Kenapa Nickname saya begini?
Pada permulaan nak berblogging dulu... pening sesangat nak cari nama yang sesuai untuk menggambarkan diri sendiri. Tambahan pula tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk didedikasikan buat anak² dan juga family tersayang. Memang sukar nak cari Nickname yang menepati rasa hati.
Akhirnya Darling Ninie @ Mama Comel dipilih sebagai pengenalan diri di dunia maya ini. Kenapa? DARLING = Merujuk panggilan hubby buat diri ini (panggilan manja sayang gitu). NINIE = panggilan merujuk ke dalam rakan² alam maya dan juga ditempat kerja. Jika diikutkan, banyak panggilan untuk diri ini. Boleh klik
SINI. Ninie pernah buat entry tentang nama panggilan ni dulu.
MAMA COMEL = bukanlah merujuk kepada cantiknya rupa.... tapi merujuk kepada Ninie yang kian 'comel' kerana pertambahan berat badan. Ala² baby gitu. 40 orang sebut 'MAMA COMEL' harapan Ninie bukanlah bertambah naik berat badan. Tapi bertambah comel pada wajah. ala² baby gitu. hik3...
So itu ajalah ye....
Alhamdulillah... berblogging ni pun dengan izin Hubby... Anak² pun dah faham dengan Mama mereka ni dan selalu minta nak tengok blog. Mama selalu pesan... Mama buat blog ni untuk anak² Mama. Mana tahu, bila dah besar nanti mereka banyak soal itu ini... tapi Mama dah lupa. Jadi inilah jawapannya...
12 comments:
Salam Mama Comel ,
semoga bertambah2 comel yer ... mmg peringkat awal agak susah nak cari nickname yg sesuai kan...
semoga blog ni akan jadi tatapan keluarga mama comel di kemudian hari nnti ...
thanx 4 joining ;)
@Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil
Wsalam Ummi Hanie...
Memang susah nak cari nick name ni...
Insya'Allah...
salam kenalan mama comel .. nama blog memang susah nak cr lain lah budak2 muda senang aje depa reka nickname kreatif lak tu
@Puanbee2
Salam kenal kembali Puanbee2
Budak² muda/remaja zaman sekarang memang kreatif... sekejap je dah dapat nickname. Blog mereka pun boleh tahan. Bab coding² ni memang tererlah. Kalau Mama jenuh nak membelek² fahamkan coding tersebut...
ohhh...mcm tu ker....
http://malaysiascore.blogspot.com/2011/10/anda-tahu-tak-kenapa-nickname-saya.html
nama ninie tu dah cukup comel.aa mama comel pulak bertambah comellah puan blog yer.hehe..salam kenal!
Assalamualaikum wbt.. Ibu Yusuf dan Maryam singgah ziarah.. Salam kenal.. :D
mama ninie mmg comel
@HAFIZAL
yea....
@Puan Kutu
Thanks... Salam kenal kembali. thanks sudi berkunjung di sini
@Zefa NorAsmara
Waaalaikummussalam Ibu Yusuf dan Maryam.... Salam kenal kembali. Rajin²lah berkunjung ke sini ye... (^_^)
@Lelord
Thank you lelord...
Post a Comment