Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/29/12

Mesin Jahit Lama Yang Banyak Berjasa



Lihat gambar mesin jahit di atas. Siapa yang pernah guna mesin jahit ni? Mesin jahit ni selalunya Ibu²/ Mak² kita dahulu kebanyakkannya guna inilah kan?...

Mesin jahit ni Mak Ninie yang bagi sebelum Ninie beli mesin jahit sekarang ni. Mesin jahit ni banyak sangat berjasa pada Mak. Sumber rezeki buat keluarga kecil kami. Keluarga Ninie ada 5 orang je... Dari kecil lagi baju kami semuanya dijahit oleh Mak. Tak ada yang hantar ke kedai² ni untuk tempah baju kurung bagai bila tiba hari raya. Semua Mak jahitkan guna mesin jahit hitam ni la. Sekarang Mak dah ada mesin jahit baru. Tetapi bukanlah jenis yang boleh sulam bagai. Jenis biasa je. Boleh lah jahit² lubang butang tu... Tak payah dah guna jahit tangan. Mesin jahit tepi pun Mak dah ada. Ayah la yang rajin tolong Mak sekarang.

Cerita Mak, mak tak pernah diajar oleh sesiapapun pasal nak jahit baju segala bagai. Seingat Ninie, rumah arwah Embah pun tak ada mesin jahit. Tapi arwah Embah dulu pandai menganyam tikar dari daun mengkuang sebagai salah satu sumber rezeki. Asalnya Mak hanya telek² baju dan buka semula baju untuk dijadikan contoh sebagai permulaannya. Mak kata, kalau nak diingatkan kisah dulu, nak tergelak pun ada. Baju pertama yang Mak jahit senget benget. Tapi tak apalah, baju sendiri.

Mak jahit baju tak ada pola bagai... Pembaris yang menjadi kemestian ada pada setiap tukang jahit berbentuk 'L' tu pun sampai sekarang Mak tak pandai nak guna. Mak nak kena bagi baju yang dah siap sebagai ukuran/ contoh sampai sekarangpun masih macam tu. Kalau nak kecil/besarkan cuma beritahu je berapa inci, pandailah Mak nanti.

Mak juga cerita, Mak mula ambil tempahan dulu sebab ada seorang ahli blok (Ninie duk FELDA, anak Peneroka) tahu Mak boleh menjahit dan tak tahu nak hantar baju kat mana² tukang jahit pada masa tu. Almaklumlah... tak ramai yang pandai menjahit pada waktu dulu dan jika pandaipun tak diwar²kan. Mak kata puas Mak tolak, tapi rakan tersebut suruh juga Mak buatkan. Mak tetap kata tak pandai, kalau suruh juga, senget benget nanti baru tahu. Rakan Mak tak kira, tinggalkan kain kat Mak suruh buatkan juga. Hasilnya Mak cakap, memang senget benget pun. Tergelak masa Mak cerita tu. Tapi sikit² Mak belajar, Alhamdulillah... tempahan datang menyinggah. Mak ambil atas kemampuan Mak sahaja. Cukuplah untuk tolong Ayah dan kelurga keluarga kecil kami.

Mak juga rajin melayan Ninie. Kalau raya selalu suruh Mak buatkan baju fesyen². Tak mahu baju kurung. Siap lukis lagi bagi kat Mak suruh buatkan. Mak pula, walaupun cakap taknak... Tahu² bajunya dah siap pun. Teringat lagi, pernah satu hari tu tengok berita di TV3, pembaca berita kan selalu pakai baju yang kot tu... wah cantiknya kata hati. Kemudian suruh Mak buatkan. Mak kata tak reti, tapi layankan juga anaknya ni. Ingat lagi Mak buatkan warna coklat. Gembiranya bukan kepalang... Terima kasih Mak! Mak juga rajin buatkan baju untuk Ninie sebagai 'eksperimen' bila keluar je fesyen baru. Contohnya macam kebarung yang pernah popular dahulu. Untungnya Ninie lah kan?

Ninie pula, masa kecil dulu selalu curi² guna mesin jahit Mak. Tak pandai, tapi tetap nak mencuba. Akibatnya, selalu benang bergumpal² kat bawah bobbin dan selalu juga jarum mesin jahit Mak patah. Mujur Mak tak marah sangat. Membebel² kecil tu biasalah...

Perca² kain Mak, selalu Ninie ambil buat main dan pernah juga jahit buat riben. Agaknya menurun bakat Mak pada Ninie. Ninie juga pernah bantu Mak dengan buat tulang belut di leher (Dulu pandai, sekarang tak pandai dah. Sekarang pandai buat mata lalat je), jahit sembat baju dan Mak selalu bagi upah. Seronoknya bukan main lagi.

Tapi.... Sampai sekarang pun Ninie tak pandai nak jahit baju. Apatah lagi nak potong kain nak dijadikan baju.Aduhai... Tahu jahit kain batik, sarung bantal je. Maksudnya, jahit lurus je. Kalau disuruh jahit kat leher tu pun belum tentu pandai. Niat dalam hati nak belajar, lepas untuk baju sendiri dan anak²pun jadilah. Tapi faktor kekangan masa tu la sekarang ni. Lebih² lagi bila dah bekerja jauh ni.

Sekarang mesin jahit hitam ni ada di rumah Ninie. Mak bagi untuk jahit² lurus baju²/seluar² yang terkoyak. Lebih² lagi seluar si Along yang selalu koyak kat celah kangkang. Sekarang mesin jahit ni rosak, niat nak hantar ke kedai tapi tak terhantar²pun lagi sebab dah ada mesin baru. Tambahan pula bila pergi kedai tanya, dia kata sekarang ni banyak sangat mesin nak kena baiki. Mungkin lepas raya baru boleh. So 'hold' dululah. Rosaknya,bila kita nak jahit tu kainnya tak bergerak. Lagi pula amat berguna bila elektrik tak ada kan, kan, kan.... Bak kata pepatah... Ada yang baru... yang lama jangan dilupakan...
Nota Mama : Biarpun lama, tapi amat² berjasa dan masih berguna.

1 comments:

Qhaifa Nur said...

suka mesin jahit peten ni, senang....
kat umah ada cuma tukar letrik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...