

Bertemu sebelum berpecah ke destinasi masing². Home Sweet Home

Sempat lagi patah balik semata² nak bergambar di papan tanda. Hutan Lipur Jerangkang. Tapi perkataan Hutan dilitupi pokok liar.

Seronok tapi penat! sampai rumah terus a...bum... tido... termasuklah en. suami... tidur tak ingat² disebabkan letih.

11/12/12

Ekspedisi Ke Jerangkang Waterfall, Maran, Pahang (Part 1)

11.11.2012 (Ahad)

Bangun pagi, pergi Jeti di Tanjung Api untuk mencari ikan segar... Kali ni beli 4kg... Hari ini perancangannya ekspedisi ke Jerangkang Waterfall, Maran, Pahang bersama ahli Kelab Kembara Pantai Timur... Jam 10.00pagi, bertolak dari rumah MIL... Kami sampai di kawasan selekoh Hutan Lipur Jerangkang lebih kurang jam 11.00pagi. Berhenti minum di Restoran/Gerai Syafiqah sebentar sambil bertanyakan laluan pada pekedai. Alhamdulillah... mesra orangnya...

Perjalanan kami diteruskan pada jam 11.25pagi dan tiba di destinasi pada jam 12.15tghari... dan sewaktu kami sampai, hujan mulai turun. Aduhai... Hajat nak menapak ke atas menuju ke kawasan air terjun yang dikatakan cantik serta bertingkat dimatikan sahaja memandangkan tak sesuai rasanya bersama anak² kecil ni. Mungkin lain kali.Kami ambil port di baahagian bawah sahaja yang mana terdapat dewan makan, dewan memasak dan beberapa Gazebo serta tandas disini. Layan gambar :

Si Kakak yang demam. OTW tadi dah suap ubat siap². Masa sampai, badan Kakak dah mula sejuk balik... Nampak je sungai... Lagi bertambah² sihat dia... Amboi... Hilang demam ye Kakak.....

Di sini ada Gazebo, Ada tempat untuk makan, tempat memasak, tandas dll (Dll tu sebab sekali lihat keliling kelihatannya macam² ada. Tapi kurang pasti sebab Ninie tak pergi ronda satu kawasan ni.) Kelihatannya amat sesuai jika nak berkhemah sekali pun. Ha, gambar kat bawah ni tempat untuk memasak. Siap ada tempat nak membakar lagi... Tapi arang dan jaring besi @ BRC jangan lupa bawa ye...


Sebenarnya gambar kat bawah ni kawasan tempat makan. Tapi Najib & wifenya Aida memasak di sini memandangkan kawasan ni bersih sikit berbanding tempat memasak. Aida memasak menggunakan 'portable gas'. Makan tengahari kami hari ini : Nasi putih + sardin + telur goreng + ikan bakar (cicah air asam/sambal kicap)

Hubby melayan anak² bertuah mandi sungai. Tak sabar² nak mandi siap menggigil² kesejukan. Airnya tak usah nak cakaplah. Kompem sejuk! Kami mandi di bahagian bawah ini sahaja yang mana kawasannya landai dan berpasir cukup sesuai buat anak². Cuma senantiasa berpesan jangan bermain di kawasan air terjun itu sahaja.






Sebab dah menggigil, si gegurl membuat istana pasir pula. Sesekali anak² girl bertuah ni naik ke atas berjemur dengan cahaya matahari untuk hilangkan rasa sejuk.





Lepas makan, Mama pun turun sekali berendam...Aduhai, sejuk giler air. Macamanalah anak² bertuah ni boleh bertahan. mama baru masuk 5minit pun dah menggigil kesejukan.

Along yang rajin melayan adik²nya mandi sungai...



Dah puas mandi, naik salin baju... Ambil gambar kenang²an dahulu.... Adik nampak Mama capai kamera terus dikejarnya nak bergambar juga....




Both of us....

Bersambung....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...