Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

4/15/12

Anak Demam & Rawatannya.

Sekarang cuaca memang tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas terik... Anak yang sihat pula kadangkala demam dijangkiti rakan yang demam di sekolah... Aduhai. Jikalau demamnya hanya sekadar 2/3 hari suam² kuku, boleh juga diterima. Ini tidak adakalanya makan masa hampir 2 minggu lamanya. Hati Ibu mana yang tak runsing dibuatnya. Kalau seorang, masih boleh diterima lagi. Macam Ninie... Kalau demam semuanya... Aduhai... Penat sangat dibuatnya..

Ninie GOOGLE dan cari info yang rasanya boleh dijadikan panduan bersama...


Demam

Pada kebiasaanya anak yang demam selalunya perut mereka tidak lapar berbanding dari kebiasaanya.Dinasihatkan agar anda janganlah memaksa dia makan apa yag tidak diingininya tapi sebaiknya, pastikan anak anda minum air kosong atau air susu dalam jumlah yang banyak ini kerana tubuh mereka telah kehilangan banyak air semasa dia demam.

Simptom Deman

Sekiranya anak anda terlalu banyak tidur, tidak membuang air seperti sepatutnya dan suhu badannya naik segeralah anda membawa dia ke klinik. Ingat!! jika terlewat ia akan membawa kemudaratan pada anak anda kelak seperti terkena sawan dan lain-lain penyakit lagi.

Rawatan Sementara


Menggunakan air asam jawa yang telah di tapis kemudian dipupukkan keatas kepalanya sambil berselawat sebanyak 3x di ubun-ubunya. Tahukah anda Air asam jawa ini boleh menyejukkan dan meredakan kepanasan badan anak anda secara beransur-ansur.

Cool fever (ByeBye Fever)




Merujuk seperti gambar di atas. Tanggalkan pelekat lutsinar pada cool fever tersebut dan kemudian bolehlah ditampal pada permukaan dahi anak anda. Untuk pengetahuan semua penggunaan cool fever ini boleh bertahan selama 10 jam!

Air Badak Cap Kaki Tiga @ Lain² Jenama.

Biasanya air ini boleh diminum seperti biasa seperti kita minum air suamlah kiranya. Air ini juga dipercayai dapat menyejukkan badan seseorang pada yang meminumnya :) .

Kesimpulannya walaubagaimanapun keadaan anak anda disarankan agar anda segera membawa dia berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku pada diri dia kelak.

****************************************

Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam....walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.

* Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa belajar Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit?Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

* Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Praktikkan setiap kali anak ada selsema.

* Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak

* Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

* Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Doktor turut pesan, jika anak demam...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.

********************************

Merawat anak demam


APABILA anak demam, ibu bapa disaran segera membawa anak berjumpa doktor terutama jika mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk merawatnya.

Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius.

Tip penting semasa merawat anak demam:

- Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

- Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

- Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

- Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

- Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

- Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

- Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

- Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

- Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

- Asyik tidur dan sukar dikejutkan.

lSering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.

Sumber : Utusan

**********************************************

Demam - Tanda Badan Anak Lawan Penyakit

APABILA anak demam dan suhu badan meningkat mendadak, ramai ibu bapa tidak boleh tidur malam. Perasaan risau, serba salah dan bimbang bercampur aduk, apatah lagi jika berlaku pada pasangan muda yang baru menimang cahaya mata serta tidak tahu bagaimana hendak mengurangkan penderitaan si kecil.

Demam adalah masalah kesihatan biasa yang berlaku pada kebanyakan kanak-kanak. Walaupun kadangkala membimbangkan, ia sebenarnya menandakan badan mereka melawan jangkitan atau keradangan yang disebabkan bakteria atau virus.

Demam
Apabila demam, sel darah putih pesakit akan cuba melawan bakteria atau virus dengan mengeluarkan bahan kimia yang menaikkan suhu badan.

Peningkatan suhu badan ini sebenarnya cara membunuh kuman, tetapi ia juga boleh menyebabkan anak anda demam.

Bagaimanapun, dalam risalah keluaran Panadol, perunding paediatrik, Dr Khoo Phaik Choo, berkata demam itu bukan satu penyakit, tetapi ia menjadi petanda atau amaran kepada penyakit lain iaitu daripada sakit tekak hinggalah kepada jangkitan demam denggi.

