Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

7/23/13

Selamat Datang Sayang.... (Fatin)

Alhamdulillah.. Tanggal 1 Ramadhan 1434H lahirlah si comel ini ke dunia.Jangan salah faham ye... Ini adalah anak saudara baru Ninie. Dilahirkan secara caesarean dengan beratnya 4.4kg... Beratnya kamu sayang....

Tahniah buat Adik lelaki Ninie satu²nya Nor Fahis Shah & juga isterinya Sal... Baby ni anak ke dua bagi pasangan ini... Anak sulungnya juga seorang puteri... Nana, jaga adik baik² tau....

Baby Fatin tatkala berusia 13hari.... Semoga menjadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua orang tuamu dan juga sesiapa sahaja disisimu nak....

Si bongsu Ninie ni memang tak usah dikata. Pantang jumpa baby.."Mama bila pula baby kita nak ada.." aiyark... soalan cepu emas ye....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...