Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

7/23/15

Petua Menyimpan Makanan

Apabila membeli belah barang dapur, ada ketikanya bahan basah dan sayuran sukar kekal segar. Beberapa petua orang lama untuk menyimpan makanan. Semoga bermanafaat.

Menyimpan udang
Cuci udang hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.


Mengekalkan rasa manis ikan
Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh. Bungkus dengan surat khabar kemudian simpan dalam peti sejuk. Basuh ikan hingga bersih hanya apabila akan dimasak. Cara ini dapat juga mengekalkan kesegaran ikan.


Mengekalkan kesegaran ikan
Cara lain menyimpan ikan, susunkan ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di peti beku. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari.

Boleh juga jika di simpan dalam peti beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hinga menutupi ikan.

Kelapa parut tidak masam
Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam.


Santan tahan lama
Masukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata. Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih dan berikat dalam peti beku tanpa garam.

Telur tahan lama
Bersihkan telur dengan air dan lap sehingga kering. Simpannya dalam bekas berisi beras pulut. Elakkan telur daripada terjemur.

Jika ingin simpan dalam peti sejuk, letakkan telur dalam bekas berisi air. Telur akan tahan lama dan tidak busuk.

Mengekalkan kerapuhan ulam-ulaman
Rendamkan ulam-ulaman dalam air bercampur dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika dan toskan. Ulam-ulaman akan kekal rangup dan segar walaupun selepas beberapa ketika.

Mengelakkan sayur layu
Bungkus sayur-sayuran dengan surat khabar yang telah dilembabkan. Hasilnya sayur tidak akan cepat layu.

Elakkan beras daripada bubuk atau kutu beras
Lakukan antara pilihan berikut. Masukkan bawang putih yang tidak dikopek, daun limau, daun nangka atau 6 tangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan.

Bawang kisar atau lada kisar tahan lama
Kisar lada atau bawang dengan minyak dan bukan dengan air. Bagi lada kering, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu. Simpan di peti sejuk dalam bekas kedap udara.



7/22/15

Cara Hilangkan Sakit Gigi Secara Semulajadi Tanpa Ubat²an

Entry berkaitan :
Doa & Petua Untuk Sakit Gigi

********************************************************

Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi. Segala peringkat umur mengalaminya. Lebih-lebih lagi pada yang hamil atau mengandung. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja, perilaku akan terbantut.

Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi. Jika tidak diubati secepat mungkin, ia juga boleh mengakibatkan sakit jantung dan juga stroke.

Bagaimanakan untuk menghilangkan sakit gigi? Perkara pertama yang akan terlintas ialah berjumpa dengan doktor gigi. Namun ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi, dan lebih memilih untuk mengubatinya sendiri. Di sini ada petua-petua yang mungkin boleh hilangkan atau redakan sakit gigi.

Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah:

1. Hilangkan plak
Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.


2. Minyak gamat
Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit. 3. Gigit bunga cengkihGigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.


3. Gigit bunga cengkih
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.


4. Kumur dengan air garam
Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.


5. Kapur sirih
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

6. Kumur air rebusan sirih
Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

7. Lidah buaya
Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

8. Habbatus Sauda
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. Daun serai
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. Tomato muda
Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya. Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

11. Gambir
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

12. Kumur garam, air dan limau nipis
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

13. Asam jawa
Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

14. Bawang putih
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.



Sakit gigi amatlah menyakitkan dan sesiapa yang mengalaminya pasti rasa tidak senang duduk.
Namun untuk membiarkan ianya tidak berlarutan,selalulah menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan, kerana karies gigi boleh berlaku apabila anda membiarkan bakteria di dalam mulut. Jika sakit gigi berlarutan, jumpalah doktor gigi untuk rawatan lanjut.

7/21/15

Doa dan Zikir Ketika Memasak


Makanan yang dimasak dengan hati yang ikhlas, penuh adab dan terjaga kesuciannya adalah rahsia air tangan ibu solehah dan penambat kasih sayang keluarga.

Mulakan dengan lafaz Bismillah setiap kali memasak.

