Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/17/12

Bersama Salah Seorang Peserta Masterchef Selebriti Malaysia 2012

10.06.2012 - Ahad

Amboi²... Kompem satu Malaysia ni kenal dengan AA @ Azwan Haji Ali. Sebenarnya, hari Ahad hari tu Hubby bawa kami jalan² ke Kuantan Parade. Secara kebetulan pula team ASTRO tengah buat promosi tentang Masterchef Selebriti ni di Kuantan. Masa lalu di ruang promosi tu, ternampak AA ni tengah sibuk 'touch up' dan takde orang disekelilingnya. Hubby pula rajin nak melayan. Nak ambil gambar dengan dia ke? Soal Hubby.... Wah... tersengih sampai telinga dibuatnya.... Anak² malu pada mulanya... tapi nak juga...AA pula so 'friendly'

Musim Masterchef Malaysia siri 1 hari tu masa Ezani jadi juara... Ninie dengan Ihsan rajin sangat tengok. Tapi yang edisi selebriti ni langsung tak pernah tengok. Cuma tengok iklan je.... Ish... nanti ada masa terluang² Ninie tengoklah ye....

Sekitar gambar di kawasan Masterchef Selebriti di Kuantan Parade. Adalah sekeping dua...





*****Sedikit Info (Peserta MasterChef Selebriti Malaysia)******

Berikut adalah Senarai peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang bakal memulakan rakaman pertama pada 27 Mac 2012 . Pastinya rancangan ini mendapat sambutan yang hangat kerana program anjuran Astro Ria ini menampilkan artis untuk turut serta menyertai pertandingan ini. Saksikan Materchef Selebriti yang akan disiarkan Astro Ria mulai 25 Mei 2012.

Senarai 15 Peserta Masterchef Selebriti
  1. Serina Redzuawan
  2. Siti Sarah
  3. Jehan Miskin
  4. Tomok
  5. Karl Shafek
  6. Datuk Fazley Yaakob
  7. Farouk Hussein
  8. Major Dr. Faiz
  9. Angah Raja Lawak
  10. Raja Azmi
  11. Soo Wincci
  12. Julizan Adzlizan
  13. Thanuja
  14. Salamiah Hassan
  15. Louisa Chong


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...