Tengah bersiap² dan kejut semua anak² Mama masuk dalam kereta, Mama terpandangkan seluar Kakak (Khalisah) yang kelihatannya seperti ada tompokan darah di seluar Kakak. Masa tu Kakak sibuk duk cari selipar nak dipakai dan masuk dalam kereta. Bagi Mama takde apapun... Sebab bila ditanya pada Kakak, Kakak cakap takde apa.
Bila Mama hidupkan enjin kereta, Mama pun tengok anak² Mama kat tempat duduk belakang. Tangan Kakak banyak darah. Pipi Kakak pun sama. Bila Mama tengok betul², rupa²nya hidung Kakak berdarah. Mama yang dah siap nak pandu kereta, terus keluar balik masuk rumah capai lampin dan berikan pada Kakak. Kakak releks aja... Actually, Mama memang tak pernah tengok hidung Kakak berdarah. Along (Ihsan) memang dari kecil lagi Mama dah biasa tengok. Ada masanya, dah besar ni pun Along kadangkalanya berdarah di hidung. Tapi tak macam masa kecil² dulu. Kerap juga rasanya.
Sampai di rumah Mak, terus bagitahu pada Mak. Ayah tanya, Kakak demam lagi ke? Pada hari Khamis dan Jumaat yang lalu, memang Kakak demam. Badannya suam² dan Kakak tidak ke sekolah. Tapi hari Sabtu dan Ahad baru ni, Kakak dah sihat sepenuhnya. Mak cakap, Kakak memang macam tu kalau demam. Selalunya hidung dia berdarah. Macam Along dulu. Panas dalam badan tu... Ooo.... Ya Allah... baru Mama tahu. Patutlah Kakak releks aja. Dah pernah kena rupanya. Mama yang baru pertama kali nampak.
Aduhai... agaknya inilah cabaran Ibu yang bekerja, tak semua pasal anak kita tahu. Apa yang berlaku pada mereka seharian kita takkan tahu kalau si anak @ si pengasuh tak ceritakannya perkara itu pada kita dan kita juga tak lembik mulut nak bertanya bila bersama² mereka. Lepas ni, Mama kenalah banyak meluangkan masa dengan anak² Mama ni....
Mengapa Hidung Berdarah Sebenarnya? Apakah Cara Rawatannya?
Mama google dan hasilnya...
Dalam kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan situasi-situasi yang mencemaskan.Tidak kira sama ada ia menimpa diri sendiri, ahli keluarga atau jiran tetangga kita. Sebagai ahli sebuah masyarakat penyayang, biasanya ramai yang akan tampil kehadapan untuk membantu.
Namun, pada kebanyakan masa, niat luhur ini hanya terkubur sebagai hasrat semata-mata. Sumbangan kebanyakan daripada kita berakhir dengan menjadi penonton sahaja disebabkan tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat atau kita sendiri berada dalam keadaan terkejut apabila berhadapan dengan situasi berkenaan.
Apa lebih membimbangkan ialah jika sesuatu langkah yang diambil, pada mata kasarnya nampak seolah-olah ingin membantu tetapi sebenarnya ia amat berbahaya kepada pesakit atau mangsa yang berada dalam keadaan kecemasan itu sendiri.
Senario Mencemaskan
Salah satu senario yang mencemaskan ialah apabila melihat darah keluar melalui hidung atau mulut. Lebih mengejutkan ialah apabila ibu bapa melihat tompokan darah yang besar pada bantal atau cadar anak kesayangan mereka sebaik sahaja anak mereka bangun dari tidur.
Gejala hidung berdarah merupakan suatu situasi yang sering mencemaskan, sebagaimana yang sering ditonjolkan dalam drama dan filem di kaca televisyen. Apatah lagi jika ia berlaku pada mereka yang belum pernah mengalaminya. Situasi menjadi bertambah cemas jika pendarahan berlaku dalam kuantiti yang banyak.
