06.08.2013 Selasa
Minggu Ninie masih bersemangat nak ke tempat kerja walaupun ramai dah rakan² yang lainnya mengambil cuti sempena nak menyambut Aidilfitri nanti... Ninie bukannya tak nak cuti... Tapi sayang cuti... Maklumlah berulang jauh ni...Nak² pula, lambat lagi nak ke bulan Disember....
Semalam, Ada cerita pada Hubby tentang keadaan kereta Ninie... Sejak semalam terasa begitu kuat gegaran di streng tatkala memandu... Risau juga dibuatnya. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja dalam lindunganNya.... Sekejap² Ninie berhenti juga ke tepi melihat keadaan tayar kereta, manalah tahu jikalau ianya pancit... Tapi... elok je... hingga sampai di rumah pun masih elok 'berangin'. Luah pada Hubby suruh checkkan sebab rasa macam melelong tayar nak tercabut pun ada.huhuhu... En. Hubby kata nanti dia tengok²kan dan suruh Ninie bawa je kereta kembara ke tempat kerja esok. Ninie? berat hati sikit nak bawa kembara..sebabnya? Minyak.... huhuhu... penuh tank RM80 berbanding kancil cuma RM50 je... sama lak tu... 3hari sekali nak kena isi... mana lagi jimat? tentulah kancil kan?
Tapi kalau dah itu kehendak dariNya... nak buat macamana kan? Pagi² tadi dah bersiap sedia nak ke opis, pakai kasut dan pandang kereta kancilku itu..alamak! tayar sebelah pemandu tak ada angin langsung. Huhuhu... nak tak nak, kena bawa kembar jugalah hari ni.... En. hubby dah tolong tengok²kan. Tayar kereta kancil kedua² belah hadapan dah tak elok... lagipun usianya dah 3tahun++, hari² pula tu guna berulang alik ke tempat kerja. Urm... dia nak RM rupanya.... Satu lagi masalahnya pula kata Hubby knucle (betul ke ejaannya ni) pun nak kena gamti juga... Urm..almaklumlah kereta dah berusia 13tahun kan... Lepas raya cerita ye...kena kira² dulu...huhuhuhu....
0 comments:
Post a Comment