Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

3/20/11

Sukar Memahami Hati Wanita (Ada Tak Kadangkala Terjadi Dalam Life You All?)

KISAH 1

Laki talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?

Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot siap
majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....

Bini jawab,
Memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?

* Huhuhu... Kadangkala, isteri ni saja je nak test si Suami. Ingat tak isterinya ni suka makan apa? huhuhu. Walaupun kadangkala perut isteri dah terisi (kenyang) tapi jika Hubby balik bawakan sesuatu walaupun sekadar makanan, Insya'Allah, hati si isteri ni akan berbunga2 kerana si suami masih ingatkan isterinya di rumah walaupun sibuk duk isi perut sendiri. Lebih2 lagi kalau makanan yang dibawa tu kegemaran isteri. Tapi kalau isteri jawab "BETUL. Tak payah beli Sayang dah kenyang..." cuba tanya 2/3 kali lagi. Jika keputusannya sama, suami bawa balik pun dipandangnya aja. Dah cakap 2/3 kali TAK PAYAH! betul2 x nak le tu... But if ada anak2 boleh suap kat mereka jugak kan...

KISAH 2

Laki talipon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?

Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur
bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, Sedangkan
perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

KISAH 3

Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang Awat abang tak kuar pi
mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang
balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq, Esoknya, laki pon
start keta... Nak balik KL.

Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

KISAH 4

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

KISAH 5

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan anak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abang ni...

kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...