Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

7/31/13

Jom Buat Ketupat.. (Mood Raya Di Opis)

29.07.2013Isnin & 30.07.2013 Selasa

Mood raya di office mula bertandang. Melayankan sahaja kehendak Big Bos yang mahukan ketupat untuk dihiasi di pejabat dan juga ruang pameran sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. 2 hari pulun duk membuat ketupat... Lenguh habis jari jemariku ini dibuatnya.... Cantik tak? Orang tak cakap cantik pun, Ninie tetap cakap cantik sebab Ninie yang duk menganyamnya....





Sambil² tu ada juga rakan yang teringin nak belajar menganyam ni. Agak sukar sebab menggunakan riben, licin...Rasanya kalau guna daun kelapa tu mudah sikit... Berkali² nak boleh fahamkan yang basic je.... Ha yang kat bawah ni Kak Ba yang rajin nak belajar menganyam ketupat....


Jiran sebelah partition merangkap Bos kecil Ninie pun sibuk nak belajar menganyam juga... Berkali² dicuba, namun akhirnya 'menyerah kalah'... Lain kali ye Sahrin....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...