Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

7/21/13

Macam Jalanraya Dia Yang Punya!

20.07.2013 Jumaat

Hari ni sakit hati sunguh! Ikutkan hati kalau dapat nak je pelempang si sewel ADW112X tu....Eiii tak leh nak bayangkan ada gak orang macam tu atas jalanraya....

Huhuhu.. tak pasal2 mood emo pulak.... Actually petang tadi semasa Ninie OTW dari tempat kerja ke rumah... Dah hampir 1/2jam perjalanan dah dan nak kena drive 1/2jam perjalanan lagi bermula lah dari sebelum masuk hutan hinggalah nak sampai Lepar Utara... Ada seekor (haish... tak baik kan...) Ada seorang Mamat ni macam mabuk lagaknya...Berkereta Wira merah ber plat ADW 112X... Nak dijadikan cerita... Si Mamat ni nak dipotog bukan main payah. Mana taknya bawa setakat 70-90km/j tapi bawa macam orang mabuk lagaknya. Sikit2 ke tengah..maksudnya dia drive duk makan jalan sebelah. Bawa kereta macam jalan dia yang punyak.Otak letak kat kepala lutut. Lepas tu bila bertembung dengan kereta lain dihadapan, mula kelam kabut masuk jalan balik. Bayangkan Ninie yang duk mengekori... Nak kena giler2 tumpukan perhatian takut terlanggar kereta dia. Ini yang dikatakan orang agaknya..Walaupun kita dah berhati2 tapi disebabkan orang lain, kita boleh accident juga.

Seriusly rasa nak penampar je Mamat ni. Nampak gayanya macam tak biasa dengan keadaan jalan. Rasa nak tergelakpun ada bila kelam kabut dia bawa kereta bila langgar lubang. Dalam hati padan muka sebab berlagak sangat. Memang nyumpah sungguh2 masa tu. Al maklumlah..Ninie ni nak sampai cepat ke rumah. Tup2 kena ekori dia yang macam orang mabuk todi ni. Dia drive memang makan jalan sebelah. Adakalanya kerapkali memang duk kat jalan sebelah tu betul. Fikir Ninie memang si Mamat ni nak cari nahas!

Bila ada jalan 'clear' Ninie awal2 bagi siganal nak memotong, boleh juga dia wat dek duk tengah jalan. Bila dah ke tepi sikit Ninie pun memotong, boleh pula dia pandang kita macam tak puas hati. Eiiii Mamat ni memang sewel! "Semoga Allah tunjukkan jalan pada orang2 yang macam ni..."

Alhamdulillah... Ninie selamat sampai dirumah lebih kurang jam 6.15petang... Nak rushing memasak untuk berbuka puasa pula....Hari ni dah pun 10 Ramadhan 1434H... Selamat berpuasa....

Ya Allah..jauhilah aku dari menjadi pemandu seperti ini...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...