Pendarahan hidung sering kali dikaitkan dengan kanak-kanak lelaki yang aktif bermain. Namun, gejala ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan usia.
Oleh sebab itu, setiap satunya memerlukan pemeriksaan lanjut dan langkah-langkah pencegahan yang sesuai, terutamanya terhadap punca yang telah dikenalpasti.
Gejala Penyakit
Pendarahan hidung sebenarnya ialah satu gejala atau tanda kepada sesuatu penyakit dan ia sendiri bukanlah sejenis penyakit. Ia berlaku apabila salur darah yang berada di dalam rongga hidung pecah.
Ada kalanya, ia boleh berhenti dengan sendiri di rumah, namun tidak kurang juga bilangan mereka yang terpaksa mendapatkan rawatan di klinik atau harus dimasukkan ke wad akibat pendarahan yang banyak dan sukar berhenti.
Punca Pendarahan
Pendarahan hidung boleh tercetus akibat pelbagai punca. Ia boleh dibahagikan kepada faktor lokal atau setempat (masalah di dalam hidung) dan faktor umum atau sistemik, yang melibatkan sistem badan gagal mengawal proses pembekuan darah sewaktu pendarahan.
Sungguhpun begitu, tidak kurang juga jumlah keadaan yang mana punca pendarahan itu tidak dapat dikenalpasti walaupun pelbagai kaedah penyiasatan dilakukan. Keadaan ini disebut pendarahan hidung jenis idiopatik.
Faktor-faktor lokal di dalam hidung sendiri yang boleh menyebabkan pendarahan ialah seperti trauma atau luka yang berpunca daripada kemalangan, pembedahan dan jangkitan kuman dalam hidung atau rongga sinus seperti sinusitis dan barotrauma (trauma disebabkan perbezaan tekanan dalam sinus dan atmosfera).
Benda asing yang termasuk ke dalam hidung pula, terutamanya di kalangan kanak-kanak, jika dibiarkan begitu sahaja tanpa dibuang boleh mengeras menjadi seperti batu (rhinolith).
Apabila keadaan ini berlaku, bahan keras yang mempunyai permukaan kesat ini boleh mengakibatkan pergeseran dan pendarahan kepada lapisan mukosa hidung yang sensitif.
Selain itu, struktur abnormal dalam hidung itu sendiri seperti tulang tengah hidung yang bengkok boleh mencetuskan pendarahan.
Walaupun ramai antara kita yang mempunyai tulang hidung tengah yang tidak lurus, namun tidak semestinya ia mengakibatkan pendarahan.
Pendarahan boleh berlaku akibat bahagian yang bengkok itu tersentuh dengan bahagian hidung lain lantas menyebabkan iritasi.
Jika pendarahan berlaku terutamanya di kalangan orang dewasa atau golongan di usia emas, ketumbuhan dalam hidung adalah salah satu daripada puncanya.
Biasanya pendarahan yang berpunca daripada ketumbuhan ini akan disertai dengan gejala-gejala lain seperti tersumbat sebelah hidung, kesakitan dalam rongga hidung, kebengkakan pada kelenjar limfa di leher, kurang dengar pada sebelah telinga dan sebagainya.
Namun begitu, ada juga pesakit yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung yang datang hanya dengan simptom pendarahan.
Faktor Penyumbang
Faktor-faktor umum yang boleh menyumbang kepada gejala ini adalah seperti masalah kegagalan sistem pembekuan darah di kalangan pesakit sama ada berpunca daripada penyakit hati, ginjal atau kanser yang melibatkan sel-sel darah seperti leukemia dan limfoma.
Mereka yang mempunyai masalah jantung dan mengambil ubat untuk mencairkan darah juga terdedah untuk mengalami gejala pendarahan hidung. Disebabkan itulah pesakit dinasihatkan supaya mengambil ubat dalam dos yang betul dan sentiasa patuh kepada temujanji susulan untuk pemeriksaan darah.
