Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/1/12

Awana Kijal, Terengganu... Kami Datang Ni...

Jom jalan²... Kali ni nak ke mana?... Terengganu...
Ihsan adalah yang paling teruja kali ni... Minggu sebelumnya, tiap² hari tanya pada Hubby... "Ayah, kita pergi tak Terengganu?". En. Hubby pun satu rajin menyakat... Jap kata pergi, kejap kata tidak... bertambah² tension si Along... Jadinya tiap² malam tanya... Si Ayah pun acap kali itu jugalah menyakat... Si comel² masih tak berapa nak faham... Along awal² sibuk sebab tahu melalui rakan²nya yang bakal turut serta hari keluarga kelab guru SMKLU 2012 pada hari sabtu nanti. Tambahan pula cuti sekolah panjang hari tu Hubby tak jadi nak bawa kami berjalan ke Kuala Lumpur atas sebab² tertentu...

07.07.2012 (Sabtu)
Dari rumah MIL, kami pergi makan kenduri perkahwinan Cikgu Asyraf. Tahniah... Mungkin kedatangan kami sekeluarga agak awal... Ngam² waktu makan... (Masih tak ramai sangat orang) lebih kurang jam 12.40tengahari. Pengantin pun masih tak sampai lagi. Siap makan dalam jam 1.30tghari... Tak tunggu lama, juga tidak menunggu kehadiran pengantin, kami mula keluar dari dewan.. Masa ni baru bertembung dengan guru² SMKLU serta keluarga... Kami mula ambil langkah bergerak ke destinasi... AWANA KIJAL, TERENGGANU.... Masa ni yang paling teruja tentulah anak²... Gembiranya bukan kepalang.

Lebih kurang jam 3.00ptg kami sampai di Awana, Along dan Kakak tak sabar² nak mandi kolam (memang itu tujuan sebenarnya budak² bertuah ni pun)... Mama dan Ayah masih rasa letih dan ambil keputusan mandi kolam lepas waktu solat Asar nanti. Along dah mencebik, tapi setia menunggu... Selesai solat Asar, apalagi... kata² Mama Ayah dituntut... Nak mandi kolam....

Di Lobi....


Ha, Si Adik dah standby nak melompat lah tu...


Waktu Mama (Tidur² ayam) dan Ayah tidur, anak² bukan main lagi bisingnya. Terutama Adik. hingar bingar dibuatnya. Suara Adik pula memang jenis kuat... Datang si Along bercerita yang peti besi tak boleh dibuka. Aduhai... Ni sah² kes nak teroka segala bagai ni... Kata Along, Dia yang masukkan selipar dalam tu. bila ditanya kenapa? Katanya sesaja je. Hasih... si Along ni pun satu... Peti besi tempat simpan duit/barang beharga, bukannya selipar nak oi... Yang si Adik pula tukang tekan² button/nombor tu. Akhirnya terus tak boleh buka. Mujur selipar Mama Ayah tak dimasukkannya sama. Aduhai anak...

Hubby bawa anak² ke kolam dulu... Mama turuti kemudian... Ha, berjalanlah anak² Mama ke kolam tu tanpa pakai selipar... hanya berkaki ayam... Mama yang membontoti kemudian ni pula, sesat nak mencari kolam... Bila di tanya staf Awana... Disuruh turun tangga terus kebawah dan ke belakang... Pergh... Mama silap turun tangga, sesat dibuatnya... Orang kata malu bertanya sesat jalan... mama yang dah bertanya pun masih sesat jalan... Maksudnya tak paham la tu... Wakakaka... Asyik duk sesat jalan, terus ke lobby dan buat report pasal peti besi yang ada harta karun anak² tu... Call Hubby tanya lokasi, dan dah faham arah tuju... Orang hotel pula nak ke bilik untuk buka peti besi.. So patah balik ke bilik... haish... penat dibuatnya.... Alhamdulilah... terbuka peti besi dan harta berharga anak² Mama dapat dikeluarkan... Terima kasih buat staf hotel...

Sampai je Mama kat kolam... Semuanya dah terjun kecuali Khairina... Pulak dah... Khairina memang agak takut pada kolam renang ni. Tapi bilik air biasa dah dibuat kolam... Sampai ke sudah, Khairina tak mahu mandi kolam. Esok katanya... Mama pun malas nak terjun lagi... Esok masih ada. Layan pic untuk hari ini..

Khairina yang memang tak nak mandi langsung. Walaupun puas dipujuk.


Malamnya lebih kurang jam 8.30malam.. Acara makan malam...kami gerak dari bilik agak lewat... orang dah penuh di meja dan kerusi... Jom kita mamam..





08.07.12 (Ahad)
Along dah standby awal² pagi lagi sebab nak mandi kolam... Yang lain² masih berselimut tidur dalam kesejukan. Ayah tolong kejutkan sebab dah janji nak bawa mandi kolam lagi pagi ni... Walaupun malas, anak² Mama ni turutkan juga.. Along jam 7.15pagi lagi dah keluar bilik, berjanji dengan rakan²nya...

Sampai di kolam... kolam belum buka lagi. Jam 8.30pg nanti... So terus menuju ke pantai... Main ombak dulu... Jam 8.40 gerak kembali ke kolam. Haish... Along dah pun berendam... Hari ni Khairina nak mandi kolam. Benarlah katanya semalam. "Saya nak mandi esok"... Anak²...

Mama??? Hik3... terjun mandi kolam juga la weh. Tapi Mama tak pandai berenang. Nak ke tempat yang dalam pun mesti kena ada hubby. Kang tenggelam... Mampus... wuwuwuwu.. Sejuk siot... Tapi yang bestnya, ada dua kolam air panas kat sini....Layan pic erk...






Lebih kurang jam 11.00pagi, Mama naik ke bilik. Anak² Hubby tolong uruskan... Mama lapar sangat dah... Sampai bilik... uwa... buka je tudung, muka Mama ada belang... Haish... ambil masa la ni nak elok semula...sob3





Jam 12.15tghari... Kami check out... Nak jalan mana lagi??? Tak mau dah... nak balik rumah... Letih gila rasanya... Agaknya sebab mandi kolam berjam² tu la. Anak² pun keletihan... Habis tidur semuanya...Jam 5.30ptg... Rumah... Kami dah sampai..... Lepas tidur, tidur.... Thanks ye Hubby.... wink3...

Jalan²-> Lokasi : AWANA KIJAL, TERENGGANU
Tarikh : 07.07.12 & 08.07.12 (Sabtu & Ahad)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...