Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

1/27/12

Tahniah! Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang (Juara Keseluruhan Hari Inovasi 2011)




pada 12 Januari 2012, UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan Hari Kemuncak Bulan Inovasi 2011. Bulan Kualiti kali ini adalah di bawah penganjuran Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Ceramah dan Forum, Gotong Royong Perdana 5S & Program Kitar Semula, 'Amazing Innovation Race' (A.I.R), Anugerah Kualiti Rektor (AKUR), Pertandingan Sukan Tradisional dan Pertandingan Kualiti Jabatan.

Bagi Pertandingan Kualiti Jabatan, Perpustakaan Al-Bukhari telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Pertandingan Kualiti Jabatan. Senarai pencapaian adalah seperti berikut:-

1. Johan - Pertandingan Piagam Pelanggan
2. Johan - Pertandingan Pengurusan Kaunter Terbaik
3. Johan - Pertandingan 5S Kategori Pejabat
4. Johan - Pertandingan Pengurusan Fail (Yang ini bahagian Ninie) -Alhamdulillah....

Selain itu, bilik pejabat Pn. Rosnita bt. Ja'afar, Timbalan Ketua Pustakawan telah turut memenangi Naib Johan Pertandingan Bilik Ceria untuk kategori Staf Pentadbiran. Staf perpustakaan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 ialah Pn. Siti Rozana bt. Mat Sanat, Pustakawan dan En. Mohd Sahrin b. Husin – Pembantu Perpustakaan Tingkatan Kanan.

Tahniah dan syabas di ucapkan semoga dengan kemenangan ini akan meningkatkan motivasi dan semangat semua staf perpustakaan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh pelanggan perpustakaan.
Nota Mama Comel : Alhamdulillah.... Hasil usaha gigih dan kerjasama rakan-rakan semua....

1/25/12

Mama Dengan Salah Seorang Juara Maharaja Lawak Mega 2011


Tahniah buat pelawak otai Malaysia Kumpulan OsBon yang telah menjadi juara dalam program Maharaja Lawak Mega 2011 setelah berentap dengan 3 kump lainnya (Boboi, Saehu & Syok) pada 30/12/2011 (Jumaat).

Actually memang x kering gusi dibuatnya dengan lawak mereka berdua ni... Tahniah.... Ninie ada pic dengan Abon aja... Os takde... kebetulan je sebab Abon membawa salah seorang anaknya melapor diri di UiTM Caw. Pahang.... Alhamdulillah... orangnya so friendly....

Keputusan Maharaja Lawak Mega 2011

Tempat Pertama : Osbon (RM350,000 + Trofi Maharaja Lawak Mega 2011)
Tempat Ke-2 : Boboi (RM250,000 + Trofi Maharaja Lawak Mega 2011)
Tempat Ke-3 : Saehu (RM150,000 + Trofi Maharaja Lawak Mega 2011)
Tempat Ke-4 : Syok (RM50,000 + Trofi Maharaja Lawak Mega 2011)



Nota Mama : Satu²nya gambar Mama with artis. Ahaks... (^_^)

1/19/12

Sedarkah Kita???


» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Fikir²lah

1/1/12

Semoga Tahun 2012 Membawa Sinar Yang Lebih Bercahaya...

Alhamdulillah..... kita telahpun menghadapi tahun 2011 dengan pelbagai dugaan, cabaran, kedukaan, kegembiraan dan sebagainya samada kita sedari ataupun tidak. Alhamdulillah juga di panjatkan kepadaNya kerana DIA kita masih lagi bernafas di muka buminya ini...juga kerana DIA Mama masih bersama anak² manja dan family tersayang serta Hubby tercinta.... Dengan berakhirnya tahun 2011 dan masuknya tahun 2012, maka makin bertambah umur kita ini... semoga amalan dan takwa juga iman kita kepadaNya kian bertambah dari tahun sebelumnya... Insya'Allah.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...