Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/28/11

Kuih Raya Mama Comel 2011

Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2011 @ 1432H ni ada lsesikit kuih raya Ninie yang kompem semuanya beli dan tiada satupun yang dibuat... Meh jenguk² ye... Rasanya? Ada yang dah rasa dan ada juga yang belum dirasa.

Ninie selalunya beli kuih yang Ninie rasa² mesti kompem sedap punya.... Kalau orang takde yang datang ziarah rumah, tuan rumah dan anak² juga yang nak makan kan? Kalau tak sedap karang... kesian la kat kuih tu... tak habis, masuk tong sampah. Kan membazir namanya... Jom layan... pst : jemputlah makan ye... wink3


Preview... Ha... tak banyak manapun... rumah you all lagi banyak agaknya...



Kuih Tepung Gulung Ikan Bilis. Yang ni kompem sedap... RM 24/kg






Lupa namanya. Tapi kat dalam tu ada inti coklat tau... Nyum... RM 20/bekas






Chruncy Oat - RM 20/bekas







Nestum Delight -RM 20/bekas






Kuih Tiram... Ada juga yang panggil Kuih Lidah Buaya... RM20/bekas







Kuih Fovourite Ninie yang wajib ada tiap tahun. Tart Nenas - RM20/bekas






Jejari Coklat. Kegemaran Anak-anak - RM 20/bekas







Semperit Pink. Yang ni tak pernah cuba makan lagi. Termakan pujuk rayu tuan kedai. Katanya sedap... RM 20/bekas






Almond London Coklat Putih. Nyum-nyum... RM20/bekas







Popia pintal ikan keli... RM 6/bekas. Famous di Kelantan ni. Tengok... jauhnya beli kuih raye...






Karipap Mini Ikan Keli. Juga dari Kelantan. RM 6/bekas







Kuih Bawang. Favourite family Ninie. Anak-anak kalau dapat dihadapnya sebekas habis terus. hu3... Beli terus dari kilang di Felda Jengka 14. Punyalah ramai orang. Ninie tak pergipun. Rakan seopis yang cerita. Sedap sangat tau... RM 5/ bungkus @ RM 12 /3bungkus. Urm... 2/3 tahun lepas... RM 10je 3 bungkus. Maklumlah... semua barang naik harga kan...






Nota Mama Comel : Tak sabar tunggu Syawal... Rindu Sambal Taun Mak... Nak makan Lemang Ketupat Rendang... Sedapnya...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...