Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

9/10/13

Doa & Petua Untuk Sakit Gigi

1. Baca surah Al Fatihah
2. Baca Doa dibawah sebanyak 7kali

Diriwayatkan oleh Al-Bayhaqiy menyatakan bahawa Abdullah bin Rawahah telah mengadu sakit geraham kepada Rasulullah SAW. Baginda meletakkan tangan kanannya ke atas dagunya di mana terdapat geraham yang sakit tadi lalu membaca doa berikut tujuh kali:


***************************************************************** 

Selain itu boleh juga mencuba dengan ayat ini (Surah Al Mulk Ayat 23) :


Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". 

1. Letakkan jari anda pada gigi yang sakit dan bacalah surah al-mulk ayat 23 ini secara berulang kali. Tawakal kepada Allah semoga gigi cepat sembuh.

2. Letakkan jari anda di bahagian gigi yang sakit, bahagian luar seperti dipipi dan urut berlawan arah jam. Baca surah al-mulk ayat 23 di atas sebanyak yang boleh.

3. Boleh juga letakkan bawang putih dan baca surah al mulk ayat 23 diatas.

*******************************************************************

Ad-daruqutni pula meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabada, maksudnya: “Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-an’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allah s.w.t.”

Surah Al-An'am ayat 98 :



Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).

************************************************************

Sakit gigi merupakan sakit paling menyeksakan, nak tidur pun tak lena, makan pun tak selera. Apatah lagi dengar bunyi bising pun rasa nak mengamuk je... Anak² bermain riuh rendah pun rasa nak marah je... Ninie selalunya standby minyak panas, sapukan pada pipi dan leher...

PETUA BAGI MENGHILANGKAN SAKIT GIGI

1. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

3. Gunakan minyak cengkih. Letakkan sedikit minyak cengkih ke atas kapas dan letakkan di dalam gigi yang berlubang.

4. Garam mengandungi zat sodium yang boleh membasmi bakteria pada gigi. Campurkan sedikit garam dalam segelas air suam dan kumur-kumur dengan air tersebut.

5. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

6. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

7. Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

8. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

9. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

10. Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

* Jika sakit masih melarat, sila berjumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.

2 comments:

Dr Akbar Abdullah said...


Info yang menarik mengenai petua rawatan sakit gigi dengan menggunakan kaedah Islam. Sebaik-baiknya kesihatan gigi kita dijaga dengan baik bagi mengelak berlakunya gejala ini.

said sobrie said...

seksa sakit gg nie.. dh cabut 4 btg, de ag sakit kt tmpt lain.. adui......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...