Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

1/20/13

Penangan 'Hot Glue'

18.01.2013 - Jumaat 

Tak tahu nak gambarkan bagaimana. Tapi yang pasti sakit sungguh!
Lepas solat Isya', Ninie siapkan order customer terlebih dahulu sebelum rancangan Maharaja Lawak Mega bersiaran. Si bongsu dalam rumah ni pula tak habis² datang menjengah minta gula². Walaupun dah di beritahu sekejap lagi Mama turun sebab nak buat kerja dulu... Tapi si Adik sekejap² naik minta lagi. Nak dijadikan cerita, waktu ini Ninie tengah letak hot glue atas piring brooch. Datang si Adik mendesak lagi. Ninie yang mula rasa 'hot' berpaling memandang dan terlepas la piring tu dan terkena lak kat jari ni.

Sakitnya bukan kepalang. Menitis juga air mata ini dibuatnya. Berdenyut². Walaupun ini bukanlah pertama kali kena pada jari mahupun tangan, tapi ini merupakan kali pertama sakitnya bukan kepalang...Adik?  Dah lari menyorok sebab takut kena marah.

Di bawah ni gambar masa kena hot glue masih melekat... sakit berdenyut² tak tahu nak cakap macamana. Mungkin macam bila jari kena kepi pintu kut.

Ini gambar keesokkan harinya... pergh... mengelembung....

1/17/13

Gara² Leka... Hangit Sayur Mama

16.01.2012 Rabu

Mama Off dari bekerja hari ni... Kenapa tah rasa tak larat nak memandu.... So only stay at home today.... Jadi suri rumah... wakakaka.... Rutin biasa... Basuh + sidai kain.. Kemas rumah... Pergi kedai jap cari lauk nak masak tengahari... Siang lauk pauk... memasak....

Nak jadikan cerita bab memasak ni la.... Boleh pula leka ngadap PC hingga lupa jap kuali di dapur tu yang ditinggalkan sebentar menggunakan api perlahan. Tiba² terbau hangit weh... Alamak... Sayur Mama....

Terus berlari ke dapur... huhuhu hangit la sikit.. Tapi masih boleh dimakan lagi... Cuma... sayur nya dah lembik sangat dah...urm... anak² & Hubby tak makan nanti...Mama telan sendiri ajalah...

Inilah rupanya sayur tadi.... See.... hangit sikit.....

Ni rupanya dalam kuali tadi...

1/1/13

TUTORIAL : 'Autoplay' Lagu Menggunakan Muzicons

Rentetan dari entry ini :
TUTORIAL : Pasang/Masukkan lagu dalam entry blog. Sila Klik SINI.

Ada juga yang bertanya bagaimana nak autoplay lagu... Jadi di sini tutorialnya. Diharapkan dapat menjawab persoalan yang diajukan oleh Nana.


1) Masih sama seperti Tutorial dahulu. Login ke File Hosting anda @ FileDEN. Klik File seperti anak panah di bawah...

2) Pilih lagu yang anda kehendaki dan 'right klik', ambil 'properties'

3) Klik pada URL (seperti dalam bulatan kuning) dan URL lagu tersebut akan keluar sepertimana yang ditunjukkan dalam bulatan merah jambu dibawah. COPY URL tersebut...

4) Buka web http://muzicons.com/
Kemudian 'paste' kan url anda tadi di ruangan 02. music 

5) Dah siap setting warna/icon/sepertimana yang anda kehendaki. Sila copy html-code sepertimana dalam bulatan hitam sepertimana gambar di bawah.

6) Kemudian Buka paparan blogger anda....
LAYOUT -> ADD GADJET -> HTML / JAVASCRIPT
*Copy kod anda tadi. Kemudian cari ayat sepertimana dalam kotak pink dibawah :
flashvars="&nomuz=muzicon%


7) Kemudian tambahkan autostart=1 sepertimana di dalam kotak biru dibawah.

8) Klik save dan buka blog anda... Ni bila Ninie masukkan dalam blog Ninie. Sepertimana paparan dibawah ini. Sekarang ni dah tak ada. Cuma untuk buat tutorial ini sahaja.