Ramai beranggapan lebih tinggi suhu badan, demamnya semakin berbahaya. Namun tanggapan ini kurang tepat kerana suhu tinggi tidak semestinya bermakna anak anda lebih sakit berbanding suhu lebih rendah.

“Suhu badan tidak boleh dijadikan pengukur kesakitan anak. Cara lebih tepat ialah melihat keadaan dan tindak balasnya. Jika anak anda tidak menangis, tidak banyak kerenah dan masih ada selera makan, kemungkinan mereka tidak menghadapi masalah yang perlu dirisaukan.

“Sebaliknya, masalah mungkin serius jika mereka menunjukkan tanda terlalu lesu, lemah dan tidak bermaya serta muntah secara berlebihan,” katanya.

Malah, suhu badan tinggi masih tidak dianggap demam hinggalah ia mencecah 37.5 darjah Celsius (100 darjah Farenheit) atau lebih tinggi. Suhu badan normal ialah 37 darjah Celsius (98.6ºF) dan paras ini turun naik sepanjang hari.

Katanya, suhu badan juga bergantung kepada waktu ia diambil dan kelasakan si kecil. Justeru, ibu bapa disaran menyimpan jangka suhu (termometer) di rumah supaya lebih mudah mengukur suhu badan anak dengan tepat, dan bukan berdasarkan sentuhan tangan saja.

Ukuran suhu badan anak kecil biasanya diambil di bawah lengan (ketiak) atau telinga. Ukuran suhu badan yang diambil di bawah lengan adalah 0.5 darjah lebih rendah daripada suhu yang diambil pada telinga.

Malah, ia juga perlu diukur beberapa kali untuk melihat perubahan suhu badan anak. Ukuran tepat ini dapat membantu doktor mengenal pasti masalah kesihatan anak anda jika demamnya berterusan.

Walaupun ramai ibu bapa resah apabila anak demam, ada juga yang mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada keadaan menjadi bertambah buruk atau sebaliknya sebelum memberikan ubat. Ini terpulang kepada penilaian masing-masing.

Kaedah melawan demam


Demam biasanya membuat kanak-kanak berasa resah, tidak selesa dan meragam. Jika ia berlaku, Dr Khoo menasihatkan anda melakukan kaedah di bawah untuk membuatkan anak berasa lebih selesa dengan cepat dan dapat melawan demam.

Beri si manja minum banyak air masak. Demam menyebabkan kanak-kanak banyak kehilangan air dalam badan, dan demam yang berpanjangan boleh mengakibatkan penyahidratan atau kekurangan air dalam badan.

Bantu anak untuk berasa selesa. Kanak-kanak yang demam mungkin berasa letih, lesu dan kurang selera makan. Bagaimanapun, semua ini gejala sementara dan mereka akan pulih seperti biasa sebaik demamnya sembuh. Ketika ini, pakaikan si manja dengan baju daripada fabrik nipis dan ringan yang mempunyai aliran udara baik.

Jangan paksa anak anda makan. Secara umumnya orang yang demam kurang selera makan dan ia juga berlaku pada kanak-kanak. Biarkan mereka menentukan bila dan apa yang ingin dimakan.

Timbangkan pemberian ubat. Pemberian parasetamol seperti diarahkan doktor adalah langkah selamat. Ia boleh membantu membuat kanak-kanak lebih selesa dengan mengurangkan demam dan melegakan pelbagai kesakitan atau ketidakselesaan fizikal lain yang dialaminya.

Ubat paling kerap digunakan untuk melawan demam di kalangan kanak-kanak ialah parasetamol. Oleh kerana parasetamol adakalanya disyorkan bersama antibiotik, penggunaannya menimbulkan beberapa kekeliruan.

Parasetamol ialah ubat pelega kesakitan dan berbeza daripada antibiotik dalam dua cara:



Pertama, antibiotik tidak berkesan menentang demam yang disebabkan jangkitan virus. Sebaliknya, parasetamol adalah ubat pelega kesakitan atau analgesik yang berkesan untuk menentang segala demam, walau apa pun puncanya.

Biasanya doktor tidak mengesyorkan pemberian aspirin kepada kanak-kanak kerana ia dikaitkan dengan sindrom Reye, iaitu penyakit ganjil tetapi serius yang menjejaskan otak dan hati bayi dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Kedua, ubat antibiotik yang disyorkan mesti diambil semuanya mengikut preskripsi untuk mengekalkan keberkesanannya. Tindakan tidak menghabiskan antibiotik ini boleh menghasilkan bakteria lebih berdaya tahan dan menyebabkan jangkitan berulang.