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus daripada rahmat Allah SAW"

Lidah dan hati hendaklah sentiasa berzikir dan berselawat. Bukan sahaja memperolehi pahala malah menambahkan lagi keberkatan rezeki yang dikurniakan Ilahi. Makanan yang berkah sumber kesihatan badan yang baik, Insya Allah.


Doa Masuk Dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

“Robbanaaa Aatinaa mil ladunka rohmatan wahai yik lanaa min amrinaa rosyadaa.” 

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ

“Alhamdulillah hillazii aot’amanaa min ju’.”

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.


Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

“Allahumma bariklana fihi wa ath ‘imna khairan minhu”

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)


Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

“Lai salahaa min duunillahi kaasyifah.”

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58] (Kacau ikut lawan jam)


Doa Potong Sayur & Buah(Baca 3 kali)

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

“Fazabahuu haa wa maa kaaduu yaf ‘aluunn.”

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]


Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Fasayakfiikahumullahu wa huwassamii ‘ul ‘aliim.”

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]


Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Watarzuqu man tasyaaau bighoiri hisaab.”

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x

Membaca surah Insyirah
Juga boleh dilakukan supaya apabila anak-anak makan makan tersebut, Allah akan menerangkan hati dan memudahkan ia faham akan ilmu yang dipelajari.

Semoga yang sedikit ini boleh memberi manfaat kepada kita dan semoga Allah Ta’ala memberikan kemudahan kepada kita semua dalam mengamalkan apa yang kita ketahui, kerana hakikatnya ilmu adalah amal itu sendiri.

7/10/15

Cara Buat Kelongsong/Sarung Ketupat Daun Kelapa

Teringat masa kecil² dulu selalunya Mak & Ayah  Ninie akan buat ketupat nasi guna daun kelapa muda (maksud Ninie kelongsong/sarungnya). Mula² tengok²kan aja... Tetapi keinginan nak tahu cara buat itu memuncak. Jadi, minta  tolong Mak & Ayah ajarkan. Pada mula² nak buat tu memang tahan telinga juga kena bebel sebab sekejap² kang barai... Pergh.... Mula² ingatkan senang je sebab tengok Mak & Ayah buat laju je.... Ninie selalu ambil part ketatkan sarung ketupat je masa tu.

Bila belajar menganyam ketupat ni, rupanya agak rumit juga... Tak kena cara pegang, barai... Tak kena cara selang seli, tak jadi...sudahnya barai balik...kikiki... bersimpang siur tangan rasanya waktu itu. Tapi... 'dont give up!'. Akhirnya Ninie berjaya walaupun sekadar ketupat sate je dah bangga kembang² hidung gitu. Wakakaka....

Sekarang ni zaman dah moden, daun kelapa pun payah nak dapat... Mak Ninie lebih suka guna nasi impit segera je. Senang katanya... Tapi Alhamdulillah cara² nak buat ketupat masih lagi Ninie boleh adaptasi...kikiki... kiranya masih ingat lagi dan belum lupalah....

Kemudian selalu juga tolong Mak masukkan beras dalam sarung ketupat ni... Kurang beras, hasilnya nasi jadi lembik... Lebih sangat, jadi keras. Jadi kenalah pandai nak agak² waktu masukkan beras tu. Selalunya Mak lah yang akan bahagian semakan kekemasan. Oh ye... pastikan beras tu sudah dibasuh terlebih dahulu dan ditoskan ye.... Anggaran beras dalam kelongsong selalunya separuh dari kelongsong...Senang je....

Tapi Ninie reti ketupat sate dan bawang je... Yang lain² tak ingat lah... Mau godek² boleh la kut...hihihi...

Ha... Ini Ninie google dan terjumpa cara² menganyam ketupat bergambar... Tak faham? Kena cari tok guru lah kalau macam tu.... Nak video? Haaaaaa tengok di YouTube ye....




7/1/15

Lirik Lagu Amira Othman : Hati Hati

Lirik Lagu
Amira - Hati Hati



Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Wahai merpati dua sejoli
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...