Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

5/27/11

"Saya Tak Tahu Baca Al-Quran"

27/05/2011-Jumaat


Pra Halaqah Pelajar Baru, UiTM Cawangan Pahang

Sudah menjadi kebiasaanya every semester bila pelajar baru masuk di UiTM Caw. Pahang, Salah satu program yang disertakan di minggu orientasi pelajar baru adalah Pra Halaqah.

Tujuan Pra Halaqah ini diadakan adalah untuk mengenalpasti mana-mana pelajar yang perlu dibimbing dari segi pengetahuannya mengenai Islam. Soalan yang wajib dikemukakan kepada pelajar2 ini adalah :

Lafazkan Syahadah beserta maknanya sekali
Baca Al-Fatihah dengan tajwid yang betul
Baca mana-mana surah dalam Al-Quran

Jika salah satu daripada soalan di atas gagal dijawab, maka keputusannya adalah GAGAL bagi pelajar tersebut. Pelajar yang gagal akan dikumpulkan menjadi satu kelas untuk sama-sama belajar tentang Islam dengan jelas. Insya Allah... mudah2an mereka menjadi lebih baik dari sekarang.

Jika ketiga2 soalan wajib diatas dapat dijawab / dibaca dengan lancar, maka pelajar tersebut Lulus. Kemudian diikuti dengan 2 soalan pilihan Fasilitator untuk dijawab oleh pelajar tersebut.Fasilitator juga boleh mengemukakan soalan sendiri yang mana tiada dalam senarai soalan yang diberikan. Antara senarai soalan yang diberi :

Berikan batas aurat lelaki/perempuan
Solat fardu ada berapa? lafazkan salah satu niat dari solat tersebut
Berapakah rukun solat? Sebutkan satu persatu
Berikan tiga perkara yang membatalkan Solat
Mengapakah kita perlu mandi wajib dan lafazkan niatnya
Baca Tahiyat Awal/Akhir
Apakah rukun fi'il (perbuatan) dalam Solat?

Mengapa Ninie ceritakan tentang Pra Halaqah ini?

Salah satunya, pertama kali Ninie mencubakan diri untuk terlibat dalam Pra Halaqah ini sebagai Fasilitator disertai oleh rakan-rakan yang lain. Kiranya pengalaman pertama lah ni.

Alhamdulillah bagi mana-mana pelajar yang dapat menjawab / membaca Ql-Quran dengan jayanya. Tapi yang Ninie nak sampaikan di sini, terasa begitu sayu dan sedihnya hati ini bilamana ada di antara pelajar-pelajar ini yang belum pun lagi di soal sudah berkata "SAYA TAK PANDAI MEMBACA AL-QURAN. DULU2 MASA KECIL PANDAILAH. SEKARANG DAH TAK TAHU DAH". Alahai Dik...

Bila disuruh cuba try test sepotong ayat je pun memang confirm out. Bertambah sedih lagi, pelajar-pelajar tersebut adalah seorang perempuan yang bakal menjadi Ibu suatu hari nanti. Memang agak terpampam Ninie tatkala itu memikirkan situasi ini. Ada juga yang bercerita, masa exam di sekolah, dia mendapat A dalam subjek Pendidikan Islam. Bila ditanya bagaimana? Bila hafazan, dia akan mendengarnya secara perlahan-lahan dan translate kan dalam tulisan rumi. Tulisan jawipun dia memang angkat kaki awal-awal."Saya memang tak tahu baca kecuali ada tulisan rumi dibawahnya". Bayangkanlah mereka ini suatu hari nanti bakal menjadi seorang Ibu. Bagaimana dengan anak2 mereka kelak?

Mengingatkan kepada diri sendiri... Ninie juga mempunyai anak. Bukan seorang tapi kini sudahpun 4orang. Bagaimanakah keadaan mereka kelak? Mohon Allah permudahkan segala-galanya... Sedari kecil Ibu Bapa mendidik anak-anak dengan didikan agama. Apakah salah Ibu Bapa @ anak itu sendiri bila perkara ini terjadi? Anak2 diawal usia 18tahun sudah tidak tahu membaca tulisan jawi apatah lagi Al-Quran walaupun hakikatnya mereka telah diajar sejak awal bangku persekolahan lagi. Mungkinkah ini terjadi lantaran sikap yang langsung tak mahu mencuba / mengamalkannya @ kurangnya perhatian dari Ibu Bapa....

Begitu jugalah berbagai jawapan yang diberikan oleh para pelajar ini bila soalan lain diajukan. Agak pening juga mendengarkan jawapan2 tersebut dan tidak kurangnya juga yang membuatkan kita tersenyum simpul. Perkara2 wajib yang selalu dibuat dalam kehidupan seharian (SOLAT) pun kadangkala kita tak mampu untuk menjawabnya. Bila ditanya "Awak SOLAT?". Dengan yakin "SAYA SOLAT"...

Ya Allah Ya Tuhan ku.... semoga mereka2 ini KAU bukakan pintu hatinya untuk menimba dan mengamalkan ilmu Mu Ya Allah....

Nota Mama Comel : Semoga ini dapat dijadikan pedoman dalam mendidik anak-anak tersayang. Insya'Allah

3 comments:

ieja amieja said...

salam..

alangkah malunyer sbg umat islam langsung x tahu nak baca jawi, apatah lg baca Quran..
zaman skrang mcm2 kemudahan ada..hdk seribu daya ..semoga mereka mendapat petunjuk dariNYA..

Darling Ninie @ Mama Comel said...

@ieja amieja
Anak² muda zaman sekarang... Betul tu, jika ada kemahuan mesti ada jalan. Begitu juga sebaliknya, jika tak nak, asyik berdalih ajalah jawabnya...

faizul badri said...

Salam...
Bagi mereka yg ingin belajar Al Quran dengan mudah, bleh try pakej inspirasi qurani. Mudah belajar, efektif....insyaAllah berjaya nanti....
http://www.muslimchoices.com/?p=inspirasi_qurani&s

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...