Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/29/11

Sudah 29 Tahun Usiaku...

29 Ogos 2011 - Isnin @ 29 Ramadhan 1432H

Tengah syok tidur disamping anak² diruang tamu... Terdengar bisikan ucapan 'Happy Birthday Ninie'.Sweet je... Salah dengar ke nih? Hu3 yang pasti tak salah dengar ye... Waktu tu jam dah pun 12.00am. Maksudnya hari ni 29 Ogos... Today is My Birthday. Ucapan berbisik itu datangnya dari Hubby tersayang... Thanks dear... Tapi mulut Ninie je ucap terima kasih.. mata memang payah nak terbukak. Ngantuk sangat² ditambah seharian mengemas agaknya siang tadi.

Then, nak masuk bilik tidur sempat lagi Ninie capai hp. Al-Maklumlah... alarm tu.. karang berbunyi tak sedo pulak nak bangun sahur walaupun hanya sekadar minumair Milo je. Kesian kat Along karang..... Rupanya ada SMS dr Hubby, ucapan Hari Lahir :

Selamat hari lahir ke 29.. Smoga panjang umur n dmurahkn rezeki n sntiasa drahmati Allah.. Jadilah isteri n ibu yang solehah.. Muuuuahh...
Thanks dear... Insya'Allah...

Ye.. umurpun dah meningkat... tambah satu (1) angka je lagi dah 30an gitu... Tapi syukur alhamdulillah... dikurniakan suami yang penyayang dan 4 orang anak² yang comel menjadi penyejuk hati walaupun kadangkala menjadi anak yang membuatkan hati ini membara tatkala kenakalan mereka mencapai kemuncaknya... biasalah tu kan... budak².

Masuk je opis, baca email... ada kad ucapan dari Naib Canselor UiTM... tak kira nak letak juga walaupun tahu setiap orang yang sambut hari lahirnya mesti dapat kad ucapan yang sama kan... kan... kan...
Semalampun masih berbuka puasa rumah mak. Mak buat SOTO kali ni. Juga makanan kegemaran Ninie... Kata Yana, juga sambut Besday ko esok la ni... Oooo gitu rupanya... Thanks to all my beloved family...
Nota Mama Comel : Cukuplah sekadar ucapan sebagai tanda yang kita masih diingati lebih² lagi dari insan yang disayangi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...