23.09.2012 (Ahad)
Sambungan cerita... Kali ni dari Legoland My Beloved Husband nun meluncur laju... Tujuannya nak ke Tanjung Piai yang terletak di Kukup. Abang ikut 100% jalan yang ditunjukkan oleh Garmin. Walaupun hari dah malam, Abang teruskan juga.Lagi pula Abang cakap dia tak mengantuk dan masih boleh drive. Ninie ok je.... Macam² perancangan. Nak tidur di Kukup, kemudian pagi² esok bergambar atas pelantar pastu terus ke Melaka... Macam²lah... Tengok keadaan bila dah sampai sana nanti.
Setelah melalui perjalanan yang panjang lebih kurang hampir 3jam. Kami sampai ke Kukup. Tapi papan tanda Tanjung Piai tak berapa banyak menyebabkan kami agak keliru dan hanya berpandukan Garmin sahaja. Jalan ke Tanjung Piai itu pula agak suram/seram disebabkan waktu malam dan lampu jalan tak berapa nak ada disebabkan hanya melalui jalan kampung sahaja. Akhirnya memang kami sampai ke destinasi. Tanjung Piai, Penghujung Benua Asia (Ini yang menyebabkan Abang nak juga sampai kat sini). Kami melalui di tempat letak kereta yang sememangnya gelap! Wau... takut juga dibuatnya. Tak nampak satupun mercu tanda untuk bergambar kenang²an.
Akhirnya Abang teruskan perjalanan dan kami sampai di Tanjung Piai Resort... Alang² dah sampai sini, kami bertanya juga harga resort... RM140/malam. Harganya boleh tahan. Agak teruja juga disebabkan Resort ini di atas air laut. Terdengar bush² ombak laut menghempas.... Maksudnya kalau kami menginap disini, tidur atas air la... Tapi memandangkan tempat meletakkan kenderaan yang bagi kami agak kurang selamat (tiada pengawal keselamatan. Tambahan pula jauh sedikit dari lokasi Resort/tempat tidur... Kami mengambil keputusan mencari tempat penginapan yang lain.
Abang cakap, "Kita terus ke Melaka la @ tidur di bandar lain..". Ninie ok aja... wink3.. bukan Ninie yang 'drive'... jadinya, keputusan yang diambil... Jom ke Melaka... Sambil tu sempat juga kami berhenti di papan tanda sebagai kenang²an walaupun tak dapat bergambar atas pelantar. Abang cakap, mungkin lain kali. Insya'Allah...

Macam biasa... Alang² sampai, bergambar kenang²an ..
Akhirnya... Abang ajak menginap di Batu Pahat sahaja. Tambahan pula hari dah kian malam. Takut nanti sampai lambat pula ke Melaka. Wokey... beres... Jom check in...LANDMARK Hotel. Tempat meletak keretanya ada pengawal keselamatan diterangi cahaya lampu. RM125.00... Berbaloi rasanya...
Lets Sleep... Bersambung di entry berikutnya...
0 comments:
Post a Comment