Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

10/24/12

Jalan² : Lepak² Di Putrajaya

07.10.2012 (Ahad)

Semasa dalam perjalanan ke Putrajaya, Anak² bertuah semuanya tertido. Melihat wajah masing², terserlah kepenatan setelah bermain air di Pusat Sains Negara. Rujuk Entry INI. Haish... itupun kalau boleh nak mandi kolam lagi, tak mahu naik...


Jom solat di Masjid Putra, Putrajaya...


Lepas solat... Kami pusing² sekitar Masjid...ambil gambar...cuaca panas terik. Kemudian singgah di kedai cenderamata bersebelahan je dengan pintu masuk ke masjid ni, tapi tak beli sebab macam mahal je harganya.






Kemudian kami turun ke sudut selera, beli minuman dan makanan ringan disitu & juga aiskrim buat anak² bertuah, kami melepak di tempat permainan kanak² tunggu si anak² kecil bermain manakala Along pula sibuk berjalan di sekitar gerai² disitu untuk mancari keychain katanya. Tak lama, Mama pun turut serta melihat² keychain untuk dijadikan kenang²an. Tertarik pada 'fridge magnet' Masjid Putra. Tengok kat kedai cenderamata dalam masjid tadi harganya RM15.90, tetapi di sini RM12.90. Mama ambil dua 'fridge magnet'. Satu Masjid Putra & satu lagi Bandar Putrajaya.RM12.90/pcs. Si penjual bagi harga RM24 untuk kesemuanya. Along tak beli apa² sebab tak ada yang berkenan.


Dari Masjid Putra, kami bergerak berpusing² di sekitar Putrajaya cari tempat menarik untuk bergambar. Adalah sedikit gambar...:



Istana Kehakiman Putrajaya

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Kemudian,hari kian petang & perut kian lapar. Abang ajak kami makan di medan selera berhampiran Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin @ juga dikenali sebagai Masjid Besi....



Sedang menunggu makanan, ada seorang bayi comel dalam umur setahun agaknya sebab jalannya masih bertatih². Melihatkan pada anak² 'girl' mama, si kecil ini asyik mengikut & nak bercekap. Nak berkawan agaknya. Comel sungguh dengan mata bulatnya... "Mama, nanti saya nak baby macam ni tau"- ujar si Adik.. Amboi... sempat lagi tu...



 Selesai makan, kami terus berjalan kaki ke Masjid untuk menunaikan solat. Lepas solat, kami bergambar kenang²an...

Jika masuk melalui pintu utama (hadapan), anda akan berjumpa dengan kolam air pancut ini terlebih dahulu sebelum ke ruangan solat.







Dah siap bergambar... tunggu apa lagi... Jom balik...Otw tu sempat lagi singgah di jambatan untk bergambar.. Wink3...




Nota Mama : Penatnya... tak sabar² nak sampai rumah... sedar tak sedar... Mama tertidur sepanjang perjalanan walaupun dah cuba tahan mata ni agar tak lelap. Sorry My Beloved Husband...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...