Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

2/28/11

Aduhai.... Darah Tinggi La Pulak....


Malam tadi confirm x boleh nak tido waaaa.... Gara2 batuk yang x henti2. Semput nafas Mama dibuatnya. Every one hour mesti terjaga disebabkan batuk yang x tertahan2. Hingga sekarang pun nafas dok tercungap2 (ala2 semput) menahan dari batuk. Bila batuk tangkap urat perut dibuatnya. Sakitnya dada x usah nak cakaplah... aduhai.

Actually, dari Khamis malam lagi badan dah rasa x berapa selesa. Sakit tekak. Asyik kulum Strepsil aja... Jumaat rasa seram sejuk diikuti selesema. Sabtu dah start batuk sikit2. Semalam Ahad lepas tolong sikit2 kat rumah mak (rumah mak ada buat bacaan yasin untuk kaum hawa) Malam tadi batuk bagai nak gila dibuatnya.... Sakitnya dada dengan perut nih... Every one hour mesti terjaga punya. Sah le x cukup tidur dibuatnya. Nak minum ubat, ubat batuk pulak xde. Panadol & selesema je yang ada.

Bangun pagi ni macam biasa. Tapi kira lewat sikit jugalah... lebih kurang 6.00pg 'iron' baju Hubby & Ihsan.Hantar anak2 ke rumah mak, patah balik semula ke rumah. Memang badan x larat sesangat. Kepala rasa sakit je. Camne nak drive ke tempat kerja yang ambil masa 1jam nak sampai. Aduhai... Kalau sekangkang kera, senang je Mama redah xpun minta Hubby hanto. Wink3...

Masuk je rumah memang x ingat apa dah terus capai bantal layan tido... tapi x lama gak, pukul 9.30pg terjaga disebabkan batuk. Aduhai, nak kena pergi Klinik gak le nampak gayanya. Siap2 lebih kurang, terus ke Poliklinik, check up sikit2, Pergh... Pembantu Perubatan tu leh cakap.. "Kak, Kawal makan ye, ada tanda2 darah tinggi ni". Ayoyo... darah tinggi pulak dah... tua sangat dah ke aku ni.Huhuhu... Kepala tengah sakit lagi. Mama angguk je tanda faham walaupun masih x percaya lagi... Banyak benda la yang Mama x leh nak makan lepas ni... kita mamam sup tawar je la erk. Xpe2 nanti Mama puasa (iye le tu.hik3)

Then, dapatlah MC sehari dengan bekalan ubat2an untuk dibawa pulang ke rumah. Sampai kat rumah, dok telek2 apa la yang si PP ni tulis. x faham langsung! Tulisan doktor macam cakar ayam. sikit habuk pun x faham... apa2lah, sampai rumah telan ubat sambung tido... Harap2 esok sihat nak masuk office... nanti banyak pulak kerja yang tertangguh. Sape yang susah? Mama jugak yang sibuk... Huwaaaa x mau, x mau...


Apalah yang ditulis agaknya... X faham, X faham...


2/22/11

Mungkinkah Ada Hikmah Di Sebaliknya... (Entry Sedih... Sob²)

Allahhu Akbar...
Ya' Allahhu Ya Rabbi...

Semenjak tahu result dah keluar untuk jawatan PPM yang di mohon dan telahpun di temuduga pada 21/01/2011 (Khamis) yang lalu... Bermula 02/02/11... Boleh dikatakan hampir setiap hari laman web SPP itu di klik hinggalah hari ini (22/02/2011 - Selasa) ... Result untuk Negeri Pahang telahpun keluar...

Dengan lafaz Bismillah Ninie pun KLIK link tersebut step by step...
Dan inilah Resultnya :

Ye... GAGAL....
Bagai nak rak Ninie duk menjawab soalan si penemuduga...
Mungkin masih belum rezeki Ninie agaknya...
Takpe² Ninie apply lagi... lagi... dan lagi...
Semoga rezeki itu ada walaupun x tahu bila bakal menyusul tiba...

Akan tetapi mengalir juga air mata di pipi ku yang kian chubby ni.... Hati masih belum dapat menerima apa yang terpapar. Tapi keputusan dah pun keluar x kan nak frust nonggeng lak... Ada masanya air mata duk bertakung kat mata walaupun x nangis sebab macam x percaya je dengan ayat GAGAL tu... hu²

Alhamdulillah.... Hanya tuhan yang tahu....

Nota Mama Comel : Erm, Nampaknya kena berulang lagilah sepanjang (+-) 70km sehala pergi dan balik...hanya ke tempat kerja...