Tanda²/ Sikap Isteri Mula Curang

Dulu Ninie pernah keluarkan entry ini :
Tanda² Suami Mula Curang

Jika dulu suami... sekarang untuk si isteri... Barulah Adil kan?
Tepuk dada tanya selera.... perkongsian sahaja... diperolehi melalui FB

Tanda-Tanda sikap isteri curang

1.Dia selalu berasa emosi dengan anda/perkara kecil pun anda menjadi pergaduhan

2.Dia membeli seluardalam/bra atau baju baru

3.Dia memulakan membuat E-mail baru tanpa pengetahuan anda

4.Dia sering keluar bersama rakan-rakan wanita untuk beberapa jam

5.Dia mempunyai pil pencegahan keluarga/pil perancang

6.Dia mula menyimpan nombor telefon dan telefon yang di akaunkan kepada nama syarikat/tanpa pengetahuan anda

7.Dia kehilangan cincin perkahwinan/cincin perkahwinan berpindah dari kiri ke kanan atau sebaliknya

8.Dia memadamkan mesej atau daftar setiap panggilan/ memadamkan setiap mesej di peti e-mail

9.Dia sering mencurigai anda contoh:memeriksa email atau telefon anda seperti mana yang dia lakukan dibelakang anda

10.Dia akan mengatakan “macam mana kalau saya sudah mati”

11.Dia mengeluarkan barangan mainan anak-anak daripada kereta

12.Dia mendapat calar kecil dibahagian leher atau belakang

13.Dia berhenti melakukan hubungan badan buat tempoh yang lama

14.Dia tidak ingin anda melihat tubuhnya dalam tempoh seminggu atau lebih/kerana mungkin ada kesan tanda merah ditubuhnya(love bite)

15.Dia memulakan pergaduhan dan pergi keluar untuk membeli belah

16.Dia membenarkan anda keluar dan anda boleh balik rumah pada lewat petang

17.Dia mengambil cuti kerja tanpa pengetahuan anda

18.Dia menunjukan reaksi kurang selesa dengan anda

19.Dia mengambil lebih banyak masa dengan komputer daripada anda/termasuk apabila anda sudah tidur

20.Dia keluar rumah bila tengah malam/semasa anda tiada dirumah

21.Dia menyimpan barangan kecil yang anda tidak pernah belikan atau yang dia pernah beli dan tunjukan kepada anda

22.Dia lebih banyak mendiamkan diri dan termenung bila anda perhatikan dan memarahi anda bila menegurnya

23.Apabila suami menyambut telefon milik isteri yang tertera nama wanita tetapi talian ditutup oleh pendail.

24.Dia mengatakan ada yang tidak kena pada dirinya/tidak berasa sehat dan masuk tidur(perbuatan yang kerap)

25.Dia menyambut telefon dan berpura-pura rakan wanita yang menghubungi kemudian bercerita dengan nada suara yang lembut

26.Dia mula membandingkan anda dengan orang lain

27.Dia sering menceritakan rakan sekerjanya (lelaki) kepada anda

28.Akhir-akhir ini anda sukar membawanya untuk keluar makan tengahari sewaktu rehat/alasan sibuk

29.Dia melarang anda membuka email nya dengan alasan terlalu peribadi

30.Keadaan suasana rumah tidak teratur/barang-barang tidak berkemas/tidak mengemas rumah

31.Dia kurang berminat aktiviti bersama anak-anak/beriadah dan sebagainya

32.Dia akan menolak pelawaan jika anda membawanya ke pusat membeli-belah/tempat biasa kamu pergi bersama dengan beberapa alasan

33.Dia akan membawa beberapa helai seluar dalam di dalam beg tangan

34.Dia keluar rumah harum semerbak bagai bidadari namun pulang kerumah seperti pekerja binaan banggunan(contoh)

35.Dia sering bertanya adakah anda ada teman wanita/curiga

36.Dia sering bertanyakan alamat-alamat tempat tinggal kawan anda/untuk kemudahan untuknya dating dengan kekasihnya

37.Dia mula berminat dengan muzik-muzik yang memang anda tahu dia tidak meminati muzik itu

38.Dia mula berminat mengenai bola sepak tetapi berlainan kelab dengan anda/sebagai contoh: anda meminati manchester united dan isteri anda dengan tiba-tiba meminati pasukan chelsea( ada kemungkinan )

39.Dia tidak ingin anda membasuh baju-baju/pakaian miliknya

40.Anda menghidu wangian lain di pakaian isteri selain wangian miliknya atau milik anda

41.Dia akan memarahi/sangat marah sentuhan daripada anda dan dia mengatakan anda miang dan dia tidak selesa

42.Dia mula bekerja lebih masa namun tiada bayaran masuk kedalam akaun gajinya/anda diminta merekodkan tarikh tersebut tanpa pengetahuannya dan cuba bertanya bila waktu dia buat kerja lebih masa (anda berpura-pura lupa)

43.Anda terserempak dia dirumah dimana hari yang sepatutnya dia bekerja

44.Dia sering hilang tumpuan ketika berbicara dengan anda

45.Dia akan mengubah setiap perangai orang dirumah dengan tiba-tiba

46.Dia akan menunjukan minat kepada benda pelik-pelik yang selama ini anda tidak tahu

47.Dia akan mengeluarkan loghat yang lain ketika berkata-kata/maksud:cara dia bercakap

