Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/24/12

'Story' 02 Syawal 1433H Kami

20.08.2012 (Isnin)

Entah apa yang tak kena, hari ni perut Ninie sakit sesangat... memulas²... Sikit² nak buang air besar... lenguh kaki dibuatnya. Ni mesti sebab kes salah makan waktu beraya sakan rumah saudara mara semalam. Asal beraya je pasti nak makan hidangan yang tersedia. Laksa Pahang, Nasi Dagang, Rendang Daging dan sebagainya. Belum kira dengan air nya lagi yang rata² air batu.

Tidak menyalahkan tuan rumah, tapi salah sendiri la sebab makan dah tak ingat². Haish... Almaklumlah puasa sebulan kan... (aik cukup ke? Konpius nih...) Bila tiba waktu raya ni semua makanan terhidang depan mata nak je ditelan. Jadi akibatnya, dari pagi ke petang asyik ulang alik ke tandas. Peliknya, Ninie dengan Hubby sahaja. Orang lain yang sama² beraya dengan kami dan juga makan macam kami releks aja. Aik... perut kami ni manjalah agaknya ye... ke mengada²? wakakaka...

Entah berapa kali ulang alik, ajak Hubby pergi kedai beli 'pil chi kit teck aun'. Beli sampai 4kotak, tapi telannya seorang sekotak je... Alhamdulillah... bolehlah tahan sikit perut Ninie ni. Tapi perut Hubby nampaknya tak berapa nak jalan. Mujur juga di hari raya ke dua ni Keluarga MIL tak ada rancangan nak kemana² sebab bila telefon saudara mara, masing² ada urusan. Tapi hari ni Tok dari New Zealand (Wah... jauhnya.... kat Maran je) dan pakcik & makcik saudara datang berhari raya di Kuantan.

Siangnya tak kemana²... Malamnya? Ngee... Kami anak beranak berjalan²/ melepak² di Teluk Cempedak. MIL dan adik ipar ikut sekali. FIL, tak ikut, layan televisyen... Anak² sibuk main buih sabun... Kemudian makan aiskrim, kemudian...? Balik rumah tido... Esok rancangannya nak melawat kubur arwah Tok ki sebelah Hubby di Pekan, Pahang.... Sedikit gambar kenang²an.

Mak Tok layan cucunya main buih sabun



Bukan main lagi Hubby ku ini makan aiskrim yerk...


Apalah yang diceritakan oleh si Kembar Mama ni

Alolo... sweetnya... kalau hari² mesra macam ni kan bagus sayang...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...