Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/22/11

Demam Campak / Cengkering



Disebabkan Anak2 dan juga Ninie terkena Demam Campak / Cengkering ni... Ninie nak juga tahu apa sebenarnya story mory nya. So search untuk rujukan diri sendiri. Ada yang kata seseorang tu hanya akan terkena demam campak sekali seumur hidupnya.

Akan tetapi, ada juga yang dapat demam campak buat kali kedua. Menurut kebarangkaliannya disebabkan masa first time kena tu campak tak keluar habis. Aduhai... macamana nak tahu campak keluar habis @ tak ye... Wallahualam... Kuasa Allah tida siapa yang boleh lawan....


Kata orang lagi kalau nak tahu demam campak tu dah nak habis keluar, bintik akan keluar di tapak kaki. Ada juga kemungkinannya kan? Sebab Khairina after keluar di kaki, tiada lagi bintik baru yang keluar dan bintik yang sedia ada mulai mengering.


Bila kena demam campak ni otot/badan rasa kekadang macam sengal2 je+ lenguh2. Nak makan pun tak lalu bila kat mulut ni jadi ada ulser. Aduhai... Patutlah anak2 tak mau makan....


Ninie cuma amalkan :
1) Mandi itu wajib. Terpulang nak guna sabun macam biasa @ tak. Bila dah mandi tu, miang2 dan gatal2 kat badan tu hilang sekejap. Rasa segar je.... sejuk gitu.... Bila berpeluh itu yang buat jadi merenyam + gatal + nak menggaru dan bila dah garu bintik berair tu akan pecah dan mudah merebak. Maksudnya akan cepatlah bintik2 baru tu tumbuh diserata badan.
2) Makan sup ayam... umpama kata anak Ninie.... biar cepat sihat...
3) Cepat2 jumpa doktor dan makan ubat yang diberikan oleh doktor mengikut arahan / waktu yang telah ditetapkan. Jangan malas2. Kunci jam jika perlu. Ini kes yang malas nak bangun jam 3/4 pagi. Almaklumlah... syok tidur...
4) Rajin2 la sapu ubat jenis cecair yang dibekalkan. Bila bintik itu anda tergaru. Make sure sapukan ubat tersebut cepat2.
5) Banyakkan tidur... huhuhu... berehatlah...
6) Banyakkan minum air masak
7) Minum air kelapa. Bila dah tahu yang anda terkena demam campak tu... cepat2lah cari air kelapa. minum terus dari buahnya. Bukan air kelapa yang dijual kat pasar malam dan berais tu ye... tak ori la. Insya'Allah, Campak akan segera keluar.


Pst : campak selalunya baik sendiri je....
Ninie pergi Klinik dan tanya... Doktor cakap, demam campak ni bila bintik berair tu dah kering betul, Insya'Allah tidak berjangkit lagi dan boleh bertugas/bekerja/bersekolah seperti biasa.... (so jangan ngengada wat alasan nak coti lelama. wink3. Tapi mungkin berlainan pendapat pula dengan Doktor di kawasan anda ye...




Nota Mama Comel : Amat takut dengan rintik2 hujan sebab bila bertemu dengan rakan2 sekeliling, mesti mereka bagi nasihat jangan terkena air hujan tau. Nanti parut tak hilang. Tambah2 pula mereka bercakap atas pengalaman sendiri. Aduiya... camne nih....



Info2 hasil carian Ninie berkenaan Demam Campak.


Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

Demam tinggi
Batuk, selsema dan sakit tekak
Mata berair dan sensitif kepada cahaya
Sakit otot
Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

Jangkitan pada telinga
Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
Jangkitan pada otak (encephalitis)
Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

Panadol untuk mengurangkan demam
Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/DemamCampakkanak_kanak.php

*******************************************************

Campak – penyakit biasa tapi bawa kesan sampingan

Campak ialah sejenis penyakit yang mudah menyerang kanak-kanak kecil. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus dan mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah umur "lO tahun.

