Darling Ninie Family

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/12/12

Kau Milikku (Mesin Jahit Brother NV-950)

29.05.2012 (Selasa)
Sambungan dari entry ini : (Klik SINI)

Dari Kuala Lumpur setelah selesai mencari segala keperluan komputer En. Hubby, Kami bergerak ke Centerpoint Bussiness Park .Kg Baru Hicom, Shah Alam. Perjalanan kami sepenuhnya berdasarkan Garmin Hubby... Teramat² membantu...

Sebelum ke Kuala Lumpur lagi, Ninie dah 'survey' tentang mesin jahit Brother ni. Akan tetapi, ejen yang dihubungi sentiasa mengatakan stok di tangan sudah habis. Jika mahu juga, perlukan deposit dan bila barang sampai, kami akan dihubungi kelak... Uwa... tak mau... lambat.... Hubby pula kata... cari yang ada 'ready stok'. Tak apa kalau terpaksa pergi ambil sendiri pun.

Kemudian tengok di laman MUDAH.... Alhamdulillah tertera pada penjual tu ada 'ready stok'. Kebetulan ada stok pada penjual tersebut namun di Shah Alam. Hubby bagi lampu hijau. "Tak apa, kita pergi sana"... katanya... Takkan Ninie nak cakap tidak bukan? Tersenyum riang lagi adalah... Thanks SAYANG.... Sebenarnya tempoh promosi dah tamat. Dari harga RM 3999 hanya RM 1999 tetapi sehingga 25.05.2012 sahaja. En. Kamani adalah seorang ejen mesin jahit dan kebetulan dia ambil stok banyak. Terlalu laris katanya... dan dia juga bagi harga promosi pada kami walaupun tempoh promosi telah tamat. Anda boleh klik SINI untuk terus ke akaun mudah En. Kamani.

Sebenarnya sudah lama Ninie nak sebuah mesin jahit. Sejak dari jenis Epal yang begitu popular sebelum ini. Namun melihatkan sekarang Brother yang begitu popular, dibantu pula Hubby yang rajin buat 'research' dan bagi lampu hijau... "So grab' cepat... sebelum Hubby berubah fikiran... ngeeee

*******************************************************************************
'Story Mory' Mesin Jahit Brother :

Entry ini sepenuhnya Ninie ambil dari SINI
Sumber : Baisuddin Mesin Jahit



MESIN JAHIT : BROTHER NV-950


Mesin jahit sulam brother NV950 merupakan mesin jahit mudah alih yang kecil dan mudah dikendalikan. Dengan ciri-ciri tambahan seperti skrin sentuh dan port USB, mesin ini menjadi pilihan surirumah, pelajar, sulaman t-shirt dan penggiat seni kraf tangan sulam. Dengan dilengkapi dwi-fungsi iaitu jahitan biasa dan sulam berkomputer, pada harga yang ditawarkan amat berpatutan.


Mesin ini juga dilengkapi dengan paparan antaramuka yang mudah dan senang dikendalikan iaitu paparan skrin sentuh. Cara memasukkan benang mesin jahit brother ini juga adalah sangat senang, hanya dengan mengikut susunan nombor sehingga selesai.

Mesin ini juga dilengkapi dengan alat memasukkan benang kedalam jarum dengan sekali tekan sahaja tanpa memegang benang. Mesin ini juga dilengkapi dengan lampu LED putih pada ruang jahitan bagi menyinari dan menerangkan kawasan jahitan bagi memudahkan anda melihat hasil jahitan dengan lebih jelas.


Mesin ini berlainan dengan mesin sulam brother NV-90E kerana mesin ini boleh jahit biasa dan juga membuat sulaman. Sebanyak 129 corak jahitan abstrak dapat anda jahit selain 10 pilihan corak lubang butang yang dijahit secara automatik. Anda juga boleh memilih samada untuk menjahit menggunakan pemijak kaki atau terus menggunakan butang mula/berhenti untuk memulakan jahitan.