50 Langkah Menjadi Suami Mithali


Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
Para isteri pun boleh baca

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.


10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bukan mudah memegang tanggungjawab sebagai KETUA RUMAHTANGGA..
Begitu jugalah bukan mudah menjadi seowang isteri yg solehah..
Semuanya titik tolak dari diri sendiri..
Kesedaran dari kedua belah pihak..
Semoga Allah swt memberi yg terbaik dalam kehidupan kita..
Insya'allah!!!!!!!!!!!!
Sama2lah kita berdoa..


Kredit to :
1) Ibu Aqil
2) Soleh.Net

2/20/11

Haddad Alwi Ft. Farhan : Ibu



IBU
Album :
Munsyid : HADDAD ALWI Feat FARHAN

Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Pengorbananmu sungguh sangat berarti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar

Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Apa Perasaan Anda!


Apa perasaan anda ye jika :

Tiap2 minggu @ tiap2 hari ada yang menegur / menyoal :

Awak ni makin bulat lah
Awak ni makin debab lah
Awak ni makin besar / gemuklah
Awak ni makin berisi
Berat badan awak sekarang ni berapa
Tudung awak tak kena/match dengan baju
Pakaian awak sendat la
Bumper awak makin besar
Pipi awak dah debab, bulat
Style awak makin hari macam orang tua
Muka awak ni nampak sememeh / comot je. Nape tak make-up
Awak ni asyik2 makan aja
Aik makan lagi
Cuba make-up sikit
Beg tangan / dompet tu nak koyak dah (suruh tukar baru le tu)

Aduhai... Jika sekali dua boleh terima... Jika seminggu 2@3 kali? Darab lak dengan 4 minggu sebulan... Itu belum dikira jika tiap2 hari ditegur sedemikian rupa... Nak lak orang yang menegur tu orang yang sama @ orang yang lain dan juga tetap orang yang sama tetapi berlainan harinya...


Ada masa stress sangat2. Naik bosan pun ada. Why you all cakna sangat pasal I ni hari2. Dah xde kije ke? Atau you all yang menegur tu nak suruh I ni puji you balik? Maaf la ye... Ninie selalu puji dalam hati je if nampak cantik kat pandangan mata ni. Kalau sesaja nak tegur amik hati memang bukan sifat Ninie. Memang ada diantara you all yang menegur Ninie ni makin slim, bergaya, cantik, hari2 make up @ touch up balik semula, gaya makin 'wow' dengan kasut tumit tingginya, beg tangan yang selalu duk bertukar2, tudung match dengan baju, baju pun cantik @ update a.k.a mahal, aksesori banyak kat tangan, makin tampan/ hensem/ smart.

Salah ke Ninie bila makin DEBAB/ GEMUK/ BERISI/ COMEL (Istilah Ninie) ?
* My Dear Hubby bila ditanya. "Abang tengok ok je..."

Urm... To you all yang dok rajin menegur tu...
Berat badan Ninie naik dalam 2tahun ni dah hampir (+/-) 12kg (sila ambil perhatian ye) - Dari 48kg/50kg ke 60kg sekarang ni.

Akan tetapi, baju2 kurung yang masa Ninie berumur 17 tahun masih lagi muat dipakai. If yang x berapa boleh nak pakai pun baju2 kebaya sebab tang perut (Waaa dah muncit). Saiz baju Ninie sebelum ni pun dari saiz S/M hanya ke saiz L not XL @ XXL @ XXXL @ Saiz yang lebih besar lagi.... BMI pun paras selamat lagi (maksudnya kena hati2 la ni).

Style / Gaya yang makin hari makin nampak berumur/ orang tua...
1) Kasut
Yup, diakui... dulu memang rajin duk pakai kasut jenis 'heel'. Sekarang dah bertukar ke jenis yang flat tetapi masih lagi tinggi 1 1/2 inci @2 inci...bukan langsung xde 'heel'. Bukan apa, sekarang selesa dengan kasut yang jenis macam ni. Malas nak pakai 'heel' sebab nak kena imbangkan badan. Nak pula Ninie jenis banyak perkara nak dibuat. Bergerak ke sana sini. Bukannya duduk kat kerusi selama 8jam. Aduhai...