Penyakit ini boleh berjangkit apabila seseorang itu terdedah kepada pengidap campak. Penyakit ini merebak akibat keluaran virus melalui udara apabila pesakit bercakap, batuk bersin ataupun berludah.

Sungguhpun campak dianggap biasa ianya boleh mendatangkan komplikasi, terutamanya sekiranya kanak-kanak itu lemah dan taraf pemakanannya juga berkurangan.

Peringkat di mana penyakit ini mudah berjangkit ialah ketika sebelum ruam campak keluar yakni di antara "lO hingga 14hari.

Kadar teruk penyakit ini berbeza dari seorang ke seorang berdasarkan taraf pemakanan dan kesihatan seseorang.

Kadangkala penyakit ini ringan — kanak-kanak itu demam sedikit sahaja diikuti dengan tumbuh ruam-ruam merah dan tidak beberapa hari kemudian sembuh dengan sendiri. Kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda seperti berikut.

Tanda-tanda awal penyakit pada bayi; biasanya bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah.

Lagi satu tanda awal demam campak ialah terdapatnya bintik-bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.

Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan.

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala menurun ketangan, badan dan kaki.

Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.

Jika keadaan kesihatan anak kurang memuaskan dan anak itu pula kurang zat makanan dan kurang daya tahan penyakit campak itu lebih teruk dan ruam campak akan mening-galkan bekas-bekas hitam.Pada ketika ini juga keadaan batuk yang teruk dan kadangkala anak sesak atau susah bernafas.

Komplikasi sampingan

Biasanya sekiranya keadaan kesihatan kanak-kanak baik, kuat daya tahan dan taraf pemakanan baik,' campak akan mudah sembuh. Sebaliknya, sekiranya taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.

Jangkitan telinga biasanya berlaku dalam hari kelima dan keenam di mana kadangkala sakit itu disertai dengan keluar nanah.

Jangkitan saluran pernafasan dan paru-paru biasanya boleh dikesan apabila batuk bertambah teruk dan kadar pernafasan dan kadar nadi tinggi dan juga suhu badan naik semula. Kalau kanak-kanak ini dirawati segera ini akan mengambil masa selama lebih kurang tujuh hingga 10 hari untuk sembuh.

Tetapi kalau anak ini tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk dan boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan paru-paru ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.

Biasanya ibu-ibu tidak tahu bahawa jangkitan paru-paru ini boleh berlaku akibat dari penyakit campak. Satu lagi komptikasi yang boleh timbul akibat penyakit campak ialah seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu.

Rawatan boleh menyembuhkan kanak-kanak itu dari komplikasi tersebut tetapi kadangkala terjadi juga kecemasan di mana kanak-kanak itu tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh.

Bagaimanapun 60 hingga 70 peratus dari kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 .peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.

Peringatan Kepada Ibu-ibu:

* Jangan pandang ringan akan demam campak. Sebaik saja dapat di-kesan tanda-tanda penyakit campak akan menyerang, bawa anak berjumpa doktor.
* Bagi anak-anak yang sedang demam campak berikan dia minum air banyak-banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian.
* Pastikan suhu badan turun dengan mendemah badan anak dengan airsejuk. Pakaikan dia pakaian tipis.
* Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.
* Sekiranya anak batuk teruk atau susah bernafas, bawa cepat ke hospital untuk dirawat.
* Biasanya doktor akan memberi ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.
* Tidak ada ubat tertentu untuk menyembuhkan penyakit ini.
* Beri makanan yang berzat kepada anak-anak untuk meninggikan taraf makanan dan kesihatan anak.

Pencegahan

Pada masa sekarang telah terdapat vaksin, sejenis pelalian untuk mencegah penyakit campak. Pelalian ini diberikan kepada kanak-kanak dari usia sembilan bulan hingga dua tahun. Kanak-kanak bawah enam tahun juga boleh diberi pelalian ini. Pelalian ini boleh didapati.dari semua klinik dan pusat kesihatan untuk mencegah campak dan mengelakkan dari komplikasi-komplikasinya.

