Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

7/28/13

Perhatikan Lorong Anda! (Jalan² Di Bandar Kuantan Yang Ditukar Menjadi Sehala)

26.07.2013 Jumaat

Hari ini secara tiba² En. Hubby ajak pulang ke Kuantan... Macam tak menang tangan duk mengemas pakaian bagai.. jam 4.15petang kami sekeluarga pun bertolak pulang ke Kuantan... Jangkaannya sampai jam 6.15petang, namun kesesakkan jalanraya yang berubah menjadikan perjalanan kami lewat dari jangkaan.

Jalan jem giler! Uwa.. sakitnya hati rasa...huhuhu. Ini berikutan jalan dua hala yang telah ditukar menjadi sehala dengan harapannya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar Kuantan. "Lenganglah sangat".... Elok² boleh sampai on time menjadi sebaliknya... pening dibuatnya.Mujur bukan Ninie yang memandu. En. Hubby yang memandu pun tak kurang hebat bebelannya, Sabar ye sayang... wink3x.....

Ha... Gambar di bawah ni yang Ninie sempat snap.... Notis pemakluman dari MPK.
PEMAKLUMAN
Perubahan Jalan Dua Hala Kepada Sehala Akan Dilaksanakan Secara Percubaan Bermula Pada 22 Julai Hingga 21 Oktober 2013. Melibatkan sebahagian Jalan-jalan Yang Berikut :

Jalan Wong Ah Jang
Jalan Beserah
Jalan Besar
Jalan Merdeka
Jalan Tun Ismail
Jalan Teluk Sisek
Jalan Gambut
Jalan Penjara

Segala Kesulitan Masa Kini Adalah Untuk Kemudahan Bersama Dimasa Hadapan. Harap Maaf


Jadi..Kepada anda yang nak ke Kuantan nanti.. Pastikan lorong anda ye... Jangan nak memandai²... ngeee.... Mungkin sesak sebab masing² tak faham dengan keadaan jalan yang dah berubah... Apapun kita tengoklah ye.. Berjaya ataupun tidak..Urm macam tak je..huhuhu....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...