Untuk menjahit sulam, anda perlu memasangkan attachment yang disediakan bersama mesin ini, iaitu bahagian sulaman. Anda hanya perlu menyorong masuk bahagian sulaman ke arah mesin, memasang tapak sulam, dan menggunakan ram sulam. Saiz ram sulam untuk mesin ini ialah 100x100mm. Mesin NV-950 ini dibekalkan dengan 70 corak sulaman, 6 jenis font, dan juga sehingga 10 jenis border tersedia di dalam mesin. Selain itu, mesin ini didatangkan juga dengan CD yang memuatkan 126 corak sulaman tambahan yang boleh anda sulam menggunakan mesin ini. Dengan menanggalkan bahagian sulaman, paparan LED terus bertukar kepada paparan untuk menjahit biasa.


Selain daripada itu, mesin ini juga dilengkapi dengan slot memori card & slot USB. Oleh itu, anda dapat memperlbagaikan corak jahitan sulaman dengan memasukkan kad memori yang boleh dibeli dari Brother. Dengan upgrade slot USB daripada USB jenis ‘B’ kepada UBS jenis ‘A’, anda boleh terus cucuk pendrive anda terus ke mesin untuk mendapatkan corak sulaman dari dalam pendrive tersebut. Untuk pengetahuan anda, mesin sulam Brother NV-90E menggunakan slot USB jenis ‘B”. Anda boleh rujuk Wikipedia tentang jenis USB ini.

Mesin ini juga dilengkapi dengan kotak aksesori yang kiut dan mudah diselanggarakan. Kotak ini dilengkapi dengan tempat letak tapak mesin yang dapat memudahkan anda memilih tapak yang dikehendaki dengan cepat dan betul. Jaminan mesin ini adalah selama 1 tahun dari tarih pembelian. Harga bagi mesin jahit sulam NV-950 adalah RM3,999.00.

Berikut merupakan gambar yang saya ambil untuk rujukan semua. Klik pada gambar untuk besarkan gambar.
Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 tanpa sebarang attachment.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan meja tambahan yang memang disediakan bersama mesin.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan kotak aksesori yang sangat kiut yang dimuatkan pada mesin untuk tujuan penyimpanan.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan kotak aksesori yang telah dibuka. Tapak aksesori yang banyak dan pelbagai lagi aksesori diberi percuma.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 yang telah dipasang attachment sulam.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 yang sedang beroperasi. Ram akan bergerak sendiri, dan anda hanya perju duduk goyang kaki je sambil tunggu sulaman siap.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dan projek sulaman yang telah siap. Walaubagaimanapun, sulaman angry bird ini tidak didatangkan dengan mesin. Anda memerlukan software sulaman Brother iaitu PE-Design NEXT untuk pelbagaikan sulaman anda seperti ini. Sulaman seperti ini boleh anda pelbagaikan lagi dengan idea kreatif anda. Semoga berjaya.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dan hasil jahitan yang sangat memuaskan. Sila klik pada gambar untuk gambar lebih jelas. Tag nama tu memang saya hasilkan dengan mesin jahit ini tanpa software, hanya gunakan gabungan font dan border yang disediakan didalam mesin. Saya boleh ajarkan cara membuat name tag sulam tersebut apabila mesin sulam pelbagai fungsi ni menjadi milik anda.
Nota Mama : Alhamdulillah... Thanks A Lot to My Hubby : MOHAMAD ADLI...

16 comments:

iEdA said...

Wah..beshnyer...kalo dapat 1 neh bole isi ms lapang da.. ^_^

Darling Ninie @ Mama Comel said...

@iEdA
Memang best. Tapi bila dah ada ni... terkial² pula cara nak menggunakannya. Kena banyak searching dalam youtube...

azree yaacob said...

Kak ninie..nk tya..mana nk dpt software pe design next tu..sy br je beli mesin sulam yg sama tp software tu x disertakan skali.

Cikyam said...

salam'alaik ninie...
Ramadhan Kareem...(^_^)
Saya pun baru dapat hadiah dr hubby tersayang NV950. Memeng zero tntang mesin ni,tp dh lama berhajat utk memilikinya suatu hari nanti...Alhamdulillah,semalam impian jd kenyataan...
Ninie...Boleh ke jika saya nk tnya ninie mcmana nk guna mesin ni...sbb mmg x tau apa2 pasal mesin ni.cuma tau mesin ni mmg serbaguna...
Nt boleh tak ninie letak tutorial mcmana nk jahit corak2 sulaman dan buat tanda nama...ingat nk buat kat bekas pensil anak@baju diorg...hope ninie dapat bantu saya yer...(^_^)

Darling Ninie said...