48.Dengan secara tidak sengaja dia memanggil anda “sayang” & “darling” padahal selama ini dia memanggil anda abah, abang atau nama/termasuk ketika membuat hubungan badan

49.Anda terjumpa CD lagu penyanyi lelaki dalam simpanannya

50.Ada beberapa kesan lipstik melekat pada tisu muka di dalam beg tangan/dalam jumlah lebih dari 3/dia akan menyapu bekas lipstik untuk membuat ciuman

51.Anda merasa curiga dan menyergahnya di depan pintu rumah/apabila isteri balik dalam keadaan mencurigakan dan tangan si isteri akan bergetar-getar ketakutan apabila anda memegang tangannya

52.Apabila isteri anda pulang kerumah anda memeluk dan cuba menghidu bau badan isteri/periksa kalau ada bau yang pelik atau wangian lain sebelum si isteri pergi mandi/jika dia marah? confirm ada jantan lain

53.Dia akan tidur berasingan/ membelakangkan anda / tidak memeluk anda seperti biasa

54.Dia tidak melayani anda dengan baik tetapi sering menyanyikan lagu-lagu cinta

55.Pada hujung minggu dia asyik membawa anda bertengkar namun bila hari esok dimana hari bekerja dia kelihatan ceria dan semangat pergi ke tempat kerja

56.Dia asyik bercakap tidak mahu anak lagi/tidak mahu mengandung

57.Apabila dia tahu mengandung dia cepat-cepat ingin gugurkan kandungan/dengan alasan belum bersedia mahu anak lagi

58.Anda merasa pelik isteri datang haid pada hari yang bukan sepatutnya/kemungkinan dia menggurkan anak itu dan tidak mahu anda tahu milik siapa anak itu.(mungkin si isteri tidak dapat memastikan siapa ayah bayi itu anda atau kekasihnya)

59.Dia akan tergesa-gesa menutup komputer dirumah apabila mengetahui anda tiba-tiba pulang

60.Dia mula mengubah suai dirinya dengan baju baru dan mencantikan diri namun masih melayan anda dengan buruk

61.Anda memeriksa hutang kad kredit isteri berlambak namun barangan yang dibawa pulang tidak sama nilai dengan yang ada

62.Anda memeriksa beg tangan/dompet isteri dan terjumpa bil pembelian dari kedai/shoping mall dimana tarikh dan masa dimana isteri patut pergi bekerja,kerja lebih masa atau kerja dihujung minggu./anda di nasihatkan merekod hari dimana isteri anda kerja lebih masa

63.Anda terjumpa BIL/CEK “HOTEL/RUMAH PENGINAPAN” dalam beg tangan , dompet atau dimana sahaja termasuk dalam pakaian

64.Anda terjumpa kepingan kertas atau bil pembelian yang tertera “no telefon, email atau alamat /walau nama wanita sekalipun di atas kertas itu ANda mestilah siasat perkara itu

65.Ketika dia asyik bermain komputer tidak salah jika anda cuba mematikan suis elektrik utama.Lihat reaksinya, adakah dia akan panik? jika ada masa dan peluang anda boleh menyerbu komputer itu dan periksa apa yang dilawati oleh si isteri

66.Dia selalu mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda

67.Dia akan menyimpan set pakaian yang cantik-cantik , barang kemas yang berasingan daripada pakaian dan barang kemasnya yang lain

68.Dia akan menyusun set pakaian, alat solekan, barang kemas , kasut dan lain-lain lagi termasuk beg tangan , jam atau seluar dalam mengikut kedudukan yang teratur mengikut hari apa yang dia akan gunakan.Mengenai ini anda harus memerhatikan susunan tersebut dengan teliti dan merekod kan setiap susunan tersebut.Jika anda dapati salah satu pakaian itu tiada dalam susunan dan anda tidak melihat pakaian tersebut digunakan oleh isteri anda mahupun telah di cuci memang sah pakaian atau benda itu dia gunakan untuk berjumpa seseorang.Biasanya, perempuan ini sangat cerewet tentang harta benda miliknya dan jika di pinjam dia akan memberitahu anda atau melenting seorang diri.

69.Dia akan segera mencuci seluar dalam apabila pulang dari kerja atau baru pulang dari keluar rumah yang pada biasanya memang jarang orang mencuci seluar dalam setibanya pulang ke rumah.(datang haid 100% dikecualikan)

70.Dia akan berhubung melalui sms atau telefon didalam tandas dan tahap bunyi telefon akan di padamkan

71.dia akan menghubungi kekasihnya apabila anak-anak atau anda sudah nyenyak tidur(anda mungkin tengah berdengkur).Jika dia terdesak kerana anda belum tidur dia akan memberi *Ehem* semua suami tentu paham kan.(nafkah batin lah)

72.Dia akan mula bersubahat dengan rakan wanita kononnya meminta izin untuk membawa dirinya keluar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...