Tekanan darah tinggi yang kronik juga boleh menyebabkan struktur dinding salur darah menjadi lemah dan tidak tahan kepada tekanan darah lantas apabila pecah akan mengakibatkan terjadinya pendarahan.
Kajian perubatan menunjukkan salur darah mereka yang telah meningkat umurnya atau yang mengalami hipertensi kronik turut mempunyai deposit plak kolestrol (ateroskelorosis). Keadaan ini menyebabkan dinding salur darah menjadi tidak kuat untuk mengecut (vasokonstriksi) sekiranya pendarahan berlaku (untuk mengurang dan menghentikan pendarahan).
Selain itu, ada pendapat juga mengatakan bahawa faktor paras tekanan itu sendiri yang jika terlalu tinggi akan menjadikan keadaan bertambah teruk.
Jenis Pendarahan Hidung
Pendarahan hidung secara amnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, bergantung kepada di kawasan mana salur darah dalam hidung yang pecah.
Jenis-jenisnya ialah pendarahan hidung hadapan (anterior epistaxis) dan pendarahan hidung bahagian belakang (posterior epistaxis). Kedua-dua jenis ini agak berbeza daripada beberapa aspek. Pendarahan hidung bahagian hadapan biasanya lebih kerap berlaku, terutamanya di kalangan kanak-kanak atau golongan belia.
Ia seringkali dikaitkan dengan trauma, dan kebiasaannya lebih mudah untuk dikawal atau dihentikan.
Pendarahan jenis ini biasanya dapat dilihat apabila pesakit berada dalam posisi duduk. Darah akan kelihatan mengalir keluar dari bahagian hadapan lubang hidung.
Pendarahan hidung bahagian belakang lebih kerap dilihat dalam kalangan mereka yang lebih berusia walaupun ia adalah sesuatu yang jarang berlaku. Salur darah yang pecah berada di bahagian belakang hidung dan ini menjadikan pendarahan jenis ini lebih sukar untuk diberhentikan.
Biasanya ia dikaitkan dengan tekanan darah tinggi atau kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan pada lantai tulang tengkorak.
Pesakit akan menelan darah ini memandangkan ia akan mengalir ke bahagian belakang tekak. Apabila amaun darah yang ditelan terlalu banyak, ia tidak lagi dapat ditampung oleh isipadu perut, maka pesakit akan mengalami muntah.
Pendarahan hidung jenis belakang ini juga lebih meningkatkan risiko darah termasuk ke dalam paru-paru.
Tindakan Segera
Apabila berlaku situasi hidung berdarah, pesakit seharusnya bertenang dan jangan panik. Keadaan panik akan menyebabkan denyutan nadi dan tekanan darah meningkat. Ia akan memburukkan lagi keadaan.
Tambahan pula, pesakit akan sukar diberi arahan dan mengikut langkah-langkah bantuan yang akan diberikan.
Pesakit sepatutnya tidak disuruh baring untuk berehat. Sebaliknya, pesakit harus dinasihatkan berada dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk ke hadapan. Picit bahagian hadapan hidung dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dan tunggu selama 5 minit.
Pesakit akan diminta bernafas melalui mulut sementara seseorang membantunya meletakkan sedikit ais yang dimasukkan dalam plastik atau bungkusan kain pada bahagian dahi.
Jika keadaan mengizinkan, pesakit juga elok diberikan ketulan ais kecil untuk dikemam. Proses ini dapat menyejukkan bahagian dalam mulut serta rongga hidung dan ini dapat membantu proses pengecutan salur darah (vasokonstriksi).
Sekiranya kaedah ini tidak berkesan, pesakit biasanya perlu dibawa ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Jika perlu, pegawai perubatan akan memasukkan 'ribbon gauze' atau span kecil ke dalam hidung. Span ini akan mengembang sedikit dan menghalang pendarahan daripada terus berlaku.