@azree yaacob
Software pe desin tu kena beli dear... Memang tak disertakan sekali... Price ada sehingga RM4999 (Katanya ORI dari BROTHERS)... Murah sikit RM 1500... (Kedua²nya siap diberi tunjuk ajar)... @ Nak beli ngan Ninie je? Tapi study sendiri la...Berminat, Leh email : email yerk...

Darling Ninie said...

@Cikyam
Waalaikummussalam Cikyam...
Wah tahniah! dapat hadiah dari yang tersayang... Pastinya hati berbunga² ceria kan?
Cikyam, Ninie pun masih terkial² nak guna mesin ni. Mahir jahit lurus aja... Sulaman ada gak la buat sikit² sekadar mencuba... Tutorial? Urm jika diizinkan Allah, Insya'Allah... Sama² masih belajar.... Tapi boleh cuba buat kotak pensel dulu. Macam Ninie. Mudah je tu. Anak² pasti suka.

Tcer Rozita said...

Software pe design tu blh beli dr ninie ter. Murah sikit kot no..... Brp ya....

Darling Ninie said...

@Tcer Rozita
Boleh email Ninie jika berminat :
darlingninie.shoppe@gmail.com

Cikyam said...

Salam'alai, ninie...cikyam ni...
Cikyamnk tanya,klu ninie wat sulam guna nv950,ninie guna benang jenis@brand apa? Sbb cikyam beli benang sulam utk mesin,tp benang asyik putus,pastu benang simpul2 kt bhagian jahitan bawah...kenapa ek?ke ninie guna benang jahit biasa je?

Hana Maroo said...

as salam ninie.... alhamduliallh nampak entry ni... nak tnya, mcm mana after sales service dari en kamali tu yer? ok x? n nape ek machine ni dia jual murah? tq...

Darling Ninie said...

@Cikyam
Wsalam Cikyam...
Maaf late respon... Setakat ni Ninie guna benang biasa je sebab just sulam biasa. Belum mahir bab sulam menyulam ni... Asyik tak jadi je. Nak kena study lagi. Yang simpul² tu sebab bobbin bawah tu rasanya. Kemudian masa mula sulam tu jangan setting 'laju' terus. ambil yang 'slow' dahulu kemudian sikit² adjust setting masa tengah menjahit tu.

Darling Ninie said...

@Hana Maroo
W'salam Hana...
Mesin dia jual murah sebab ada promosi & mana² penjual mesin jahit ni memang jual harga promosi & ada iklannya di surat khabar waktu Ninie beli tu. Setakat ni Ninie guna alhamdulillah ok je. Almaklumlah tak guna sangat pun setakat jahit² biasa je. Service after sale tu tak ada apa dah sebab Ninie duk jauh sesangat dari tempat En. Kamani tu. If mereka yang duduk dekat² dengan tempat En. Kamani tu rasanya ok lah kut sebab En. ni ada kedai dan memang menjual mesin jahit. Seorang lagi penjual mesin jahit yang 'famous' di internet ni Zila Kasim. Cuba Google nama dia ya. Dia juga ada buat kelas menjahit menggunakan mesin NV ni.

Anonymous said...

Salam sis yg budiman. . Sy berminat nj beli mesin jahit ni klu sis beli around berapa n di mne? Trruja sekali sis.

health & fitness said...

salam
nak tanya
saya plan nak beli mesin ni, nak buat sulam nama, pasal ramai sangat yg tanya kot2 kedai jahit saya ada buat sulam nama,, berbaloi tak beli ?

Darling Ninie said...

@Anonymous
Waa'laikummussalam....
Ninie beli masa tu harga promosi RM1999 dengan En. Kamani. (Ninie survey dalam mudah.my). Beliau ad kedai di Centerpoint Bussiness Park .Kg Baru Hicom, Shah Alam.

Saudara/i boleh juga merujuk ke blog ini: http://www.zilakasim.com/ sbb ownernya memang dari dahulu menjual mesin jahit dan aktif membuat kelas² jahitan. Ini pula FB eliau : http://www.facebook.com/zilakasimQS

Darling Ninie said...

To : health & fitness
Waa'laikummussalam....
In Sha Allah berbaloi beli. Boleh juga membuat sulaman pada baju, tuala dan mana² mengikut kreativiti masing²

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...