Bagaimanapun, parasetamol bukan antibiotik, jadi isu ketahanan bakteria tidak timbul. Malah, ia digunakan lebih 50 tahun, terbukti selamat, tidak merengsakan perut dan memberikan kesan konsisten.

“Kanak-kanak bukan saja kerap jatuh sakit, malah serangan biasanya berlaku tanpa diduga. Jadi, anda boleh menyimpan ubat demam seperti parasetamol di rumah untuk memudahkan anda mengurus demam anak yang boleh menyerang bila-bila masa.

“Dos yang betul bergantung kepada usia dan berat badan anak. Baca arahan pada label botol dengan teliti dan dapatkan nasihat doktor untuk memastikan dos yang betul,” katanya.

Sudu sukatan, cawan sukatan atau picagari dapat membantu memastikan anak anda mendapat jumlah ubat secukupnya. Elakkan penggunaan sudu biasa yang digunakan di rumah kerana saiznya tidak seragam.

Menjaram atau meletakkan tuala sejuk di atas dahi anak boleh mengurangkan demam. Pakaian longgar daripada fabrik yang ringan dan tuala sejuk yang diletakkan di bawah lengan atau pangkal paha boleh menyokong keberkesanan ubat menurunkan suhu badan.

Selain itu, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa membaca label sebelum memberikan ubat pelega demam kepada anak. Label atau risalah memberi penerangan mengenai:

Kekuatan atau kepekatan produk.

Bagaimana dan bila anda patut menggunakan produk.

Berapa banyak perlu diambil dan berapa lama.

Bila anda patut mendapatkan nasihat doktor.

Cara terbaik untuk menyimpan ubat.

Meskipun demam boleh menimbulkan kebimbangan, kebanyakan kanak-kanak akan sembuh dalam sehari dua. Rehat secukupnya dan bantuan ubat, kanak-kanak boleh kembali cergas dengan cepat.

ANTARA FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI DEMAM



Suhu badan normal biasanya 37 darjah Celsius.

Ukuran suhu badan anak kecil biasanya diambil menerusi bawah lengan (ketiak) atau telinga. Ukuran suhu badan yang diambil di bawah lengan adalah 0.5 darjah lebih rendah daripada suhu yang diambil menerusi telinga.

Demam tinggi tidak semestinya menandakan keseriusan penyakit.

Demam dialami kanak-kanak sihat yang sembuh dalam tiga atau empat hari tidak harus menimbulkan kebimbangan.

Adalah disarankan agar perkara berikut tetap/senantiasa ada di rumah anda :
1) Termometer
2) Ubat²an biasa (seperti paracetamol) - Amat perlu jikalau demam menyerang tatkala tengah malam.
3) Air asam jawa / Cool Fever

Ninie kalau demam selalunya mesti minum air ISOTONIK REVIVINE @ 100 PLUS sebab takde selera makan... Anak²pun sama...

Nota Mama Comel : Ya'Allah Ya Tuhanku... Jauhkanlah kami sekeluarga dari segala penyakit yang bisa memudaratkan... Amin... Semoga senantiasa sihat² semuanya...

4/11/12

TUTORIAL : Ribbon Bow (Type C)

Nak buat sendiri? Boleh ikut tutorial dibawah ye... Ini cara Ninie ye... terpulang kepada anda. Boleh juga tanya En. GOOGLE... (^_^)




TUTORIAL : Ribbon Bow (Type C)
Hasil kerja tangan Ninie boleh dilihat di sini ye :
http://ninieshop2u.blogspot.com/2012/04/cute-gg-ribbon-type-c-vol-01-plain.html

atau sila klik SINI

Jom kita mulakan...

A. Ninie menggunakan plain grosgrain ribbon saiz 16mm. Potong kepada lebih kurang 22cm x 2 helai.

B. Jahitkan lebih kurang 6cm lebihan sepertimana gambar.


C. Rupa setelah dijahit.


D. Ambil sebelah kiri ribbon dan lipatkan ketengah. Anggaran (ninie main agak² je seimbang kiri kanan) sepertimana gambar.


E. Hasilnya setelah dijahit.


F. Ambil pula hujung sebelah kanan dan lipatkan/bawa ketengah dan jahit. Ulang langkah B hingga F kepada 1 lagi bahagian ribbon.


