Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

3/20/11

Kalaulah Ku Tahu Dia Salah Seorang Mursyid Imam Muda 2011

Semalam Ninie & Hubby keluar ke Jerantut repair kereta Kancil Ninie coz dah sakit2. Di bengkel berhampiran Caltex. Elok je sampai, ternampak seorang lelaki yang agak bergaya berdasarkan penampilannya yang dok sibuk melayani laptop yang ada bersamanya. Actually dia pun repair kereta juga. Nampak macam sombong aja dan tak hirau orang sekeliling. Busy dengan laptop nya... Tetiba Hubby hulurkan tangan bersalaman.. Owh... kenalan Hubby rupanya.... Mungkin seorang pendidik juga fikirku.Mereka bersembang2. Titik

Hari ini, Hubby bertanya... "Awak tahu x kawan Abang semalam tu siapa?" Aku wat muka selamba menjawab... 'Yang mana? yang nampak ala2 sombong tu ke? Soalku kembali. 'Ha,ah'... Jawab Hubby. 'Kenapanya?' soalku lagi. 'Awak percaya x kalau Abang cakap yang dia tu salah seorang Mursyid Imam Muda musim terbaru ni'... Ninie sekali lagi konpius.. 'Betul ke Abang ni?' 'Kalau x percaya, Awak cari kat internet.Dia memang gayanya macam tu. (nampak cam sombong/wat dek aja. Tapi di ok sebenarnya.' 'Oooo' bak kata pepatah... X kenal maka x cinta. hu3

Apalagi... Ninie surf la cari... Memang sah muka dia yang Ninie jumpa semalam tu... Wink3. Kalau la En. Hubby bagitau awal2, pasti Ninie dah keluarkan hp snap pic dia... Apalah Abang ni. Nape x bagi tahu.... bebel Ninie... 'Lupa'... selamba je jawabnya.... 'Acis betullah Abang nih' urm...

Orangnya yang mana satu ye agak2nya...
1st person sebelah kiri...

Ustaz Zulkefli Hamat

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...