2) Tudung dan pakaian x sesuai...
Ninie ni kadang2 pakai grab aja mana yang sempat. Bukannya x matching langsung. Ada gak kena dengan kaler baju. Kekadang tu sambar je janji x payah iron. Tapi seingat Ninie xde pula pakai baju putih merah purple pegi pakai tudung kaler oren! langsung x penah buat! Paling tidak pun dah malas sangat, pakai tudung hitam. Itupun ada yang duk tegur. Bila pakai baju 'plain' xde corak dengan tudung ala2 sedondon pun kena tegur lagi. x Matching. 'Plain' lawan dengan corak... Aduhai... If dah memang xde jenis corak yang matching, camne nak pakai... Bila ada baju baru must have tudung baru yang matching jugak.... Lainlah kalau yang duk tegur tu nak sponsor... Diikutkan ada je baju baru yang belum pun dipakai. Tapi lebih selesa dengan baju2 lama...

3) Make up
Actually Ninie memang jenis yang jarang2 sangat nak make up. Kadang2 pakai bedak baby je. Kekadang x sempat pun. Agaknya sebab tu muka nampak kusam je x ceria dan menarik pandangan insan2 yang suka mengkritik / menegur setiap perubahan yang dia nampak pada diri seseorang tu... Kalau nak nampak Ninie make up pun hanyalah jika ada majlis/ mesyuarat/ program tertentu yang melibatkan orang luar. Jika sekadar rakan se 'opis' yang hari2 juga kita bersua muka dengannya, malas r nak make up nih. Then kalau make up pun hanya sekadar jam 1.00ptg shj sebab lepas solat Zohor mamang takkan touch up balik... Lagipun Ninie ni if nak bersolek bagai mesti nak kena minta izin Hubby dulu.... Lainlah kalau duk kat rumah / berjalan2 / bersama2 Hubby. Make up untuk SUAMI. Memang disuruh dalam Islam itu sendiri... Ada ke Islam suruh bersolek untuk dipandang orang selain dari suami?

4) Beg Tangan / Dompet
* "Ko kalau keluar selain pegi opis guna beg tangan lain ye?". Soalan yang pernah diajukan pada I. Wa... Beg tangan Ninie memang ada sebuah aja.... Hadiah dari Hubby. Dah pakai hampir 5 tahun dah. Tak pernah tukar yang lain. Ninie memang jenis payah nak tukar2 Handbag ni. X minat nak ikut perkembangan fesyen. Pakai apa yang ada selagi boleh pakai... Tambahan pula bagi Ninie leceh bebeno nak alihkan barang2 yang selalu kita bawa bersama dalam handbag tu ke handbag yang lain... Huhuhu... Tapi maybe nak tukar yang lain lepas ni sebab yang ada sekarang dah nampak sangat keuzurannya setelah lama berbakti pada tuannya ni.... Ninie jenis nak beli handbag kena cari yang betul2 berkenan kat hati sebab x nak beli 2/3 buah... cerewet dalam bab ni. Nak yang ada compartment itu, ini... Begitu juga dengan dompet.. selagi duit boleh disimpan x jatuh... selagi tu guna...

Makan
* Ye, Ninie memang gemar sesangat bab makan ni. Tak makan rugi weh... Macamana nak describe ye.... Sebab Ninie jenis yang 'TAK BOLEH" jika atas meja xde air minuman samada minuman segera (Milo / Nescafe) @pun air masak. sebab mesti nak minum sambil buat kije.... Satu lagi, makanan juga wajib ada samada roti/ biskut/ kuih muih... kadangkala makan pagi dah makan macam tengahari. Then tghari makan nasi lagi (Selalu nasi ayam la). Tapi kuantiti bukanlah segedebuk penuh 1 pinggan! Nasi pun selalu half aja. Itupun kekadang x habis... Makan malam selalu skip xde selera sebab dah kepenatan seharian bekerja.

Tambahan 1 lagi sindiran yang Ninie memang x berapa suka nak dengar :
* "Itulah belajar x habis. Siapa suruh kawin dulu... pastu sibuk nak belajar..." Dah tu siap senyum sinis lagi...
--->> Hello... Jodoh tu kan ketentuan tuhan. Dulu Ninie x pernah target pun nak kahwin muda. Dah sampai seru... Anda yang duk sibuk2 ni ada masalah apa ye? I dulu study sikit habuk pun x menyusahkan anda yang sibuk dok perli2 ni. Ada I minta duit you all? Ada I merayu you all suruh buatkan assingment? Ada ke?

