Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/17/12

Siap Akhirnya (Jahit Manik Ringkas Baju Raya Anak²)

17.08.2012 (Khamis)
Sedar tak sedar jam dah tunjuk angka 4.00pagi... Alhamdulillah... siap akhirnya jahit manik ringkas² je pada baju anak² dara kecil Mama yang 3 orang ni. Setiap tahun mesti ada tema warna baju raya. Tahun 2012 ni Hubby memilih hijau... Kami sekeluarga akan sedondon setiap 1 Syawal. Bila dah beli kain kosong, nampak kosong sangatlah pula. So Mama jahitkan manik untuk baju² anak² Mama ni.... Bermula dari jam 9.30malam hinggalah 4.00pagi... Siap semuanya termasuklah baju Mama. Fuh... Lega rasanya.... Mata pula langsung tak ngantuk... Aiyarkkk.... Kejut anak² sahur, cuba lelapkan mata, tapi tak mau juga... Jadinya... Kemas rumah ala kadar dulu sementara tunggu solat Subuh...

Hubby dan anak² dah mula cuti... Mama? Hari ini masih bekerja lagi... Pergh jap lagi nak drive 65km pulak... Aduhai mata... Jangan kau buat pasal nanti ye...

Alhamdulillah... Mama selamat sampai di pejabat mengikut waktunya tanpa rasa sedikit mengantuk pun... Syukur... Allah permudahkan perjalanan untuk Mama ke pejabat dan doa Mama agar pulangnya Mama nanti juga mudah sepertimana pagi ini....

Celoteh panjang pula.... Sekadar gambar untuk kenang²an... Yang di bawah ni baju Mama... Takde nak jahit guna tangan/ jahit sembat... Terus guna mesin jahit je... Baju Mama malas nak jahit manik, cuma guna emboidery lace...Ada juga manik disitu...


Baju Anak² dara Mama yang masih kecil.... Set 1 Untuk TWIN Mama (Masih belum tahu kepunyaan siapa. Selalunya si kembar ni akan tengok dahulu kemudian pilih sendiri)



Set 2 (juga milik salah seorang TWIN)



Set 3 (milik Adik AQILAH QISTINA)



Nota Mama : Syukur Alhamdulillah siap juga akhirnya...


4 comments:

izz iizza said...

cntik..kreatif gak tuan blog ni buat design gitu :)

Darling Ninie said...

@izz iizza
Hasil tangan izz iizza lagi mantop. Jelous tengok... Ninie yang simple² boleh la. Rumit² tak mo (sambil geleng² kepala)

QasehSuci said...

jejaln cari idea anak jahit baju anak...

Darling Ninie said...

@QasehSuci
Silakan :) ...Ninie pun main jahit yang mudah² je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...