Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/17/13

Elektrik Slow…

16.08.2013 Jumaat 

Ada ke elektrik slow…? Macam airlah pulak. Sebenarnya balik kerja petang ni terus ke dapur..lapar weh… hidupkan lampu tapi nampak cahayanya malap je. Tengah duk menggoreng ikan bilis (lauk ikan bilie je..ikan bilis pun mahal kan?) tetiba lampu macam nak terpadam. Lip lap, lip lap… tapi terang balik. Terang yang malap. Bukan terang benderang.

Masa entry ni di tulispun masih begitu. (Ninie draf guna Microsoft Word dulu). Haish…Walawalawei…. Tension. On computer ingat nak jenguk² FB dan blog serta email… Connection internet ada tapi langsung tak boleh akses… Lampu dalam rumah pun Cuma 2 biji je yang bercahaya. Yang lain² terkelip² je tak nak terang terus. Kipas? Pusing tapi nombor 5 macam no. 1 je… Bak kata orang ‘Janji ada dari tak ada’ betul²…

Hasil bila duk buka Mozilla & Chrome… Haish…


Ni pula hasil internet connection dari jam 6.15petang hingga 7.15petang…. Hubby cakap baru je petang ni jadinya pun. Sebelum² ni tak pernah terjadi lagi kes macam ni….


Tup² jam 8.00malam terus black out... mujur dah stanby lilin... En . Hubby cepat² hidupkan enjin kecil yang sedia ada. Dapatlah cahaya dan kipas sebuah.... Tak lam kemudian jam 8.30malam, elektrik ada kembali... Jam 2.00pagi..balck out lagi... Jam 2.30pagi ada balik.... haish... memain yerk... babap karang! Sampai pagi ni 17.08.2013 Sabtu..molek duk ada... Tapi AIR pulak doh yang takde... urm... sah² guna generator TNB lah ni...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...