#######################################


Ada yang cakap virus chicken pox boleh berjangkit bila bintik merah yang berisi air tu mula pecah dan bertukar jadi hitam. Ada yang cakap kumannya akan merebak melalui sentuhan apabila tangan yang menggaru kesan merah dibadan yang terkena chicken pox.

So Ninie search lagi. Antaranya :

Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.

Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.

Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.

Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi

Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.

Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi (hmm… tiba-tiba saja teringat kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Tapi bila teringat bab emosional tak bertempat sesetengah rakyatnya… hhmmmm…)

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.

Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem.

Tambahan :
Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.





Petua Mengubati Demam Campak



Mungkin ramai di antara kita tahu salah satu kegunaan Daun Semambu. Daun semambu juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil.



Kalau anda perhatikan, ramai sekali orang-orang India di Malaysia akan menanam pokok semambu ini di halaman/kawasan rumah mereka.



Minggu ini seorang daripada keluarga saya telah terkena Demam Campak. Demam Campak ini mungkin boleh dikatakan sejenis dengan penyakit mizel @ chicken pox.



Bagi mengubati penyakit Demam Campak ini, kami telah gunalah Daun Semambu yang mana Daun Semambu ini sememangnya terkenal sebagai ubat Demam Campak (Chicken Pox).



Cara yang digunakan untuk mengubati Demam Campak ini adalah ;





  • 1. Gunakan sebagai pelapik/alas cadar untuk tidur


  • 2. Gunakan ia dengan membasuh seluruh badan seperti penggunaan sabun mandi


  • 3. Tumbuk daun semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan diseluruh badan


Kalau ada ubat daripada doktor, bolehlah juga dimakan seperti biasa.



Tips kepada yang terkena Demam Campak atau Chicken Pox;





  • 1. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan dikunas, nanti parut tak hilang.


  • 2. Kalau gatal, eloklah mandi. Petua orang melayu tak bagi/pantang mandi, tapi doktor mat salleh rekomen sangat agar kita mandi. Mana satu yang anda nak ikut, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing.



Pic Pokok / Daun semambu yang telah di Google oleh Ninie



8 comments:

Unknown said...

info yang sangat berguna....nak2 lagi sy yang xpernah kena demam campak ni..takut la pulak, umo da tuaaa =(

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat yg berguna

Anonymous said...

Pernah tak bintik campak besar2?

Darling Ninie said...

@Anonymous
Yang Ninie kena ni memang campak jenis besar². Selalunya campak yang halus² tu bayi umur 1tahun ke bawah selalu kena. (betulkan jika saya tersilap)

Anonymous said...

Anak sy baru kena campak kali kedua..kali pertama x teruk sgt bintik2 tu..sekejap dh sembuh..kali kedua teruk pula..bila dh timbul beberapa biji bintik merah tu, sy segera ke klinik, kononnya dapat ubat awal, maka x teruk sgt..malangnya doktor just bg ubat demam, sapu n gatal jer..x bg ubat antiviral..sy pergi tanya balik ke klinik, n doktor ckp x perlu sebab bintik x byk (memang x byk coz baru kena). masuk hari ke 4, makin teruk, n siap ada nanah..sy pun pergi lg ke klinik yg sama, baru doktor nak bg ubat antiviral tu..bengang sgt..skrg dh hari ke 6, bintik dh macam nak sembuh..pengajarannya, cpt2 ambil ubat antiviral tu klu baru kena, kadang jgn harapkan doktor sgt, kadang doktor tu ada masanya lupa..dh nama manusia..

Unknown said...

Assalamualaikum , kak saye nii baru kene smlm tpi yg skit nye bile bintik tu dh lh besar pstu tumbuh dkt punggung saye....bile nk duduk tu rase mcm tkut sbb tkut pecah , saye prgi klinik pon die x bgi ubat anti viral doktor tu cume bgi ubat sapu dgn panadol

Anonymous said...

dalam masa berapa lama kena semula campak ke dua....jarak masa??

Anonymous said...

saya nak tahu jarak masa /hari kena semula campak ke 2....beherapa hari??minggu???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...