Yup, Ninie dulu pernah study di UiTM tempat Ninie kerja sekarang ni dalam 'Diploma In Accountantcy'. Hanya sempat sampai Part 4 sahaja. Time tu memang Ninie ada merancang nak dapatkan baby. Target dah betul, Ninie bersalin awal cuti semester 3bulan tu. Thats mean, buka je cuti sem Ninie boleh sambung study.... Tapi Allah Maha Besar... Ninie pregnant kan Twin. Tengok nak seorang tuhan bagi 2 orang....Perut boyot x usah nak cakap la... Time exam orang duk pandang je sebab nampak macam nak bersalin. Huhuhu... Ingat balik kenangan lama tersenyum sendiri... So Ninie 'decide' amik cuti sem untuk 2 semester... Tapi sekali lagi Allah Maha Besar, Ninie pregnant sekali lagi tatkala usia Twin 4bulan. Aduhai masa tu memang menangis sebab Twin kecil lagi. Tapi fikir positif... Allah bagi rezeki..... So ambil keputusan terus stop study untuk tumpukan perhatian pada anak2.

Janganlah anda nak menilai/ mengata sesorang itu ikut sedap mulut je.... Ninie stop study bukan sebab result (kena tendang dgn pihak Universiti). Tapi atas kehendak sendiri... untuk family... Kesian kat anak2 tu masih kecil... 3 orang lak tu. Ninie berdoa moga2 rezeki Ninie ada di tempat lain. Alhamdulillah bila anak dah besar sikit Twin -2tahun dan Qistina -1tahun. Ninie diterima bekerja walaupun sebagai Kerani sebagai punca rezeki masih di UiTM yang sama Kampus Jengka. Allah Maha Kaya... Sayang pada hambanya... Ada juga yang berkahwin awal/ muda sambung belajar dan beranak pinak masih habis belajar... Jangan lah nak ngata orang sesuka hati. Rezeki Ninie setakat itu sahaja. Niat di hati masih ada untuk sambung belajar lagi... Insya'Allah semoga Allah permudahkannya suatu hari nanti. Bukan ke ramai sekarang ni yang dah jadi 'Grandma' pun boleh menggenggam segulung Ijazah?

Kesimpulannya / rumusannya :

1) Salahkah Ninie jika ingin jadi diri sendiri? Be yourself! Adakala kita happy dengan apa yang kita miliki sehinggalah ada insan lain yang terlalu cakna / boleh dikatakan terlalu busy body. Boleh bukan x boleh. tapi agak2 ler...Kadangkala memang Ninie boleh buat 'dek' aja. Tapi bila mood x berapa elok, perkara2 yang macam inilah yang akan membuatkan Ninie stress sepanjang hari....

2) Cermin dulu diri sendiri sebelum nak suruh orang lain mengadap cermin. Kita manusia tak lepas dari melakukan kesilapan..... Tak semua yang you all buat tu kena. Adakalanya jga menyakitkan mata / di hati terdetik untuk berkata2/menegur. Tapi cuma ambil sikap, biarlah dah itu cara dia... Jika soalan itu hanya sekali dua x mengapa. Tapi bila angin I x berapa elok, yang dok kritik tu orang yang sama dengan kritikan yang sama. Naik muak, cuak, nyampah dsb.

3) Semua orang mempunyai gaya/ sikap tersendiri yang semestinya berbeza dengan seseorang individu yang lain. Perbezaan juga meliputi cara pemikiran, cara pemakaian, cara pemakanan, cara penyampaian.... Jika semua manusia sama sifat/ perangai/ pemikiran/ keinginan dsb. Nescaya semuanya sama baik dari segi pakaian, makan dsb.

4) Tak salah jika nak menegur / mengkritik. Tapi biarlah bersesuaian dengan caranya. Takkanlah anda x sedar yang anda pernah berulang kali menegur seseorang itu akan perkara yang sama tiap kali bersua? Naik muak tau .....



Maaf jika ada yang 'terasa' dengan entry ini. Cuma meluahkan isi hati. Tidak ditujukan pada sesiapa secara khusus, cuma luahan secara am sahaja. Jika ada yang tersentuh hatinya, mohon maaf banyak2 dari hujung rambut ke hujung kaki. Ninie manusia biasa x lepas dari kesilapan....

Yakinlah pada diri sendiri dan berdirilah atas kaki sendiri.... cerminlah diri, perbetulkan diri. Allah telah menentukan akan tiap apa yang terjadi... Bagaimana cara untuk kita hadapinya, Atas diri manusia itu sendiri... Setiap kejadian yang Allah wujudkan pasti ada hikmahnya...

Wallahualam...

Mama Comel : Makin dipendam/simpan makin parah...


