Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

4/7/16

[Bergambar] Petua Anak Demam Panas

Sumber FB

1. Mandi dengan air suam
-Salah satu cara menurunkan panas adalah berendam atau mandi dengan air suam. Air suam membuatkan badan berasa lebih segar dan demam akan beransur hilang.
2. Tuam kepala dan badan anak
-Ambil tuala dan rendamkan ke dalam air, kemudian tuam ke seluruh badan anak anda terutam pada bahagian kepala serta di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki
3 Beri makanan mudah hadam
-Pastikan perut anak tidak kosong. Masakkan bubur atau makanan lembut yang tidak menyakitkan tekaknya. Jika tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit.
4. Beri anak minum banyak air
-Beri anak air masak secukupnya. Ketika demam, suhu badan yang meningkat menyebabkan badannya kekeringan atau dehidrasi. Badan yang kekeringan air akan melambatkan proses penyembuhan.
5. Pakaikan anak dengan pakaian yang nipis.
Ketika anak demam, pakaikan mereka pakaian yang nipis dan selesa. Jangan selimutkan anak anda kerana iaya akan meningkatkan suhu badan. Letakkan anak di bilik yang suhunya lebih sejuk.
6. Sentiasa berada di sisi anak
-Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Tanyakan keperluannya, perasaannya, berbual-bual dengannya. Berilah semangat kepada anak untuk cepat-cepat sembuh.

4/6/16

Kriteria Fesyen Blogger Malaysia yang Sukses

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian,kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain).

Fesyen itu mempengaruhi gaya hidup dan memberikan kesan pada setiap peringkat kehidupan. Fesyen dikatakan adalah aliran yang lazim merebak pada masyarakat selari dengan sejarah dunia. Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan, dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kelengkapan kehidupan.


Have you ever considered yourself to be a fashion blogger? Jika di negara-negara Barat, penulisan blog berkisarkan fesyen dianggap sebagai kerjaya yang cukup glamour dan menguntungkan. Di Malaysia sendiri, semakin ramai rakan-rakan blogger yang kini menulis mengenai fesyen dan mempunyai jumlah pengikut yang cukup ramai.

Bukan sekadar blogger, mereka-mereka ini juga turut dikenali sebagai trend setters dan juga media influencers. Soalan pertama, adakah susah untuk menulis mengenai fesyen? Dan soalan yang kedua, apakah kriteria utama yang perlu ada untuk menjadikan anda seorang fesyen blogger Malaysia yang sukses?

Well, jika anda ingin memulakan kerjaya sebagai seorang fesyen blogger yang dikenali di Malaysia, berikut merupakan beberapa krieria yang wajib anda tahu;


1. Pertama sekali, anda harus mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai dunia fesyen. Apa trend-trend fesyen yang terkini, apa fesyen yang tidak sesuai untuk digayakan, atau erti kata lain, anda harus menjadi seorang ‘fasion expert’.

2. Kedua, anda juga haruslah mempunyai minat yang mendalam mengenai bidang fesyen. Sukar untuk anda menulis bahan bacaan yang berkualiti jika anda tidak mempunyai minat atau ‘passion’.

3. Anda juga haruslah menjadi seorang trend setter dan berani bereksperimen trend-trend fesyen yang terbaru.

4. Rajinkan diri untuk membuat kajian dan libatkan diri anda dengan mereka-mereka yang berada dalam industri fesyen. Get exposure!

4/4/16

Kat Mana Nak Beli Dies Untuk Mesin Big Shoot?

Terima kasih kepada anda yang sudi menjengah ke blog kecil Ninie sehingga hari ini… Walaupun hanya sekadar lalu sahaja…Orang cakap apa tu? Jeling² gitu…. Maaf juga kepada komen² yang tak sempat Ninie nak balas.

Tertarik dengan salah satu komen di entry Big Shot & Dies For Craft (Tinggal Kenangan). Dimana nak beli dies untuk mesin big shoot tersebut.

Kepada yang mencari tu boleh rajin²kan diri anda masuk ke Facebook berikut ye… (Sekadar yang Ninie tahu…Harap dapat membantu). Sila search nama² mereka ini :

LAZY BEE
DINAR RANI
NJ BUTTON BADGE
ARIENA JAMAL
NGU SIEW SEE
JEMARI SAL
PUTERI JUE
SUS n d FELT

Selain itu boleh juga search group : BIG SHOOT GROUP dan SIZZIX DIE-CUTS. Jadi anda boleh mencarinya di situ sambal mendapat rakan-rakan baru.

Happy Crafting & Happy Sewing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...