Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/29/11

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Di kesempatan ini... Ninie dan Keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat anda yang mengenali kami dan juga tersinggah di blog 'kecil' kami ini.
Hari ini cuaca teramatlah sejuk lantaran hujan sejak petang semalam sehinggalah pagi ini. Kalau semua orang dah sibuk balik kampung untuk sambut Hari Raya Aidilfitri, tapi hari ini Ninie masih bekerja lagi... OTW ke opis, hujan je sepanjang jalan... Office sunyi je sebab ramai yang dahpun bercuti. Ninie? Why tak cuti? Esok, lusa, tulat cutilah... urm... cutipun bukannya banyak sangat yang tinggal.... sayanglah... Orang balik kampung... Family Ninie nanti nak balik Bandar Kuantan... wink3. Anak² yang paling tak sabar nak balik... sikit² tanya... Almaklumlah... tengok Mama nya ni sibuk mengemas beg pakaian. "Tunggu Mama balik work... nanti kita pergi rumah Aki" Itulah jawapan Ninie setiap kali ditanya anak².

Kebetulan pula hari ini kerja separuh hari je bagi seluruh warga UiTM... Thanks Naib Canselor..... Yes... Tak sabar² nak balik rumah ni.... then nak balik Bandar...

To all reader yang memandu pulang ke kampung halaman supaya BERHATI-HATI di jalan raya dan patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Semoga kita selamat sampai ke destinasi dan berjumpa dengan insan² tersayang.


Nota Mama Comel : Semoga semuanya selamat. Insya'Allah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...