Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

10/27/11

Al-Fatihah Kepada Allahyarham Muhammad Dzuhil Abqari

Al- Fatihah buat Allahyarham Muhammad Dzuhil Abqari yang telahpun kembali ke Rahmatullah pada 25/10/2011 -Selasa pada jam 9.00pagi yang lalu. Abqari (nama panggilan) yang seusia dengan anak sulung Ninie Muhammad Ihsan 9tahun pada tahun ini telah dipanggil oleh Allah di usia yang masih muda.

Pemergiannya sememangnya tidak diduga. Menurut Ibunya, Abqari Demam panas beserta cirit birit dan juga muntah². Doktor mengatakan Abqari menghidap radang hati. Ajal maut sudah ditentukan oleh-NYA. Ninie agak sebak tatkala bersalaman dan mengucapkan takziah. Ibunya yang mesra dengan panggilan Mak De (Ibu saudara sebelah Hubby) berbisik. "Yan, Arwah sebaya dengan Ihsan Yan". Ye.. cukup tersentuh naluri seorang Ibu membayangkan betapa peritnya harga sebuah kehilangan itu. Ditambah pula Ibu Saudara Ninie ni telah berkahwin hampir 12tahun baru dikurniakan cahaya mata. Betapa hebat ujian dan dugaan Allah buat hambanya. Sesungguhnya pemberian dariNya adalah pinjaman cuma.

Muhammad Dzuhil Abqari merupakan anak ke dua dari 4 beradik. Semoga Allah mencucuri rahmat buat Abqari dan menempatkan beliau dikalangan orang² beriman. Amin.... Al-Fatihah.

Allahyarham Muhammad Dzuhil Abqari hujung sekali sebelah kanan bersama adikberadiknya.

Petikan dari FB Ibu beliau. Semoga tabah dengan ujian dariNYA

3 comments:

mummy_ayu said...

takziah & al fatihah kpd arwah....

Salina@IbuAqil said...

Salam takziah bt keluarga beliau.. Alfatihah!!

- shamimie - said...

Innalillah.... semoga keluarga arwah tabah.... takziah... (walaupun x kenal, arimataku tetap bergenang)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...