Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

2/16/16

Tutorial Masak Nasi Putih

Tutorial oleh : Noorastella Muhamma.
16/02/2016.

Sumber FB GROUP : Masak apa hari ni... (MAHN)

Tutorial masak nasi putih yg mudah. Nasi gebu berderai sebiji-biji, nasi tahan lama dan nasi yg terhasil sedap dan wangi.


Cara²nya :

Bismillah. Kita mulakan dgn periuk nasi itu sendiri. Utk mendapatkan nasi yg tahan lama/tidak cepat basi, isikan air di dlm periuk sehingga penuh. Kemudian masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Inilah petua utk nasi yg tahan lama. Sy suka masukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak. Proses masak air sehingga mendidih di dlm periuk nasi ini tidak perlu anda lakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali dlm sebulan. Atau ketika anda ada majlis atau kenduri sahaja.


Sesudah air mendidih, buang air panas tersebut di dalam sinki. Selain kita akan mendapat nasi yg tidak cepat basi, kita juga akan mendapat saluran sinki yg bebas dr kotoran degil seperti minyak tepu yg terhasil dr minyak masak kegunaan harian serta lemak minyak dr ayam dan daging. Kebaikan 2 dlm 1.

Lap kering periuk nasi tersebut dan isikan dgn kuantiti beras yg ingin di masak. Dlm gmbr ini, sy masukkan 6 mangkuk beras biasa. Berat semangkuk beras adalah 500 gram. Maknanya sy masak sekaligus 3 kilo beras. Pastikan periuk anda mampu menampung jumlah beras yg ingin anda masak.


Basuh bersih-bersih beras yg hendak di masak. Di sini saya TIDAK MENGGUNAKAN TERM 'cuci beras jgn lebih dari 3 kali sebab nnt vitamin/zat beras akan kurang/hilang'. A big no! Beras kena cuci bersih dan berkali-kali sampai air basuhan betul-betul jernih dan semua kekotoran/kutu hilang. Bagi kita yg beragama ISLAM, selawat lah byk-byk ketika dlm proses membasuh beras ini. InsyAllah hasilnya akan baik-baik saja.

Setelah siap basuh bersih beras, teknik mengukur sukatan air yg paling MUJARAB adalah dgn menggunakan JARI TENGAH. Masak lah berapa byk beras pun, 1 kg, 3 kg, 5 kg, 10 kg sekaligus. Tekniknya TETAP SAMA. Ukur menggunakan jari tengah. Tidak perlu ukur beras di bawah dasar periuk, cuma ukur ketinggian air sahaja. Sblm ukur air, pastikan ratakan dahulu permukaan beras.


Kaji beras yg anda gunakan. Beras yg biasa (tidak keras tidak lembik), sukatan air betul-betul di tengah garisan jari tengah. Macam dlm gambar ini, sy guna beras biasa. Beras yg perlu guna byk air, sukatan air guna garisan atas jari tengah. Dan beras yg jenis lembut, kurangkan penggunaan air. Gunakan garisan bawah jari tengah. Kawan2 boleh rujuk gambar jari tengah yg sy ikat gunakan getah utk memudahkan kawan2 faham sukatan air beras.


Saya gunakan beras biasa. Sukatan air betul2 di tengah garisan jari tengah.



Bila sukatan air sudah sesuai dgn kuantiti beras yg hendak di masak, masukkan sedikit garam. Bagi jumlah beras 3 kilo yg sy masak, sy masukkan 2 sudu teh garam. Kemudian ratakan. Garam ini bertujuan agar nasi yg masak menjadi tahan lama, sedap dan kenyal.


Kemudian masukkan beberapa helai daun pandan utk aroma nasi yg wangi dan menyelerakan


Bila nasi sudah masak (suis periuk nasi telah naik), kais-kaiskan nasi supaya nasi masak secara rata. Wap yg terkumpul akan keluar dan nasi tidak akan lembab. Inilah petua menghasilkan nasi yg cantik dan tidak cepat basi. Mengikut periuk nasi yg sy gunakan, sekali masak muat utk 3 kg dan mengambil masa 1 jam. Selamat mencuba.

Bawalah ilmu ini ke mana2 majlis merewang. Dan masaklah dgn penuh keyakinan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...