G. Jadi, akan ada 2 ribbon yang sama saiznya sepertimana gambar.


H. Ambil kedua² ribbon, cantumkan/satukan sepertimana gambar dan dijahit kemas sekali lagi.


I. Hasilnya mestilah kelihatan seperti ini. (rujuk gambar)


J. Guntingkan hujung ribbon agar menjadi tajam seperti dalam bulatan biru gambar di atas.


K. Untuk kemaskan agar jahitan tidak nampak, Ninie menggunakan ribbon hitam bersaiz 1cm dan juga buckle/ribbon slider. Anda boleh menggunakan kreativiti sendiri.


L. Ribbon dan bucle diletakkan ditengah² untuk menutup jahitan supaya nampak lebih kemas. Ninie menggunakan gam UHU sahaja. Insya'Allah... kuat... boleh juga menggunakan hot glue gun.


M. Hasilnya.... Terpulang pada anda untuk dijadikan Brooch / Hair Clip.

4/6/12

Dato Siti Nurhaliza - Bila Harus Memilih



"Meski Cintaku Padamu
Lebih Dari Yang Kau Tahu
Namun Mengerti Kasih
Tak Semudahnya Itu
Melupakan Yang Telah Kau Lakukan Padaku"


Lirik Lagu Bila Harus Memilih
"Siti Nurhaliza"

Dulu, Kau Pernah Berjanji Pada Diriku
Untuk Menjaga Dan Menyayangiku
Itu Bererti Sampai Akhirnya
Kau Meninggalkanku

Kini, Kau Ingin Kembali Pada Hatiku
Setelah Kau Pergi Meninggalkanku
Haruskah Hati
Memberi Kesempatan Dirimu

Chorus
Haruskah Aku Percaya
Segala Yang Kau Ucapkan
Kata Kata Maafmu, Kata Kata Memohon
Untuk Kembali Kepadaku

Meski Cintaku Padamu
Lebih Dari Yang Kau Tahu
Namun Mengerti Kasih
Tak Semudahnya Itu
Melupakan Yang Telah Kau Lakukan Padaku

Beri Aku Waktu
Untuk Memikirkan Yang Terbaik
Cinta Jadi Dilema
Pergi Ataupun Kembali


Nota Mama Comel : Ya'Allah, Tabahkan hatiku menempuh ujian dan dugaan dariMu. Sesunnguhnya Kau mengerti di sebalik apa yang terjadi...

4/4/12

TUTORIAL : Pasang/Masukkan Lagu Dalam Entry Blog

Alhamdulillah... Actually mula² tu pening macamana nak buat...Sebelum ni pernah buat, tapi lupa aja. Teringat yang dulu pernah GOOGLE dan terjumpa dalam web Mommy Pinky... So kredit kepada Mommy Pinky untuk tutorial ni. Amat berguna buat Ninie.

Tutorial dalam blog ni adalah berdasarkan fahaman Ninie (Ikut cara Ninie tapi asasnya sama macam yang diajar oleh Mommy Pinky)

Ninie gunakan lagu Agnes Monica : Matahari untuk tutorial ni ye... Hasilnya...



STEP :
1) Mesti ada lagu format MP3
2) File Hosting : FileDen (Mesti daftar dulu) @ KLIK SINI

Bila dah daftar, Klik pada UPLOAD



A. Klik BROWSE
B. Contoh : Ninie pilih lagu Matahariku : Agnes Monica
C. Lepas tu Klik Button UPLOAD FILES

Bila dah klik UPLOAD, akan keluar paparan seperti di atas, kepantasannya meng'upload' terpulang pada internet dan juga komputer anda ye...


Hasilnya nanti macam di atas ni ye...


Kemudian klik pada 'Direct URLs'. Kod ini yang kita mahukan.

***********************************************************
Jika nak hasil seperti contoh HASIL di atas tu sila klik SINI


Nampak ruangan yang Ninie dah kotakkan dengan warna 'pink' tu? Masukkan kode (Paste) 'Direct URLs' link tadi. Terpulang pada anda nak ubah warna @ apapun...

Kemudian dah siap semuanya, ambil/ copy html-code dan paste di entry anda.

Selamat mencuba!

4/3/12

Facebook... Wat Ninie Tension...

Mood tension come again...
Tengok dua gambar kat bawah ni.....
Sibuk join CGL, Add friend... 'lastly' amik... urm... sakit jiwa betullah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...