Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

10/3/12

Jalan² Negeri Johor (Part 1)

22.09.2012 (Sabtu)

Hari ini hari ganti persekolahan. Maknanya Abang dan Along ke sekolah hari ni. Anak² girl Mama masih di rumah Atok Nenek. Jam 9.00pagi Mama pergi ambil kejap untuk lepaskan rindu. Anak² girl sibuk bertanya...
"Kenapa Mama tak ambil saya semalam?"
"Penat kami tunggu sampai tertido"
"Mama work dengan Ayah dan Along.."
"Oooo lamanya pergi work..."
"Pergi work kat jauh ke?"
"Ha,ah...Kat jauh sampai malam... Semua dah tidur"
"Patutlah..."

Berpuas hati dengan jawapan... Masing² sibuk melayan tv... Apalagi.. cerita kartun la...

Jam 12.30tghari, dah siap berkemas... masuk beg segala bagai dalam kereta... Anak² girl Mama bertanya lagi :
"Mama, kita nak pergi Mana?"
"Tak kemana² pun.."
"Tu ada beg baju... Nak balik Kuantan ke? Pergi rumah Aki?" - Kakak
"Owh... Mama, Ayah dan Along nak pergi Kursus... pergi work kat jauh... Kakak, Khairina & Adik duduk rumah Atuk ulu yea... Nanti Mama ambil bila dah balik sini.." - Mama
"Ala... Mama nak pergi jalan ye..." - Khairina
*Part ni yang payah nak terang... silap cakap karang ada yang menangis...
"Urm... Ada kerja...Lain kali Mama Ayah bawa pergi jalan². Semua² tinggal rumah Nenek dulu. Nanti kita pergi kedai beli mainan." - Mama
"Lama ke?" - Khairina
"Tidur, bangun, tidur, bangun, lepas tu tidur lagi...lepas tu bangun... nanti Mama datang ambil" - Sambil jari Mama duk mengira..
"Itu lama..." - Kata si Khairina yang mula mencebik...
"Ala... sekejap je tu" - Jawab si Kakak
"Ha, ah... nanti Mama bawa kami pergi kedai dulu beli mainan baru pergi rumah Atuk tau..." - Sambung si Adik...
*Khairina masih mencebik dan Mama perlu 'slow talk'. Alhamdulillah semuanya ok kembali.
Pesan Mama, "Jangan nakal². Jadi budak baik...."
"OK" - Jawab mereka serentak...

So jom gerak... singgah kedai dulu sebab dah janji nak beli mainan tadi.... Ceria je wajah masing². Along lagilah ceia sebab dapat ikut Mama & Ayah pergi jalan² tanpa adik². Lepas tu hantar rumah Atuk Nenek. Alhamdulillah...masing² dalam mood yang ceria.

Tanpa berlengah, Abang setting Garmin menuju ke destinasi. Bagi Ninie perjalanan ke Johor Bharu dari Pahang agak membosankan. Sungguh! sebab melalui jalan² kampung bukannya seperti ke Kuala Lumpur yang bergerak/meluncur laju di 'Highway'. Ada kalanya terlelap juga walaupun cuba bersengkang mata. Sorry dear... Perjalanan pula mengambil masa 6jam... Aduhai....

Dalam pada nak terus ke Johor Bharu, Jenis Cik Abang Sayang ni... Alang² dah sampai, kita bergambar dulu. Yang wajibnya, bergambar di setiap sempadan negeri. Layan gambar² perhentian kami sepanjang perjalanan ke JB. :


Singgah di kawasan Tugu Peringatan Sungai Lui di Jempol. Keadaanya seperti terbiar dan agak suram...



Berhenti Solat dulu...



Singgah di Gemas kejap. Kita posing²...  Stesen keretapi Gemas yang baru. Masih belum siap sepenuhnya dan masih belum beroperasi mengikut pada pandangan mata Ninie.


Ha, yang ni kat Stesen Keretapi Gemas yang lama... sebelah menyebelah je dengan yang baru...








Perjalanan diteruskan... Haripun dah semakin gelap...



Lalu juga Highway... wink3..RM11.10. Kemudian lalu satu lagi tol... rasanya beberapa kilometer aje pun... RM2.10... Alahai...

Akhirnya... sampai di JB... wah...lega...

Jom check in. Jam pun dah pukul 10.30malam dah waktu ni. Rehat², bersihkan diri... kemudian...

Jom kita makan... Lokasi : Bawang Merah, Danga Bay...




Dah letih, masuk bilik tidur... Esok??? Lain cerita... (Next entry)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...