06.10.2012 (Sabtu)
Abang dah bagi kata putus semalam yang hujung minggu ni nak bawa anak² bertuah jalan² Genting dan Kuala Lumpur. Tambahan pula kebelakangan ini anak² sering bertanya kepada si Ayah bila nak bawa mereka jalan² di KL.
Jam 6.30pagi, setelah Mama siap kemas semua barang² dan rumah, Mama kejutkan anak² bertuah suruh mandi dan bersiap. Mulanya liat juga. Tapi bila disebut nak pergi jalan KL, cepat je bangunnya... Jam 8.00pagi, kami sekeluarga bergerak.. Jom ke KL... Kakak? masih lagi demam, badannya suam² aja. Bila ditanya, saya dah sihat katanya. Abang singgah di Klinik Sulaiman, Bandar TAR Jengka untuk bawa Kakak berjumpa Doktor (Rujuk entry INI). Dah siap urusan di Bandar TAR Jengka, Kami sekeluarga terus bergerak ke Genting Highland.
Jam 11.30pagi, Kami tiba di Stesyen Kereta Kabel Genting Hinglands. Inilah tujuan utamanya. Nak bawa anak² naik kereta kabel. Almaklumlah, anak² Mama masih belum pernah merasa naik kereta kabel ni. Along dulupun sewaktu umurnya 4bulan. Lama sangat dah tu... Jom beli tiket... Kami terus beli tiket TWO WAY. RM12/person.. so total RM 72. Masa nak cari tiket ni pun satu hal juga, takde signboard... Mama kenalah manis mulut bertanyakan pada peniaga² kedai yang ada. Jadi, yang baru pertama kali nak pergi tu, kaunter tiket ada di aras 1 ye...
Bergambar lepas beli tiket di ruang legar aras 1
Agak ramai juga orang hari ini. Almaklumlah hari cuti. Tengah² beratur nak tunggu giliran, ada sepasang badut dengan belon untuk diberikan kepada Kanak². Urm.. si Adik dapat tersenyum sampai telinga dibuatnya. (Adik yang malu² bila badut 'girl' bagi belon.)
Tiket keluarga pergi & balik.
Tiba giliran kami untuk naik kereta kabel, 1 kereta kabel hanya keluarga kami sahaja. Bebas sikit..wakaka.. Jom layan gambar kami naik kereta kabel GENTING SKYWAY ni .
Sampai di atas, agak sejuk, mujur si TWIN bawa baju sejuk. Tapi masalahnya si Adik tak bawa. Aduhai si anak... Katanya ada dalam beg. Tadi masa kat bawah tak cakap... Mama ingatkan memang tak bawa. Dah hampir jam 1tengahari. Mama lihat Kakak dah lain macam. Dirasa badannya mula nak panas kembali.Masa untuk makan ubat rupanya. Mujur Mama dah standby ubat...
Dah sampai di atas, kami pose dulu...
Asalnya langsung tak ada niat nak bermain permainan di sini... Tapi bila dah masuk kawasan Indoor Park, Si Adik, Along dan Khairina sibuk nak naik keretapi la, itu la, inilah... bincang² Ayah cakap, ON aja. lagipun alang² dah sampai. Kami beli tiket untuk OUTDOOR PARK. Jumlah harga tiket untuk kami sekeluarga yang seramai 6orang adalah RM233. Main jangan tak main... Jom lihat gambar ye...
Sila Rujuk peta bergambar di bwah entry ini untuk lihat senarai permainan INDOOR & OUTDOOR.
1) Menaiki Monorail
2) Antique Car.
*Kami sekeluarga menaiki 2buah kereta. 1 =Along+Khairina, 2= Mama+Ayah+Kakak+Adik... Adik jadi pemandu, seboleh²nya dia taknak langgar kereta si Along yang berada didepan walaupun Ayah suruh langgar je. Adik tetap taknak langgar.
3) Mini Train
Jam dah 4petang, Anak² bertuah dah mula mengadu lapar... Sementara berjalan nak cari makanan, sempat lagi singgah bergambar...
Adoiya... Harga makanan di sini mahal 2kali ganda dari harga biasa. Antara yang Mama pesan :
3cup jagung manis = RM4/cup
Maggi cup = Rm5/cup
3 biji burger ayam = RM6/biji
Jumlah = RM45
Air? Telan air liur bila lihat pada harganya. RM6/cup. Tak berbaloi rasanya...mujur dah beli awal² air kotak masa dalam perjalanan.
Tapi agak mendukacitakan dan sememangnya amat² mengecewakan, tengah² makan tu, tiba² hujan turun...baru je 3permainan yang kami sekeluarga sempat naiki/main....Cuaca yang cerah terus berkabus. Sejuknya tak usah nak kata sampai ke tulang rasanya.Hubby mula ajak bergerak.. Cuba lihat mana tahu ada permainan yang boleh dinaiki. Adalah satu... kuda yang pusing² tu. Adik dah menggigil kesejukan. Masa duduk atas kuda, Adik menangis. "Nak balik..saya tak nak main dah." Katanya... Kesian Mama lihat Adik. Melihat kepada keadaan cuaca yang memangnya tak menampakkan akan cerah malah kabus bertambah tebal, Ayah ajak balik.. sebab memang dah tak boleh nak buat apa dah.Kecewa sungguh rasanya sebab Mama nak sangat main roller coster dan lain² permainan yang mencabar. Aduhai... "Lain kali ada bajet, kita datang lagi" Kata Hubby bila melihatkan betapa kecewanya wajah Mama dan Along.
4) Double Deck Carousel
*Wajah Adik yang menggigil kesejukan...
Dah tak tahu nak main apa, Ayah ajak kami berjalan keluar.. Dah jom balik katanya.... Memag dah tak boleh nak bermain dalam cuaca begini...
Dah sampai ke bawah, juga menaiki kereta kabel, rehat² kejap, Jom kita ke Kuala Lumpur pula. Esok nak ke PUSAT SAINS NEGARA (PSN)
Dalam kereta kabel menuju ke bawah. Cuaca masih lagi hujan.
Along yang sempat bergambar dengan kuda bila sampai kat bawah sebelum menuju ke tempat letak kereta.
Pelan ONDOOR & OUTDOOK Genting Theme Park.... Mama scan pamplet yang Mama ambil.:
*Tengok... dari 25permainan di OUTDOOR, hanya 4 sahaja yang sempat dinaiki/bermain...uwa....
*Tengok... dari 25permainan di OUTDOOR, hanya 4 sahaja yang sempat dinaiki/bermain...uwa....
Nota Mama : Frustnya... sebab tak dapat main semua...Insya'Allah...Ada rezeki lebih kami datang lagi... Urm..kena tengok cuaca dulu la sebelum datang sini lagi lain kali...
0 comments:
Post a Comment