Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

10/24/12

Aktiviti Bersama Kelab Kembara : Ke Sungai Mas, Sg. Lembing, Kuantan, Pahang

13.10.2012 (Sabtu)

Program apa minggu ni? wink3... Santai bersama Kelab Kembara ke Sungai Mas, Sungai Lembing Kuantan. Mengikut perancagannya, nak buat BBQ ikan, ayam, kerang & daging. Layankan aja. Keluarga Ninie kena bawa ikan dan juga air asam. Beres....

Bangun pagi² tu ajak MIL&FIL ke Beserah untuk cari ikan segar buat bakar nanti. Rupa²nya pasar segar di sini beroperasi jam 9.30pagi++. Tapi nak dijadikan rezeki kami...Alhamdulillah... Ada peniaga di situ dan bila ditanya ada ikan segar... Ninie cuma pilih ikan kembung sahaja. Beli 3kg dengan harga RM9/kg.Cukuplah agaknya sebab Abang cakap hanya 3keluarga sahaja yang turut serta.

Berjanji untuk berkumpul jam 9.00pagi di BHP, namun memandangkan ikan belum disiang, kami agak terlewat sedikit...Maaf kepada yang menunggu....Program kaliini keseluruhannya 3buah kereta kembara & 1buah kereta Viva.

Lokasi pertama kami adalah sebelum Jambatan ke Empangan Chereh, bila melihat keadaan lokasi seperti tidak berapa sesuai, kami mengubah lokasi.

Gambar di lokasi pertama:

Cantik betul pemandangannya....

Kali ini berhampiran bawah jambatan pula. Nampak macam strategik.. sampai di destinasi jam 11.00pagi... Sampai² terus cari port, pasang khemah & kanvas... serta terus buat tempat membakar... Layan gambar..:


Si anak² bertuah kelihatannya tak sabar² dah nak amik port mandi air sungai...Amboi², kanvas tak sempat pasang lagi, korang dah nak terjun ye... beres... Janji Along tengokkan si Adik²...

Jom kita bakar ikan, ayam dan daging dulu...Panasnya cuaca tuhan sahaja yang tahu. 'Sayangku'...macam kenal je topi atas kepala tu...



Dah siap membakar, tunggu apa lagi...kita makan dulu... Kejap lagi baru boleh mandi sungai... Jenuh kerah anak² naik makan dulu. Nak mandi sungai aja kerjanya. Cuaca panas terik tak usah dikata. Habis berbelang² dah badan tu ha...


Lepas membakar & makan²... Jom kita mandi sungai... Mama pun turut serta tau...Melayan anak² girl dan juga anak RedCami berikutan Mamanya tak turut serta. Jom layan gambar :






Rintik² hujan mulai turun... dari bawah jambatan, kami naik ke atas daratan... sempat lagi pose sekejap...

Aci tak Mama cakap, Mama suka gambar ni...


Dengan anak² tersayang...



Amboi ko Along..Takkan dalam air pun nak tido jgak...



Dalam jam 4.00petang, kelihatannya langit mulai mendung dan disusuli rintik²  kemudiannya lebat! Langsung tak ada tanda² nak berhenti! Disertai angin kencang, petir berdentum...Aduhai.... Kebetulan pula masa hujan rintik² tadi dah arahkan anak² girl masuk ke dalam khemah untuk tukar pakaian. Tak sangka pula tiba² hujan selebat²nya. Anak² girl Mama yang berada dalam khemah panik agaknya. Sibuk memanggil² Mama sambil menangis. Aduhai anak. Mana nak boleh keluar sebab hujan memang lebat dan Mama pun dah basah kuyup. Alahai nak oi... mana nak boleh keluar kalau hujan ribut macam ni.

Disebabkan hujan ribut.. Kanvas mula macam nak terbang dan perlukan sokongan tambahan....

Along tak kira dah hujan ribut, sibuk duk makan kerang bakar...


Dah siap mengemas (kemas juga dalam hujan sebab memang tak ada tanda² hujan akan berhenti)... Kami gerak menuju ke bawah jambatan... Abang sempat salin baju...

3orang pemilik kembara...

Nota Mama : Si anak² bertuah sibuk ajak datang sini lagi... Seronok katanya... Lain kali lah ye jika ada masa lapang...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...