Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

3/10/11

Alhamdulillah Perjalananku Selamat Walaupun Ada Rintangan....

10/03/11 - Khamis

Hari ini macam biasa bangun seawal jam 5.00 pagi untuk memasak dan iron baju Hubby & Ihsan ke Sekolah. Hujan renyai2 sesekali lebat dari malam tadi masih lagi belum berhenti. Hari ni keluar awal sedikit dari hari biasa 6.45pagi. Hantar anak2 comel ke rumah Mak dan hantar Ihsan ke sekolah. Bukannya apa, hujan lebat ni nak drive agak laju sikit pun x berani memandangkan keadaan jalan yang tentunya licin dan juga digenangi air.

Seperti yang dijangkakan, lopak air sana sini di atas jalan. Pandangan pun agak kabur untuk melihat keadaan jalan. Begitu berhati2 hari ni... Di kawasan hutan pulak terdapat pokok tumbang. Alhamdulillah, sempat sampai office sebelum 'punch' merah.. huhuhu tinggal seminit je lagi nak merah. Sampai di office pun hujan masih lagi lebat...

Rutin harian di office seperti biasa... email, surat, fail, pen merah, pen biru, komputer, keyboard, puncher, liquid paper dsb sememangnya sinonim dengan tugas harian Ninie di office. Kalau kat rumah confirm la mesin basuh, kain baju, dapur, kuali, pinggan mangkuk, penyapu yang paling sinonim dengan diri ini. wink3...

Terasa hari ini cepat benar masa berlalu. Sedar x sedar dah waktu lunch dan lepas tu, dah pukul 5.00ptg... yea, yea, nak balik dah... Erm... time balik hujan turun lagi... Tadi berhenti dah... Lebih lebat dari pagi tadi lagi... Ya Allah, Selamatkanlah perjalananku... Doaku tak putus2...

Hakikatnya... air memang banyak sangat atas jalan raya... Walaupun kenderaan x banyak, tapi wajib berhati2... tengah drive dan air yang dok melimpah atas jalan raya, tak semena2 terasa tayar kereta 'lari' ikut arus air... agak berderau darah waktu tu. mujur atas jalan tiada kereta lain. Hanya kereta Ninie aja. Alhamdulillah, kereta berjaya dikawal... Tapi x sampai 15 minit. Di persimpangan, tiba2 sebuah motorsikal meluncur laju keluar dari simpang tersebut kalau nak diikutkan 'law' dia wajib berhenti dulu kat situ sebab itu laluan Ninie. Nak dijadikan cerita, elok aja dia keluar simpang tu betul2 depan kereta Ninie. Mujur bawa 'slow' dan sempat brek...Ninie tekan jugak le 'horn'. Berderau darah Ninie dan betapa derasnya degupan jantung tak usah nak dikata pada masa ni. Tapi dasar manusia tak sayang nyawa agaknya. Dia wat dek aja. Memang Ninie naik angin juga...Kita kena berhenti kejap disebabkan dia. Mungkin dia nak cepat kot sebab hari hujan... Tapi baju hujan pun tak pakai. Dengan signal pun x bagi masa nak membelok tu. Aduhai manusia... macam2 perangai.... Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku...

Teruskan perjalanan macam biasa... Kat jalan lagi... penuh pulak dengan sekawan lembu yang dok bersantai2 sambil ada yang beberapa ekor lagi dok ragut rumput dan minum dari lopak2 air. Juga membuatkan perjalanan agak terbantut hari ini.

Sampai je kat Lepar terus ke rumah Mak untuk ambil anak2. Hubby x de hari ni ke Kuantan bersama dengan rakannya. Hingga entry ni di taippun Hubby belum sampai lagi. Tadi hantar SMS pun masih x dibalasnya lagi... Hopefully semuanya selamat...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...