Biasanya, selepas 2 atau 3 hari, pendarahan akan berhenti dan pesakit dibenarkan pulang ke rumah.
Dalam situasi-situasi yang jarang berlaku, kaedah intervensi susulan seperti menghentikan tempat pendarahan menggunakan sentuhan bahan kimia (cauterization), atau prosedur mengikat salur darah yang pecah mungkin dilakukan. Embolisasi untuk menyumbat salur darah yang berdarah juga merupakan salah satu kaedah rawatan yang berkesan.
Rawatan Susulan
Selepas pendarahan dihentikan, biasanya pesakit akan diminta untuk datang semula bagi mengenalpasti apakah yang menjadi punca kepada episod pendarahan tersebut.
Bagi mereka yang mengalaminya di rumah, adalah lebih baik jika mendapatkan pemeriksaan di hospital terutamanya bagi kes-kes pendarahan hidung yang berulang-ulang.
Rawatan yang sebenar dan langkah-langkah pencegahan daripada terjadinya insiden yang sama adalah bergantung kepada masalah utama yang menjadi punca berlakunya pendarahan.
Penyiasatan yang dilakukan termasuklah pemeriksaan hidung dengan menggunakan endoskop, pengambilan sampel darah untuk melihat masalah pembekuan darah, merawat masalah lokal dalam hidung dan seumpamanya.
Prosedur-prosedur penyiasatan ini amatlah mudah dan tidak menyakitkan berbanding dengan kesan pendarahan hidung itu sendiri yang ada kalanya boleh mengancam nyawa.
Sumber : Sihat Selalu
*****************************************************************************PENDARAHAN HIDUNG
Pengenalan
Perdarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ianya boleh
berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebabsebabnya tidak dapat dikenalpasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam
hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.
Apakah yang menyebabkan hidung berdarah?
Terdapat banyak sebab-sebab termasuk
• Sejuk dan alahan
• Jangkitan pada salur hidung (sinus)
• Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat,memicit hidung,kecederaan
pada bahagian dalam hidung,benda asing didalam hidung.
• Dinding tengah hidung senget
• Ketumbuhan di dalam hidung(contoh: polyps,tumor)
• Penyakit lain yang berkaitan(contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik,
trombosaitopenia (bilangan platlet yang rendah) dan penyakit darah contoh
hemophilia.
• Ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
• Tindakbalas bahan kimia.
Kebanyakan kes tidak dapat dikenalpasti sebab-sebabnya.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
• Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung.
• Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah.
• Merasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak.
Apakah rawatan untuk hidung berdarah?
Langkah kecemasan:
• Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
• Dudukan dia didalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
• Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.
Sumber : Info Sihat
*****************************************************************
Punca
Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
- Selsema
- Suhu dalam badan terlalu tinggi
- Alahan
- Menghembus nafas terlalu kuat
- Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
- Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
- Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan
Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
- Selsema
- Suhu dalam badan terlalu tinggi
- Alahan
- Menghembus nafas terlalu kuat
- Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
- Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
- Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan
Jenis-jenis
Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:
Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:
1) Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.
2)Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun
Cara merawat
Hentikan hidung berdarah dengan cara:
Hentikan hidung berdarah dengan cara:
1) Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
2) Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
3) Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.
Cegah hidung daripada berdarah semula:
- Jangan menghembus hidung.
- Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.
Berjumpa doktor:
Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
- Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
- Berasa hendak pitam atau pengsan.
- Berasa hendak pitam atau pengsan.
Sumber : Wikipedia
Cara Tradisionalnya :Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.
2 comments:
Kekadang sbb panas dlm badan kan mama.. ;) Masa sekolah dlu penah gak kena.. Tambah2 kalo lama kena berbaris tgk padang.. ;)
Ha ah Ibu... Sebab panas dalam badan la tu agaknya (^_^)
Post a Comment