Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

5/22/13

Langit Nan Merah

21.05.2013 - Selasa

Jam dah 7.20petang.. Maksudnya hari dah senja.... selalunya bila jenguk ke luar rumah, cuaca dah mulai gelap. Tapi semalam... Langit nampak merah... Huhuhu.. siap nampak pelangi lagi... Hubby ajak keluar tengok... Ninie? Jomkan aja.... Anak² silakan naik mandi ye...

Nampak tak pelangi di awan? atas rumah kami tu...(rumah quarters kerajaan ye..)

Ninie nak pose juga... siap kena tegur dengan jiran weh...

Susah nak ambil gambar langit merah ni kes tak pandai nak setting camera. Guna yang mana ada je... Nampaklah juga merahnya tu kan..... In reality... warna langit memang bukan gelap/mendung... CANTIK! SUBHANALLAH... tak pernah lihat langi secantik itu... Ikut hati nak je gi ke bukit.. Tapi nanti apa kata orang pula suami isteri ni buat di kala Maghrib hari... hihihi


5/20/13

PANDUAN : Doa Menghadapi Peperiksaan

Masa cukup pantas berlalu. Sekejap sahaja sudah masuk hampir pertengahan tahun. Sabtu 18.05.2013 Ihsan menunjukkan jadual waktu pepeiksaannya. Bermula hari ini Isnin 20.05.2013. Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan tepat anakku...

1. DI WAKTU TURUN DARI RUMAH :
A. Membaca ayat kursiy dengan tenang serta niatkan untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
B. Turun dengan kaki kanan dahulu serta ucapkan Bismillah.

2. DI WAKTU MENUJU DEWAN PEPERIKSAAN :
Bacaan ini selain dibaca dalam perjalanan menuju ke masjid boleh juga digunakan keberkatannya untuk menghadapi peperiksaan.

Ertinya :
 “ Wahai Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dan pada lidahku cahaya , dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya dan di hadapanku cahaya, Wahai Allah, kurniakanlah padaku cahaya”. 


3. DI WAKTU MULA MENJALANI PEPERIKSAAN:
A. Bacakan Surah al-Fatihah, memohon pada Allah agar dibukakan segala ingatan dan fikiran.
B. Bacakan ayat al-Kursiy dengan niat meminta pada Allah agar Dia menghilangkan segala kegementaran hati dan agar memperolehi kejayaan sekaligus.

4. DI WAKTU MULA MENJALANI PEPERIKSAAN :

 Ertinya :
Segala pujian bagi Allah dengan sebenar-benar pujian. Salawat dan salam kepada utusanNya Nabi Muhammad dan keluarganya. 


5 .WAKTU TERLUPA SESUATU PELAJARAN :

Ertinya :
“Wahai Allah (tumpuan segala makhluknya)” “Wahai Tuhan yang mengembalikan segala sesuatu”. 

Ertinya : 
   “Wahai Allah, peringatkanlah kepadaku apa yang aku terlupa dengan sebab menyebut Engkau ya Allah s.a.w”

Ertinya :
 “Wahai Tuhanku, bukakanlah kepadaku pengetahuan orang-orang yang arif dengan hikmatmu. Dan peringatkanlah aku apa yang aku lupa”. 




Dan baca solawat berikut :


Ertinya : 
 “Wahai Allah, solawat dan salamkan ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. Pada setiap kerlipan mata dan denyutan nafas menurut banyaknya bilangan segala perkara di dalam pengetahuan Engkau”.


6. DI WAKTU SUSAH MENJAWAB SOALAN :


Ertinya : 
 “Wahai Allah tiadalah kemudahan itu melainkan apa yang Engkau jadikannya  mudah,
Sedang Engkau memang boleh menjadikan yang sukar itu mudah bila Engkau kehendaki”. 


Dan ulang-ulangkan ayat :


Ertinya : 
 “ Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan” 

7. SEWAKTU SELESAI MENJAWAB SOALAN :

 Ertinya :
 Segala pujian bagi Allah bagi setiap keadaan


Antara lainnya setelah dicari² melalui GOOGLE :

1) Fatihah
2) Selawat Syifa
3) Surah Al-Isyrah
4) Doa Penerang Hati N.Musa. (Rabbisrohli Sodri..)
5) Doa Penerang Hati. (Allahumaftah..)

Dari segi makanan pula, amalkan makan kismis. Ramai yang tahu kismis sememangnya dapat menguatkan minda. Tetapi teknik memakan kismis juga perlu betul utk menzahirkan kekuatan minda. Cara makannya seperti berikut.

1) Makan dalam bilangan yg ganjil.
2) Makan satu persatu.
3) Makan isi dahulu, kemudian baru kulit kismis. (mula2 gigit kulit sikit2 dlm mulut, then baru kunyah isi) InsyaAllah cara makan yg baik tersebut mudah-mudahan akan mendapat keberkatan.

Walauapapun jgn lupa berdoa. “Ya Allah kasihanilah daku & permudahkanlah untukku menjawab soalan peperiksaan ini”

5/17/13

Lirik : Terima Kasih Cikgu – Najwa Latif feat Upin Ipin

Masa hari guru...Ihsan ada masuk persembahan. Seronok juga bila dengar ceritanya... Menyanyikan lagu dalam cerita upin dan ipin FT Najwa Latif... Terima Kasih Cikgu.



Lirik lagunya...:

Lirik Lagu Terima Kasih Cikgu – Najwa Latif feat Upin Ipin
Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira

Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasi pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

5/16/13

Selamat Hari Guru... Terima Kasih Cikgu!

Guru…
Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru…
 

Adakala …
kita dicaci,
kita dimusuhi,
kita dimarahi,
kita tidak dihargai.
tapi …
kita kan tetap tersenyum … walaupun dalam pilu
kita kan tetap melangkah … biarpun hampir rebah
kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar … meskipun hati tercalar dan maruah tercabar.
Sacrifice is greater than love
character is greater than beauty
humanity is greater than wealth
 

BUT
nothing is greater than a teacher
Meski menangis dalam tawa
m eski senyum dalam duka
meski pahit bagai gula
sabarlah
redalah
kerana kita guru yang kental jiwa dan raga
mendidik anak bangsa
dulu, kini dan selamanya.
 

Banyak dapat bunga?
Tanda tugas guru mengharumkan dunia
Dapat pen?
Tanda guru bijak melakar kata
Dapat pemadam?
Tanda guru sentiasa membetulkan yang salah
Dapat mesej?
Tanda guru sentiasa dalam ingatan
 

Guru bagaikan NTV7 kerana ‘ceria selalu’
Kekadang guru seakan TV3 kerana ‘menjadi inspirasi hidupku’
Yang pasti guru juga seperti TV9 kerana ‘dekat di hati’
dan yang paling penting guru umpama pakej ASTRO kerana ‘ macam-macam ada’
Mak cakap CIKGU macam MAGGIE, makanan rutin ‘time’ susah,
Ayah cakap CIKGU macam D’SEEKERS, menakutkan…
Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada…
Tapi…saya cakap CIKGU macam L’OREAL kerana dirimu begitu berharga!
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU… ‘SATU ASPIRASI SATU AGENDA’
 

5/8/13

7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki


1) Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa Billah." (HR. At-Tabrani)

2) Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul malikul haqqul mubin' maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami)

3) Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

4)Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

5) Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

6) Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat ALLAH, berzikirlah mengingat ALLAH. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya."

7) "Membaca Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...