2/19/11

Resepi : Sambal 'Tutuk'

Sambal ni resepi dari Mak Ninie. Mak cakap dia dapat resepi ni dari arwah Atuk (nenek) sebelah ayah... Agaknya resepi turun temurun kot. Wink3... Ayah suka sangat makan sambal @ masakan yang menggunakan cili kampung/padi ni. Cili kering@ lada kering (merah) ayah tak berapa suka. Tapi My Hubby minat sangat masak2 guna lada kering ni. Dulu tiap2 minggu wajib ada sambal 'tutuk' ni mak buat. Sekarang ni pun, bila ambil anak kat rumah mak, intai2 dalam tudung saji, selalu ada. Namapun kegemaran ayah... Turun pula kat Ninie...

Sambal ni sedap sangat jika dimakan bersama masakan kari, sayur air, masak lemak putih. Ikutlah apa2pun. Bagi Ninie semua sedap...

Resepi :-

Bahan-Bahannya :

Ikan Bilis
Lada Kecil / Cili Api/Padi/Kampung (mana2 jenis yang disukai)
Bawang kecil / Bawang goreng segera (Kalau malas nak mayang dan goreng)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng

Contohnya Gambar kat bawah ni :
2nd Step :
Panaskan minyak (agak2 la untuk menggoreng)
1) Gorengkan ikan bilis hingga garing
2) Gorengkan bawang merah yang telah dimayang (Kalau malas boleh gantikan dengan bawang goreng segera je)
3) Gorengkan lada kecil. Agak2 masak sahaja. Juga boleh jika tidak mahu menggorengnya iaitu guna mentah2-ikut suka...
(nota : letakkan lada kecil dalam minyak yang panas dan terus tutupkan kuali cepat sebab lada ni akan meletup)

Gambar bahan2 yang telahpun digoreng :
3rd Step :
Masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi bersama garam dan serbuk perasa (agak2 je) ke dalam 'blender' kering (bukan 'blend' basah yang besar tu). Kisarkan hingga hancur/sebati. Ikut citarasa nak hasil 'blend' kasar @ halus. Jika tiada 'blender' boleh juga menggunakan cara tradisional iaiu menggunakan LESUNG BATU...

Hasilnya :

2/18/11

UNGU : Andai Ku Tahu



Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

2/16/11

Ujian dan Dugaan: Tanda Allah Sayang


Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai Ų§Ł„ŲØŁ„Ų§Ų” (bala’) serta Ų§Ł„ŁŲŖŁ†Ų© (fitnah). Menurut kamus Ų§Ł„Ł…Ų­ŁŠŲ· (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp]

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ŁˆŁ†ŲØŁ„ŁˆŁƒŁ… ŲØŲ§Ł„Ų“Ų± ŁˆŲ§Ł„Ų®ŁŠŲ± ŁŲŖŁ†Ų© ŁˆŲ„Ł„ŁŠŁ†Ų§ ŲŖŲ±Ų¬Ų¹ŁˆŁ†

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
Ł„Ų§ ŁŠŁƒŁ„Ł Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł†ŁŲ³Ų§ Ų„Ł„Ų§ ŁˆŲ³Ų¹Ł‡Ų§

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
Ų£Ų­Ų³ŲØ Ų§Ł„Ł†Ų§Ų³ Ų£Ł† ŁŠŲŖŲ±ŁƒŁˆŲ§ Ų£Ł† ŁŠŁ‚ŁˆŁ„ŁˆŲ§ Ų¢Ł…Ł†Ų§ ŁˆŁ‡Ł… Ł„Ų§ ŁŠŁŲŖŁ†ŁˆŁ†. ŁˆŁ„Ł‚ŲÆ ŁŲŖŁ†Ų§ Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† Ł…Ł† Ł‚ŲØŁ„Ł‡Ł… ŁŁ„ŁŠŲ¹Ł„Ł…Ł† Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† ŲµŲÆŁ‚ŁˆŲ§ ŁˆŁ„ŁŠŲ¹Ł„Ł…Ł† Ų§Ł„ŁƒŲ§Ų°ŲØŁŠŁ†

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Ganjaran menanti bagi yang diuji

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
Ų„Ł† Ų¹ŲøŁ… Ų§Ł„Ų¬Ų²Ų§Ų” Ł…Ų¹ Ų¹ŲøŁ… Ų§Ł„ŲØŁ„Ų§Ų” ، ŁˆŲ„Ł† Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ Ų„Ų°Ų§ Ų£Ų­ŲØ Ł‚ŁˆŁ…Ų§ Ų§ŲØŲŖŁ„Ų§Ł‡Ł… ، ŁŁ…Ł† Ų±Ų¶ŁŠ ŁŁ„Ł‡ Ų§Ł„Ų±Ų¶Ų§ ، ŁˆŁ…Ł† Ų³Ų®Ų· ŁŁ„Ł‡ Ų§Ł„Ų³Ų®Ų·

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (Ų§Ł„ŲµŲØŲ±) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.

Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;
Ų£Ł… Ų­Ų³ŲØŲŖŁ… Ų£Ł† ŲŖŲÆŲ®Ł„ŁˆŲ§ Ų§Ł„Ų¬Ł†Ų© ŁˆŁ„Ł…Ų§ ŁŠŲ£ŲŖŁƒŁ… Ł…Ų«Ł„ Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† Ų®Ł„ŁˆŲ§ Ł…Ł† Ł‚ŲØŁ„ŁƒŁ… Ł…Ų³ŲŖŁ‡Ł… Ų§Ł„ŲØŲ£Ų³Ų§Ų” ŁˆŲ§Ł„Ų¶Ų±Ų§Ų” ŁˆŲ²Ł„Ų²Ł„ŁˆŲ§ Ų­ŲŖŁ‰ ŁŠŁ‚ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ų±Ų³ŁˆŁ„ ŁˆŲ§Ł„Ų°ŁŠŁ† Ų¢Ł…Ł†ŁˆŲ§ Ł…Ų¹Ł‡ Ł…ŲŖŁ‰ Ł†ŲµŲ± Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų£Ł„Ų§ Ų„Ł† Ł†ŲµŲ± Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł‚Ų±ŁŠŲØ

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]


Bentuk-bentuk ujian yang diberikan

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

Nabi Allah juga diuji

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;
Ų„Ł† Ų£Ų“ŲÆ Ų§Ł„Ł†Ų§Ų³ ŲØŁ„Ų§Ų” Ų§Ł„Ų§Ł†ŲØŁŠŲ§Ų” Ų«Ł… Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† ŁŠŁ„ŁˆŁ†Ł‡Ł… Ų«Ł… Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† ŁŠŁ„ŁˆŁ†Ł‡Ł… Ų«Ł… Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† ŁŠŁ„ŁˆŁ†Ł‡Ł…

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)

Bala’ dalam konteks semasa

Mehnah dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.

Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.

Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.

Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.

Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.

Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman

Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;
ŁŠŲ§ Ų£ŁŠŁ‡Ų§ Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† Ų¢Ł…Ł†ŁˆŲ§ Ų§ŲµŲØŲ±ŁˆŲ§ ŁˆŲµŲ§ŲØŲ±ŁˆŲ§ ŁˆŲ±Ų§ŲØŲ·ŁˆŲ§ ŁˆŲ§ŲŖŁ‚ŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł„Ų¹Ł„ŁƒŁ… ŲŖŁŁ„Ų­ŁˆŁ†

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.

Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;
ŁˆŲ„Ų³Ł…Ų§Ų¹ŁŠŁ„ ŁˆŲ„ŲÆŲ±ŁŠŲ³ ŁˆŲ°Ų§ Ų§Ł„ŁƒŁŁ„ ŁƒŁ„ Ł…Ł† Ų§Ł„ŲµŲ§ŲØŲ±ŁŠŁ†

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;
Ł‚Ų§Ł„ Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Łˆ Ų³Ł„Ł… Ł„Ł„Ų£Ų“Ų¬ Ų£Ų“Ų¬ Ų¹ŲØŲÆŲ§Ł„Ł‚ŁŠŲ³ Ų„Ł† ŁŁŠŁƒ Ų®ŲµŁ„ŲŖŁŠŁ† ŁŠŲ­ŲØŁ‡Ł…Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų­Ł„Ł… ŁˆŲ§Ł„Ų£Ł†Ų§Ų©

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

Kaedah Bersabar

Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.
Ų§Ł„ŲµŲØŲ± Ų¹Ł†ŲÆ Ų§Ł„ŲµŲÆŁ…Ų© Ų§Ł„Ų£ŁˆŁ„Ł‰

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]

Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.

Kesimpulan

Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.

Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.

Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]

Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.

Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!
ŁŠŲ§ Ų£ŁŠŁ‡Ų§ Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† Ų¢Ł…Ł†ŁˆŲ§ Ų§Ų³ŲŖŲ¹ŁŠŁ†ŁˆŲ§ ŲØŲ§Ł„ŲµŲØŲ± ŁˆŲ§Ł„ŲµŁ„Ų§Ų© Ų„Ł† Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł…Ų¹ Ų§Ł„ŲµŲ§ŲØŲ±ŁŠŁ†

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]



Sumber : Verses Of Life

2/15/11

Di Sebalik Solat 5 Waktu


Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :
' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:
'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi:
'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. :
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya,

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

'Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku,

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
Sabda Rasullullah S.A.W.:

'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari.

Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi:
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T.
7 perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi:
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi:
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)
************************************************************


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw,
"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU" Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud.

Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukan Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan :
Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.

Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru , wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

************************************************************


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.

Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.

Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh org mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:

"Roh itu menuju ke 7 tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W :
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

2/14/11

FACEBLOG? Apa tu...?

Tengah-tengah duk Blog Walking terjumpa ramai blogger bercerita tentang FACEBLOG. Macam menari je... Nak tau apa itu FACEBLOG? Sila Klik SINI dan serba sedikit tentangnya di bawah ni...

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.





Jom le Join ye... Sila Klik banner kat atas ni yang kaler pink... Wink3

2/13/11

Tasbih Kaffarah & Surah Al Asr


Dari zaman sekolah sampai sekarang, setiap kali habis majlis/ usrah, Ustaz / Ustazah / Pengacara Majlis tu selalu berkata...Kita akhiri majlis dengan Tasbih Kaffarah dan Sulah Al-Asr...Ada yang tahu membacanya dan juga ada yang terpinga-pinga... Bagaimana cara bacaan Tasbih Kaffarah / Surah Al-Asr.

*******************************************************

1) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

Ų³ُŲØْŲ­َŲ§Ł†َŁƒَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُŁ…َّ ŁˆَŲØِŲ­َŁ…ْŲÆِŁƒَ Ų£َŲ“ْŁ‡َŲÆُ Ų£َŁ†ْ Ł„Ų§َ Ų„ِŁ„َŁ‡َ Ų„ِŁ„Ų§َّ Ų£َŁ†ْŲŖَ Ų£َŲ³ْŲŖَŲŗْŁِŲ±ُŁƒَ ŁˆَŲ£َŲŖُŁˆْŲØُ Ų„ِŁ„َŁŠْŁƒَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau)


melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.[1]

2) Daripada Abu Barzah RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia
baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

Ų³ُŲØْŲ­َŲ§Ł†َŁƒَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُŁ…َّ ŁˆَŲØِŲ­َŁ…ْŲÆِŁƒَ Ų£َŲ“ْŁ‡َŲÆُ Ų£َŁ†ْ Ł„Ų§َ Ų„ِŁ„َŁ‡َ Ų„ِŁ„Ų§َّ Ų£َŁ†ْŲŖَ Ų£َŲ³ْŲŖَŲŗْŁِŲ±ُŁƒَ ŁˆَŲ£َŲŖُŁˆْŲØُ Ų„ِŁ„َŁŠْŁƒَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau).


Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”.[2]

3) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As: Sesungguhnya baginda (SAW) telah berkata: “Suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak 3 kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu:

Ų³ُŲØْŲ­َŲ§Ł†َŁƒَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُŁ…َّ ŁˆَŲØِŲ­َŁ…ْŲÆِŁƒَ Ł„Ų§َ Ų„ِŁ„َŁ‡َ Ų„ِŁ„Ų§َّ Ų£َŁ†ْŲŖَ Ų£َŲ³ْŲŖَŲŗْŁِŲ±ُŁƒَ ŁˆَŲ£َŲŖُŁˆْŲØُ Ų„ِŁ„َŁŠْŁƒَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau).[3]

4) Daripada Ibnu Umar berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW biasa menyebut sebelum meninggalkan suatu majlis sebanyak 100 kali:

Ų±َŲØِّ Ų§ŲŗْŁِŲ±ْŁ„ِŁŠْ ŁˆَŲŖُŲØْ Ų¹َŁ„َŁŠَّ Ų„ِŁ†َّŁƒَ Ų£َŁ†ْŲŖَ Ų§Ł„ŲŖَّŁˆَّŲ§ŲØُ Ų§Ł„ْŲŗَŁُŁˆْŲ±ُ
(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun).[4]

Huraian hadis:[5]
1- Yang dimaksudkan dengan ‘banyak salah dan silap’ ialah percakapan yang bercampur dengan maksud yang tidak jelas. Maksud yang didapati dalam hadis ini ialah percakapan yang tidak memberi manfaat untuk akhirat.
2- Disyariatkan untuk membaca doa ini setiap kali selepas selesai sesuatu majlis kerana ia boleh menghapuskan segala dosa yang telah dilakukan dalamnya. Akan tetapi, para ulama mengkhususkannya pada dosa kecil sahaja berdasarkan dalil yang didapati dari hadis-hadis yang lain.
3- Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dengan doa ini sebagai pengajaran kepada umat baginda dan menambahkan pahala dan bukan kerana baginda telah melakukan suatu kesalahan dalam majlis.

Ulasan:
Sama ada untuk memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah atau Kaffarah Majlis tidaklah begitu penting. Umat Islam di Malaysia ini pun sudah biasa memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah.

Akan tetapi, masyarakat kita masih lagi belum menjadikan doa ini sebagai rutin dan amalan biasa apabila selesai atau menutup sesuatu majlis. Tidak seperti doa pembuka majlis sama ada dengan hanya membaca Basmalah, Surah Al-Fatihah atau doa-doa tertentu yang memang dimasukkan secara rasmi dalam agenda dan tentatif majlis.

Selain itu, kita juga perlu perluaskan amalan doa ini bukan sahaja dalam majlis-majlis rasmi atau mesyuarat yang diadakan di dalam suatu tempat yang tertutup tetapi juga di tempat-tempat yang terbuka seperti majlis perhimpunan dan sebagainya.

Para pendidik juga boleh mengambil contoh perbuatan Nabi SAW ini untuk diaplikasikan apabila selesai suatu pengajaran atau majlis ilmu di dalam bilik kelas, dewan kuliah dan sebagainya.

Biarlah majlis yang diadakan itu mendapat keampunan, keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT kerana kita telah memeliharanya dengan memulakan majlis dengan berdoa dan mengakhiri majlis juga dengan berdoa.

Baca Surah Al-Asr juga?
Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:

At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata:
“Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”.

Sekian, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sumber : Catatan Seorang Pendidik
**********************************





Surah Al-'Asr


ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¹َŲµْŲ±ِ
1. Demi Masa!


Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„ْŲ„ِŁ†Ų³َŲ§Ł†َ Ł„َŁِŁŠ Ų®ُŲ³ْŲ±ٍ
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian


Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ¹َŁ…ِŁ„ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ŲµَّŲ§Ł„ِŲ­َŲ§ŲŖِ ŁˆَŲŖَŁˆَŲ§ŲµَŁˆْŲ§ ŲØِŲ§Ł„ْŲ­َŁ‚ِّ ŁˆَŲŖَŁˆَŲ§ŲµَŁˆْŲ§ ŲØِŲ§Ł„ŲµَّŲØْŲ±ِ
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.








Tasbih Kaffarah

SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANAKALLAHUMMA WABIHAMDIKA ASYHADU ALLAA ILAHA ILLA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIK

Maksudnya
Maha suci engkau ya Allah tuhanku! Dengan memuji Engkau, tidak ada Tuhan melainkan Engkau dan aku memohonkan keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.



"Sabda baginda:"Tidak membaca akan dia oleh seseorang sekiranya bangun ia dari tempat duduknya,melainkan diampunkan baginya kesalahan-kesalahan yang berlaku daripadanya dalam majlis itu."

Doa Perlindungan Untuk Anak-Anak

Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata : Adalah Rasulullah SAW, berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca :







Maksudnya

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).


2/11/11

Amalan/Petua Murah Rezeki



Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.


Di antaranya Amalan dimurahkan rezeki :

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.



*********************************

Pernahkah anda terasa suatu hari yang malang? Pernahkah anda mengalami kesulitan yang tidak berkesudahan?

Adakah anda rasa gaji anda tidak pernah mencukupi? Adakah anda rasa perniagaan anda tidak membuat keuntungan? Adakah anda letih berusaha tetapi tidak pernah berhasil?

Sekiranya anda pernah mengalami salah satu situasi di atas, kisah berikut mungkin sesuai untuk dijadikan tips supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan oleh Allah s.w.t.

Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana,

“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasiannya juga selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum mesra. Air mukanya berseri.

Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, tanda-tanda di awal sesuatu pekerjaan yang berhasil adalah air muka yang ramah dan penuh senyuman.

Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula dengan perhubungan suami isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.

Tidak ada masalah yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Sebaliknya dengan hati yang tenang, fikiran yang segar dan wajah yang ceria, insya-Allah segala masalah dapat diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wallahu a’lam



***************************

Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup
Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...)

Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....

Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini

1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...



****************************************

Petua Murah Rezeki

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah denganbismil lah.

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalahtest dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah.

Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah.

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.
1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu
subuh).
3.Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat
(zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam hal solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat jumaat).
4.Amalkan membaca ayat yang dikenali sebagai Ayat 1000 Dinar setiap kali

5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
8.Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berbicaralah dalam hati: Ya Allah, terima kasih atas segala kurnia Mu hari ini, makan minum, pakaian, pekerjaan, keselamatan dan semua nikmat yang tidak dapat ku hitung. Kumohon agar Engkau menambahkan lagi kenikmatan itu besok hari. Dan kumohon maafkanlah segala dosa-dosaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...